Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Tuesday, September 21, 2010

♥ ♥ Berita Penuh Pembunuhan Kejam Datuk Sosilawati Lawiya ~ Part 5 ♥

ANGGOTA PDRM dari Unit Gerakan Marin membuat operasi menyelam bagi mencari senjata dan barangan milik mangsa, Datuk Sosilawati Lawiya dan kes lain di tebing sungai Kanchong Laut, Kampung Endah
ANGGOTA PDRM dari Unit Gerakan Marin menemui pisau ketika membuat operasi menyelam bagi mencari senjata dan barangan milik mangsa di tebing sungai Kanchong Laut, Kampung Endah.
SUSPEK dibawa ke lokasi ketika anggota PDRM dari Unit Gerakan Marin membuat operasi menyelam bagi mencari senjata dan barangan milik mangsa, Datuk Sosilawati Lawiya dan kes lain di tebing sungai Kanchong Laut, Kampung Endah
SUSPEK dibawa ke lokasi ketika anggota PDRM dari Unit Gerakan Marin membuat operasi menyelam bagi mencari senjata dan barangan milik mangsa, Datuk Sosilawati Lawiya dan kes lain di tebing sungai Kanchong Laut, Kampung Endah.
PETUGAS media menikmati makanan yang disediakan oleh ahli keluarga Datuk Sosilawati Lawiya di hadapan rumah di Taman Harmonis, Gombak
DATUK Sosilawati dikatakan dilihat kali terakhir di restoran makanan laut berdekatan tempat pembunuhannya bersama tiga individu lain di Banting, Selangor
ANGGOTA Forensik melakukan kerja-kerja mencari bahan bukti di Sungai Panchau di Kuala Langat dipercayai tempat pembuangan abu mayat Datuk Sosilawati dan tiga mangsa yang lain
ANGGOTA polis dari unit forensik mendulang serpihan tulang dan bahan bukti yang dibuang ke dalam Sungai Panchau oleh suspek pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain dekat Tanjung Sepat
ANGGOTA polis dari unit forensik mendulang serpihan tulang dan bahan bukti yang dibuang ke dalam Sungai Panchau oleh suspek pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain dekat Tanjung Sepat
SUNGAI Gelanggang Buaya lokasi tempat terjumpanya kepingan zink yang dipercayai digunakan untuk membakar mangsa.
PENYANYI terkenal Nasharudin Elias atau Nash tidak dapat menahan sebak sambil memegang ibu Allahyarham Kamaruddin, Zainab Ahmad, 73, sambil diperhatikan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dan anak Allahyarham, Irfan Aiman, 8, ketika ditemui di Indera Mahkota, Kuantan. Ketika ditemui, Nash mengakui pemergian Kamaruddin adalah tamparan hebat kepadanya yang mengenali pemandu peribadi itu sejak lebih 25 tahun lalu. Beliau berkata, hubungan itu terjalin sebelum Kamarudin berkahwin dan bekerja sebagai jurutera bunyi di King Studio di Kuala Lumpur.
ANAK Sosilawati, Erni Rineelawati Buhari (kiri), menyambut kunjungan sanak-saudara dan tetamu pada majlis tahlil untuk arwah ibunya
Kecewa ladang ditutup: Orang ramai yang mengunjungi Ladang Soon Beng Longan Trading di Tanjung Sepat, di Banting sempena cuti umum Hari Malaysia semalam berputih mata apabila polis menutup laluan ke ladang itu sejak Sabtu lalu berikutan penyiasatan kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi mangsa kerana ladang itu terletak bersebelahan ladang suspek utama.
LOKASI kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat.
KEBUN sirih, chalet, kandang haiwan eksotik dan beberapa bangunan setingkat terdapat di ladang milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati.

  • p/s bersambung

4 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:

[-suziey-] said...

kesian la kan..mati dlm keadaan mcm ni..xde jasad utk dipusarakan..hanya ade tulang je la..tu pn hancur..

Hezesuze said...

mmg sadis kes dato sosilawati ni..lebih dasyat dari kes antatuya kan...

yg sedihnye bukan mati dibunuh...dipukul dulu smpai mati baru dibakar...aduaaii seksanye

cha said...

suziey buat komen yg menyentuh hati sungguh, rasa tak sepatutnya dia mati macam tu kan suziey. kita pun sedih.

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

al-fatihah...memang sedih betul seorang umat islam mati dalam keadaan macam ni....