Followers

Thursday, September 23, 2010

♥ Abby Abadi Tidak Berperikemanusiaan??? ♥

Norman 'diisytiharkan' sebagai suami tidak bertanggungjawab. Bukan sahaja tidak membayar nafkah untuk anak-anak bahkan lebih memalukan, wang hantaran perkahwinan berjumlah RM11,111.11 yang dijanjikan semasa memeterai pernikahan mereka lapan tahun lalu didakwa belum dilangsaikan kepada Abby. Berikut merupakan pengakuan daripada hati Norman berhubung dakwaan bekas isterinya, Abby Abadi.
Apa perasaan anda bila timbul isu itu?
Selama ini saya tidak suka berbalas kenyataan dengan Abby. Tetapi sampai ke saat ini, saya sangat terkejut, kecewa dan sedih. Tidak sepatutnya perkara itu ditimbulkan lebih-lebih lagi untuk paparan umum. Sebelum ini, dia (Abby) pernah mengeluarkan kenyataan tidak mahu ambil tahu soal hidup saya, tetapi sampai sekarang, rasanya hidup saya masih diceroboh.
Apa butiran perjanjian kalian berdua sehingga memutuskan wang hantaran itu tidak perlu dibayar oleh anda?

Perkara itu sudah menjadi persetujuan kami bersama. Lapan tahun lepas, kami sepakat untuk menggunakan semua jumlah wang hantaran itu untuk menampung belanja majlis perkahwinan. Sebelum ini, perkara itu langsung tidak dibangkitkan tetapi bila ada perselisihan faham begini, soal hantaran jadi sebab untuk menyalahkan saya. Sedangkan masa bercerai, perkara itu tak dibangkitkan pun. Kurang bertanggungjawab terhadap nafkah anak-anak malah hanya pernah sekali memberikan wang berjumlah RM200 untuk belanja anak-anak, benarkah?
Kenapa saya harus sebut jumlah nafkah yang saya belanjakan setiap bulan untuk anak-anak? Anak-anak semakin besar dan memahami. etiap bulan, bukan hanya duit, bahkan saya cuba berikan kasih sayang, ambil berat tentang pelajaran dan keperluan sosial mereka. Itu yang tidak pernah saya abaikan. Saya berikan apa yang termampu mengikut gerak hati saya
Jadi apa maksud kenyataan Abby itu?
Dia mahu melepaskan geram dengan niat untuk sengaja melukakan hati saya sebab katanya saya adalah lelaki yang tidak menghormati hak isteri. Tetapi jika saya ini dihormati sebagai bapa kepada anak-anak saya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Saya masih ada maruah diri. Saya akui, saya ada kelemahan tetapi kenapa kelemahan itu yang sengaja diperbesarkan.
Jadi tindakan berbalas kenyataan ini untuk apa?

Saya tidak pernah mahu mengaibkan bekas isteri saya memandangkan anak-anak semakin besar. Nampaknya kebaikan saya tidak diendahkan. Selama ini saya tunduk bukan mahu dipijak. Saya tidak mahu mengungkit tetapi semua itu tidak adil untuk saya kerana apa yang saya buat semuanya nampak salah. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Kenapa anda tidak mahu mendedahkan jumlah nafkah yang diberikan kepada anak-anak?

Saya boleh cakap berapa banyak dihabiskan untuk anak-anak tapi untuk apa? Saya hanya boleh cakap saya berikan makan minum yang terbaik untuk mereka.
Apa yang menyedihkan anda ketika ini?


Saya paling terluka apabila Abby mengeluarkan kenyataan bahawa sudah tiga tahun anak-anak beraya tanpa ayah sedangkan kami baru dua tahun bercerai. Dia cakap seolah-olah saya sudah meninggal dunia padahal setiap tahun saya menghabiskan cuti perayaan bersama anak-anak. Bagi saya itu kenyataan yang tidak berperikemanusiaan.


Pada hari raya baru-baru ini, saya beraya bersama anak-anak pada hari raya pertama, hari raya kedua pula saya bawa mereka beraya ke rumah saudara-mara, sama macam tahun lepas. Tidak adil kata anak-anak beraya tanpa ayah. Cuma saya akui, baju raya dan kelengkapan anak-anak tahun ini disediakan oleh Abby.

11 comments:

mamaafzal said...

eleh, nampak sangat la si norman tu yg tak bertanggungjawab.bila dah malu mulalah salah sana sini kat ex-bini tu....*benci norman hakim!

sori ye sedikit emo...tapi dia memang teruk..

Fieza79 said...

taktau nk salah kan siapa sebena nya..dua2 salah kot..???

BIONIC WOMEN said...

dunia skarang sebenarnya ramai orang amik mudah tentang nafkah anak2..
sebab sakit hati pada isteri, nafkah anak2 terabai...ada jugak yg bagi pikir bimbang isteri yg gunakan nafkah tu kalau bagi banyak..
manusiakan semakin menggunakan undang2 sendiri yg berlandaskan dunia semata...agama bukan lagi rujukan utama

INTANKUTERPILIH said...

bila dah jadi mcm nie, masing2 menuding jari ke arah masing2...biasalah tuu..

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

nak percaya sapa ni...kita tgk jer lah sandiwara mereka...no komen..

Ibu Mifzal Arsyad said...

sama je dua2 tuh...cr publisiti kot..

Adyshariz said...

kalau aku pun, mintak gak..kan abby dh cakap, mintak cara baik pun buat bodo jer..haha.. baik jgn jadi artis..abis la semua bende masyarakat tau...

Jieda said...

rasanya pasal hantaran tu tak payahlah sampai abby nak bagitau kat press.settle sendiri la.biarlah norman nak kawin.itu kan hak dia.lagipun antara norman dan abby bukan suami isteri lagi.tak patut tindakan abby tu.ataupun abby jeles kot sebab norman memang serius nak kawin ngan memey

Adlina Husaini said...

Cuma saya akui, baju raya dan kelengkapan anak-anak tahun ini disediakan oleh Abby. >>> ina tolong sambung:

sebab saya kena simpan duit nak pinang memey

[-suziey-] said...

haih...xtau dh mana btl mana salah..kadang wartawan pn satu..tulis bende x100% tepat..ade je tokok tambah..apepn Allah yg maha mengetahui..

akmafaizal said...

kite tak tau coz we're not in their shoes. cukup2lah tak puas hati sesama sendiri, inilah jadinya.anak2 teraniaya..huhu :(

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.