Bersempena Sinari Lebaran, TV3 bakal menyajikan anda dengan pelbagai program menarik untuk tontonan anda seisi keluarga. Antara drama menarik yang akan menemui anda pada Syawal ini ialah:Hikayat (10 Sept, 10.00 pagi)
Mengisahkan tentang Tok Wan yang selalu berkongsikan kisah di zaman mudanya bersama dua orang cucunya. Apa yang menariknya, segala yang diberitahu Tok Wan benar-benar menjadi realiti!
Pelakon : Harun Salim Bachik, Nor Khiriah, Aida Osman, Maisara, Jalil Hamid, Amy Mastura, Munir dan Arash Mohd
Senario : Ejen 003 (10 Sept, 11.00 malam)
Kisah tiga orang sahabat, Megat, Omar dan Hamdan yang bertugas sebagai penyiasat di bandar. Walaupun mereka tidaklah sehebat Sherlock Holmes dan James Bond, namun nasib sering menyebelahi mereka ketika menyelesaikan kes.
Pelakon : Azlee, Wahid, Mazlan Pet Pet, Bell Ngasri, Saiful Apek dan Sheera Iskandar
Bas Raya (11 Sept, 12.00 tengahari)
Ramadhan pergi, Syawal dinanti. Sidek dan keluarganya terlalu teruja untuk pulang beraya di kampong. Kegembiraan mula dirasai namun ia cuma sementara waktu apabila mereka telah ditipu oleh ulat tiket.
Pelakon : AR Badul, Nabil, Ilya Buang, Sheila Mambo, Achong dan Fahrin Ahmad
Syawal Pertama (13 Sept, 11.00 malam)
Mengisahkan seorang pemuda bernama Syawal yang tinggal bersama ibu bapanya, Pak Hassan dan Kak Tipah. Syawal mengalami kemalangan sewaktu berusia 8 tahun dan doktor memberitahu bahawa otaknya tidak boleh berkembang. Sejak itu dia hanya berkawan dengan budak berusia 8 tahun dan berperangai seperti budak walaupun usianya semakin menginjak dewasa. Pada satu hari, Syawal pergi memancing di tepi sungai namun dia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Selepas sedar dari pengsan, sesuatu yang aneh telah berlaku kepadanya.
Pelakon : Hairie Othman, Jalil Hamid, Aznah Hamid, Bell Ngasri dan Intan Ladyana.
Skrin Raya TV3
Selain drama-drama hebat, tidak lengkap rasanya sambutan Aidilfitri tanpa tayangan filem-filem unggul. Antara filem yang akan ditayangkan di kaca televisyen anda ialah ‘Sifu dan Tongga’ (10 Sept, 2.00 petang), ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’ (10 Sept, 9.00 malam), ‘Senario The Movie Episod 1’ (11 Sept, 9.00 malam), ‘Kecoh Betul’ (12 Sept, 9.00 malam), ‘Momok The Movie (13 Sept, 9.00 malam), ‘Syurga Cinta’ (14 Sept, 9.00 malam), ‘Susuk’ (15 Sept, 9.00 malam), ‘Jin Notti’ (19 Sept, 10.00 malam) dan ‘Brainscan 21 (21 Sept, 10.00 malam)
Tidak ketinggalan juga, program berbentuk majalah dan dokumentari bakal disiarkan pada Aidilfitri nanti antaranya ‘Manikam Kalbu’ (11 & 12 Sept, 7.30 malam), ‘Salam Mangkassara’ (13 Sept, 1.00 petang), ‘Da Jia Hao Taiwan’ (14 Sept, 1.00 petang) dan ‘Madrasah di Pinggir Syurga’ (16 Sept, 5.30 petang). Sambil menikmati juadah hari raya, jangan lupa luangkan masa anda menonton rancangan-rancangan menarik di TV3 bersama keluarga tersayang sepanjang Syawal ini.
p/s sumber dari GUA
1 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:
tak sempat nk tgk suma program tu kan...kalo nk tgk pon dkt rumah org je la waktu bertandang umah org nnti...
Post a Comment