Followers

Monday, September 6, 2010

♥ Dunia Artis ~ Aida Aris Terima Husfarid Sebab Sikapnya ♥

6 SEPTEMBER 2010: Tahniah Murai Batu ucapkan kepada pelakon dan model Aida Aris yang selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Husfarid Shaikh Ali @ Shaikh Hussein pada Sabtu(4 September) lalu.
Murai Batu dapat tahu, majlis pernikahan yang bermula jam 10 pagi di rumah Aida di Taman Sierra Ukay, Ampang itu telah diadakan dengan cukup sederhana dan sempurna. Apatah lagi, dengan sekali lafaz sahaja mereka sah menjadi pasangan suami isteri.

Aida yang diwakili oleh abangnya, Amiruddin bekas vokalis kumpulan rock Cinema itu menerima mas kahwin sebanyak RM 330 serta sebentuk cincin mas putih bertahtakan berlian.
Manakala wang hantarannya dirahsiakan pula, mungkin ada sebab musababnya Aida berbuat demikian. Bagus juga Aida lakukan begitu, yelah selalunya artis kita Murai Batu lihat suka sangat bangga dengan jumlah wang hantaran yang beribu-riban itu.
Apa-apa pun kedua-dua mempelai begitu anggun sekali di hari pernikahan mereka apabila masing-masing mengenakan busana serba kelabu dengan berlatar belakangkan pelamin yang dihiasi ros merah.


Ceria dan berseri-seri Murai Batu tengok muka Aida saat di hari pernikahannya itu. Mana tidaknya setelah hampir lima tahun menjanda akhirnya bertemu jodoh untuk kali kedua walaupun baru sahaja menjalinkan hubungan serius dengan pasangannya beberapa bulan lalu.
Menurut sumber yang Murai Batu dengar, sikap Husfarid yang suka merendah diri itu telah membuka hati Aida untuk menerima kembali seorang lelaki dalam hidupnya sebagai suami.
Manakala Husfarid yang tidak menyangka Aida kini sah menjadi miliknya jika sebelum ini hanya dikenali di kaca TV itu berpendapat sikap kejujuran Aida membuatkan hatinya terus terpaut. Wah sweet sangat Murai Batu dengar.

Apa yang Murai Batu tahu lagi Husfarid yang juga ketua pramugara ini merupakan duda anak dua dan anaknya masing-masing berumur 9 dan 7 tahun. Bertuahlah Aida, kahwin je terus dapat 2 orang anak.
Selain dihadiri oleh adik-beradik, saudara-mara dan rakan-rakan rapat kedua-dua mempelai, upacara pernikahan itu turut diserikan dengan kehadiran ibu bapa mempelai iaitu ibu Husfarid, Maznah Jaafar dan bapanya Shaikh Husaain dan ibu bapa Aida Mat Aris Janor dan Khadijah Abu Sujak.
  • p/s sumber dari Murai

3 comments:

~~Ciklinn~~ said...

ciklinn suka baju dia cantikkan.. semoga jodoh dia terus berkekalan

atty's said...

CANTIK JE AIDA ..NIE .TAHNIAH UTK DIA.

transformed housewife said...

Alhamdulillah. Semoga berkekalan hingga akhir hayat.

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.