Followers

Wednesday, September 29, 2010

♥ Bila 4 Jelitawan Slim World Bermadu ♥

Selamat pagi...today mama Cuti so entry semua Auto Publish k..

TOP12 Gorgeous Baby Contest telah dipilih oleh semua juri...
so mama dah dapat keputusan & dah siapkan entry
then entry akan dipublish ESOK k....
nantikan pengumumannya...
KUALA LUMPUR, 27 SEPT 2010: Kemeriahan Aidilfitri yang masih diraikan di sana-sini telah membuka peluang kepada pusat pelangsing badan terkenal, Slim World untuk mempertemukan 4 duta utamanya.
Ziana Zain, Erra Fazira, Lisdawati dan Wardina Safiyyah telah disatukan dalam majlis Rumah Terbuka Hari Raya Slim World di Berjaya Times Square Hotel di sini baru-baru ini, bersama penampilan dan gaya tersendiri.


Peluang keemasan sekali setahun ini, dipergunakan sepenuhnya keempat-empat jelitawan ini bersama persalinan serba indah dan susuk tubuh menggoda bagi membuktikan keberkesanan rawatan di Slim World.
Ziana jelas mempersona dengan persalinan Rizman Ruzaini dan solekan natural daripada Najib, nyata tidak menang tangan melayani tetamu istimewa yang datang dari Pertubuhan Ibu-ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan & Selangor bersama anak-anak mereka.


Begitu juga Erra yang sentiasa ayu dan manis di pandang, sentiasa kekal dengan senyuman menguntum tiap kali namaya di sapa manja. Kali ini Erra menggayakan busana dari rekaan Riffai Couture.
Pelakon cantik, Lisdawati yang santun dengan kebaya ketat keemasan, rancak berbicara melantunkan cerita dan perkhabaran berkenaan perkembangan terbarunya kepada para tetamu yang hadir.
Berbeza pula Wardina, penampilannya yang lebih ringkas dengan bercelana panjang dipadankan dengan baju berlengan dari rona jingga membuatkan kehadirannya pada petang itu lebih santai daripada 3 duta yang lain.


Namun apa yang lebih utama, inilah peluang keempat-empat jelitawan ini bertanya khabar, bercanda ria dan berkongsi peristiwa akan hakikat kehidupan mereka sebagai selebriti dan ibu juga kepada cahaya mata masing-masing.
Detik manis ini dikongsi bersama mereka yang kurang bernasib baik tanpa ada sebarang jurang pemisah.
Terpancar keriyangan di setiap wajah ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim yang datang bertandang kala diri mereka diraikan dengan beberapa permainan ringkas dan sumbangan tulus ikhlas duit raya

3 comments:

cha said...

mama vogue...

mummy_ayu said...

slim slim semua..ye la duta slimworld...

[-suziey-] said...

waa sume duta slim world..ala tp dorang ni pn satu..ade ke amik time dorang tgh peknen..mmg la nmpk gemuk tp lps tu kejap je slim blik..sbb dorang mmg jenis kurus..cuba amik org biasa yg mmg jenis gempal..ha baru la yakin tnpa was2:D

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.