Followers

Friday, September 3, 2010

♥ Cerita Dunia Artis ~ Hakim: Perkahwinan Di Hotel Berakhir Di Hotel ♥

KUALA LUMPUR, 2 SEPTEMBER 2010 : Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam, mengesahkan perceraian talak satu pemain badminton negara, Roslin Hashim dengan pasangannya Norhayati Othman, pada 7 Ogos lalu.
Hakim Syarie Mahyudin Wan Muhammad membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan keterangan Norhayati, 38, yang juga Pengarah Pemasaran dan Promosi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), dan Roslin, 35, dalam perbicaraan ringkas bulan lalu.

Mahyudin berkata, Roslin atau nama sebenarnya Muhamad Roslin Hashim bersetuju dengan ikrar dan mengakui berlakunya lafaz cerai berbunyi 'I cerai youlah,' di bilik 533 Hotel Corus di sini, jam 8.32 malam, pada 7 Ogos 2010.
Katanya, mahkamah bersetuju lafaz dibuat Roslin itu jelas ditujukan kepada Norhayati tanpa paksaan mana-mana pihak dan ia talak satu walaupun beliau tidak menyebut berapa talak dijatuhkan.

"Kes perceraian ini mengejutkan ramai pihak berikutan pasangan baru saja berkahwin. Apa yang dikesalkan perkahwinan yang berlangsung di hotel berakhir di hotel. Sepatutnya setiap masalah di bawa berbincang sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.
Wan Mahyuddin berkata, walaupun dalam keterangan Roslin sebelum ini mengatakan wujud unsur paksaan sehingga dia melafazkan cerai, beliau memutuskan ia tidak boleh diterima memandangkan ia paksaan berbentuk lisan dan bukan boleh mencederakan.
"Ia hanya secara lisan dan tidak memudaratkan tubuh badan. Suami masih ada pilihan melafazkan atau tidak. Mahkamah memberi ingatan kepada defendan dan umat Islam yang lain, perceraian di luar mahkamah hendaklah dielakkan kerana ia zalim dan mendatangkan keburukan.


"Setiap pasangan perlu mempunyai pengetahuan untuk memimpin rumah tangga, menjaga akhlak dan kewajipannya kepada keluarga kerana perkahwinan adalah ibadah yang berat. Kita hendaklah bertolak ansur dan bersabar apabila rumah tangga diuji oleh Allah. Lumrah akan ada perselisihan faham," katanya.
Pada 10 Ogos lalu, Norhayati (plaintif) melalui peguam syarie, Zulqarnain Lukman memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai kepada mahkamah sama manakala Roslin menerusi peguam syarie Roslizam Rahim tidak memfailkan sebarang pembelaan berikutan mengakui berlakunya kejadian berkenaan.
Sementara itu, Roslin ketika ditemui di luar mahkamah berkata dia tidak pernah serik untuk berkahwin lagi kerana dia memang mahukan perkahwinan yang berkekalan untuk selamanya.

"Bagaimanapun saya akur dengan kehendak Allah dan ini adalah takdir saya. Saya juga ingin jelaskan Raja Azmi tiada kaitan langsung dalam masalah perkahwinan saya," katanya.
Dia turut menjelaskan bahawa perceraiannya dengan Norhayati tidak mempunyai kaitan dengan Raja Azmi.
"Dia (Raja Azmi) tiada kaitan langsung dengan dalam masalah perkahwinan saya. Apa yang berbangkit sebelum ini tidak perlu dibahaskan kerana tujuan saya ke mahkamah untuk mendengar prosiding pengesahan lafaz cerai, tidak lebih daripada itu," katanya

Roslin juga sempat menyampaikan pesanan kakak angkatnya, Raja Azmi Raja Sulaiman yang akan mengambil tindakan undang-undang atas mana-mana pihak yang mensensasikan nama penerbit filem '... Dalam Botol' itu dengan perceraian tersebut.
Sementara itu, ketika Roslin sedang membuat sidang media itu, terdapat seorang lelaki yang membawa dua buah beg bersaiz besar cuba memberikan barang-barang tersebut yang telah diletakkan di kaunter mahkamah kepada Nurhayati.
Ketika Roslin mengadakan sidang media, seorang lelaki meletakkan dua beg bersaiz besar di kaunter mahkamah sementara Norhayati yang ketika itu berada di pintu masuk mahkamah kemudian dengan nada suara yang lantang dan tegas berkata, "You can have your bag," (Awak boleh ambil beg awak!).

Roslin yang mendengar perkataan tersebut hanya tersenyum.
Pada prosiding terdahulu, Nurhayati dalam keterangannya menyatakan, dia bersama-sama keluarganya telah ke Hotel Corus selepas mendapati Roslin dan Raja Azmi juga berada di hotel itu.
Roslin dan Norhayati mendirikan rumah tangga pada 9 Julai lalu di Hotel Flamigo, Ampang. Ia perkahwinan kedua Roslin selepas dia mengejutkan ramai pihak apabila perkahwinan pertamanya dengan Faizah Mohamad, 32, pada 30 Januari 2009 hanya mampu bertahan selama 12 hari
  • p/s sumber dari Murai...ape pun doakan yang terbaik untuk mereka

4 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

haiii macam2 skang ni, kalo tau dah berkahwin, takyah la nak berbaik bebeno dengan perempuan lain...bukan muhrim tu..

maslinamansor said...

tak pergi kelas pra-perkahwinan ker roslin nie...?

atty's said...

APA LAH ROSLIN NIE..FIKIRAN CETEK.CEPAT PANAS BARAN KOT..

HANI said...

kisah dia orang ni memang...kahwin cerai jer...dah tak ada jodoh ler tu..yg sebenarnya hanya diaorg jer yg tahu...

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.