
ANGGOTA polis mengambil butiran pekerja-pekerja ladang yang memasuki laluan jalan utama lokasi kes bunuh di Ladang Gandong ,Tanjung Sepat

ANAK sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Buhari meninggalkan pejabat di Jalan Raja Bot, Kampung Baru selepas mengambil beberapa dokumen

DATUK Dr Mashitah Ibrahim datang melawat ke rumah keluarga Sosilawati di Taman Harmoni Gombak.

PILU...Isteri kepada pegawai bank yang mati dibunuh, Suzana Radim Pangat, 38, bersama bapanya Radim Pangat Ishak (kiri) tidak dapat menahan kesedihan pada sidang media khas di kediamannya di Kuala Lumpur

ANAK bongsu kepada pegawai bank (Noorhisham Mohammad) yang mati dibunuh, Mohamad Faiz Ridzmi, 5, (depan) kelihatan sedih di kediamannya di sini, hari ini

ISTERI kepada pegawai bank, Noorhisham Mohamad yang mati dibunuh, Suzana Radim Pangat,38, (kiri) membaca surah Yaasin pada majlis tahlil dan doa selamat ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-38 di kediamannya di Kuala Lumpur

SUSPEK (dua dari kanan) dibawa oleh anggota polis ke lokasi senjata yang dibuang dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya di Tebing Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah.

ANGGOTA polis dari Unit Selam Pasukan Gerakan Marin membuat operasi bagi mencari senjata yang digunakan dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya di Tebing Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah

ANGGOTA polis dari Unit Selam Pasukan Gerakan Marin membuat operasi bagi mencari senjata yang digunakan dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya di Tebing Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah
2 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:
elok seksa smpai mati je pembunuh ni..jgn trus gantung..senang sgt..heeee geram btl..
benci sungguh dgn pembunuh tu... eiii mcm takde otak je buat kerja.
Post a Comment