Followers

Tuesday, September 21, 2010

♥ ♥ Berita Penuh Pembunuhan Kejam Datuk Sosilawati Lawiya ~ Part 4 ♥

ANGGOTA Polis Forensik menjumpai seutas jam tangan semasa operasi mencari bahan bukti di Tebing Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah
ORANG ramai melihat anggota Polis Dari Unit Selam Pasukan Gerakan Marin ketika membuat operasi bagi mencari senjata yang digunakan dalam kes pembunuhan di Tebing Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah.

KELIHATAN seorang jurugambar merakam gambar rumah peguam yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi di Sungai Kancong Laut di Banting. Rumah tersebut lengang dan tiada penghuni
PERGERAKAN Wanita Umno bersama penduduk setempat membaca surah Yassin di majlis tahlil Datuk Sosilawati Lawiya di kediamannya di Taman Harmonis, Gombak

MENTERI Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bersama anak Allahyarham Kamarudin Shansudin, Balqis Diana (tengah) serta anak sulung Allahyarham Sosilawati Lawaiya, Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi (dua dari kanan) dan Erni Erinawati Sofia (kanan) bersama penduduk setempat membaca surah Yassin di majlis tahlil di Taman Harmonis, Gombak, turut Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim (tiga dari kiri)
WAKIL media dan orang ramai melihat operasi menyelam bagi mencari barangan milik mangsa, Datuk Sosilawati Lawiya dan kes lain di tebing sungai Kanchong Laut, Kampung Endah. -
ANGGOTA Unit Gerakan Marin menggunakan alat mengesan logam bagi mencari barangan milik mangsa di Sungai Kanchong Laut, Banting

IBU Allahyarham Noorhisham Mohamad, pegawai bank yang mati dibunuh bersama jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya, Satinah Mokhtar, meninggalkan perkarangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah menjalani ujian DNA di HKL di Kuala Lumpur
SUSPEK utama (tengah) kes pembunuhan jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati dan tiga individu lain, diiringi anggota Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ke pejabat beliau di Jalan Kemboja bagi membantu siasatan
INGIN TAHU ... Jurugambar dan orang ramai turut menunggu di hadapan pejabat suspek utama (depan tengah) pembunuhan jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati dan tiga individu lain, bagi menyaksikan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman membuat siasatan di premis itu di Jalan Kemboja di Banting.

  • p/s bersambung

2 comments:

Hezesuze said...

simpati pada keluarga mangsa...al fatihah..

hope si pembunuh dapat hukuman yang setimpal...

cha said...

patutnya gambar pembunuh tu dah tak payah cover-cover, buat kerja terkutuk tak cover pulak.

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.