Dibintangi olehSaiful Apek, Fasha Sandha, Sazzy Falak, Rozita Che Wan, Almy Nadia, Rosnah Mat Aris, Ayu Raudhah, Bienda, Marsha dan Dato’ Rahim Razali
Genre
Romantik Komedi
Ulasan
Sekiranya anda mempunyai masa terluang pada Hari Raya Aidilfitri nanti, apa kata anda bawa seisi keluarga ke pawagam berdekatan untuk menonton filem komedi terbaru arahan Profesor Madya A. Razak Mohaideen.
Jika sebelum ini Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pernah tampil dengan filem Madu Tiga, kali ini Lineclear Motion Picture Sdn Bhd meneruskan tradisi dengan mempertaruhkan filem berjudul, 4 Madu.
Walaupun masih berpaksikan tentang isu berpoligami, namun penulis skrip filem ini cuba menyampaikan konflik hidup bermadu dalam perspektif yang berbeza.
Sekali lagi, Saiful Apek menjadi ‘favourite’ Prof apabila telah dipilih sebagai teraju utama selepas lakonannya dalam filem Sifu dan Tongga, Nana Tanjung, Otai dan Duyung.
Apa yang menariknya, ‘4 Madu’ menampilkan kelainan apabila telah menggunakan teknik ‘double acting’, di mana Apek membawa dua watak yang berbeza iaitu sebagai Azrul dan Azlan. Kepakaran dan teknologi komputer ketika suntingan juga dimanfaatkan oleh Prof untuk menampakkan adegan berkenaan seperti realiti.
Malah, teknik kamera canggih juga telah digunapakai ketika merakamkan watak Azlan dan Azrul ketika berdialog.
Selain mengetengahkan jalan cerita yang penuh dengan mesej, ‘4 Madu’ tampil dengan barisan pelakon wanita yang mantap antaranya Fasha Sandha, Rozita Che Wan, Sazzy Falak, Rosnah Mat Aris dan ramai lagi.
Dengan kekuatan barisan pelakonnya, ‘4 Madu’ dijangka mampu menyaingi sebuah lagi filem yang bakal ditayangkan serentak pada hari raya pertama nanti.
Filem 4 Madu mengisahkan tentang Azlan, seorang pekerja biasa di sebuah chalet, menerima sepucuk surat memintanya untuk hadir ke pejabat guaman di Kuala Lumpur.
Walaupun musykil, Azlan nekad pergi ke pejabat guaman itu bersama temannya, Firdaus. Setibanya disana, Azlan buat pertama kalinya diperkenalkan dengan adik tirinya, Azrul, seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Di pejabat guaman tersebut, mereka telah dibacakan dengan wasiat bernilai RM 50 juta yang telah ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Harta-harta wasiat tersebut itu akan menjadi hak milik mereka sekiranya mereka dapat memenuhi syarat-syarat wasiat tersebut.
Setelah kedua-duanya setuju, peguam tersebut telah membacakan wasiat pertama iaitu, mereka harus mencari isteri dalam tempoh tiga minggu serta calon isteri itu mestilah anak yatim piatu.
Setelah kedua-dua pihak bersetuju, mereka pun menandatangani kontrak yang terlibat serta diberikan wang sebanyak RM 10 ribu. Setelah memenuhi syarat-syarat pertama, mereka pun terbayang RM 50 juta yang akan mereka perolehi.
Tiga minggu kemudian, Azlan dan Azrul muncul bersama isteri masing-masing di pejabat peguam untuk menuntut harta mereka.
Ternyata, angan-angan mereka untuk menjadi Orang Kaya Baru meleset. Kini tiba masanya untuk syarat yang kedua, iaitu, mereka perlu memperisterikan wanita yang buta.
Dapatkah mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan? Apakah syarat-syarat yang seterusnya? Dan apakah kesudahan Azlan, Azrul dan isteri-isteri mereka?
Jangan lupa saksikan filem komedi arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen. ‘4 Madu’ di pawagam berhampiran anda pada Hari Raya Aidilfitri 2010 ini.
Info
Tarikh Tayangan : Hari Raya Aidilfitri 2010
Info : Filem yang menelan kos sebanyak RM 1.5 juta ini merupakan filem ke-30 arahan Prof
p/s sumber dari Gua
3 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:
ibu weols dah pegi tonton filem nie....gegeh kan raya2 duk tgok wayang hahahaha
salam anje..selamat hari raya..hehe..baru nk start blogwalking balik:)
pasti menggeleteknye lah.. ;-)
tp blom sempat nk tonton lagi.. :P
Post a Comment