Followers

Wednesday, September 1, 2010

♥ Cerita Dunia Artis ~ Memey, Norman Hakim Bertunang Raya Ke-4 ♥

KUALA LUMPUR, 31 OGOS 2010: Selepas kes ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dua tahun lalu, pasangan kontorversi, Norman Hakim dan Memey Suhaiza akhirnya nekad mengambil keputusan untuk melangkah ke tahap seterusnya perhubungan mereka dengan mengikat tali pertunangan.
Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi yang ditemui selepas majlis pelancaran filem Aku Bukan Tomboy semalam kelihatan sangat gembira ketika memberitahu murai.com.my mengenai perkara itu.
"Terus terang saya katakan, keputusan ini diambil secara tiba-tiba sejak beberapa hari lepas dan kami tiada apa-apa perancangan pun sebelum ini. Itupun setelah abang Norman menyatakan hasratnya untuk masuk meminang saya.

"Jadi selepas berbincang, kami pun sebulat suara untuk mengadakan majlis merisik dan meminang sekaligus pada 13 September ini iaitu raya ke-4 di rumah keluarga saya, Kota Tinggi Johor", jelasnya yang sentiasa tersenyum ketika di temubual.
Menurut Memey lagi, dia yang masih belum membuat apa-apa persiapan untuk majlis tunangnya itu bagaimanapun belum pasti berapa lama tali pertunangannya itu diikat sebelum melangkah ke alam perkahwinan bersama Norman.

"Semua mengenai tarikh perkahwinan dan wang hantaran akan dibincang oleh kedua-dua belah pihak keluarga ketika majlis pertunangan kami kelak. Namun apa yang boleh saya katakan, kami tidak akan bertunang begitu lama dan mungkin hanya dalam masa dua hingga tiga bulan sahaja selepas bertunang kami akan berkahwin.
"Kalau hendak diikutkan, saya lebih suka buat satu majlis yang wajib sahaja. Cukuplah majlis perkahwinan dan tidak perlu majlis yang kecil-kecil seperti merisik dan bertunang. Tapi, berbeza pula dengan abang Norman, dia mahu saya merasai semua itu sebelum kami diijab kabulkan

Walaupun segala hantaran untuk majlis tunangnya belum ada apa-apa persiapan lagi, namun Memey telah pun menempah baju untuk hari bahagianya itu nanti.
"InsyaAllah segala hantaran pertunangan akan saya siapkan dua hari sebelum raya kerana selepas itu saya tidak terlibat dengan apa-apa lakonan. Ketika ini hanya cincin tunang berbentuk belah rotan sahaja sudah dibeli


"Saya telah memilih tema pakaian berwarna putih dan Izwan Ismail adalah orang yang bertanggungjawab untuk mereka baju pertunangan saya nanti,"katanya yang akan memakai baju raya rona merah sedondon dengan Norman lebaran ini.
Memey tidak dapat membuat persediaan awal untuk majlis pertunangannnya itu kerana sedang sibuk menjalankan pengambaran telemovie Osman Berani untuk saluran Astro Ria sepanjang Ramadan ini

  • p/s sumber dari Murai

3 comments:

cik puan akish said...

eceh...geli ah sememeh neh..:(

Joy said...

hmm.kawin trs kang lg mudah.. x byk gossip ;)

~~Ciklinn~~ said...

kawin jerlh minah ni.. kalo dah berbln usung toto... apa nk tunang2 lagik... hishhh mencikk minah ni

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.