KUALA LUMPUR, 27 SEPT 2010: Filem aksi "The Legend Of The Fist: The Return Of Chen Zhen" (18) lakonan pelakon Hong Kong - Donnie Yen yang menggalas semula watak Chen Zhen, seorang pahlawan kung-fu selepas sambungan filem "Fist Of Fury" pada tahun 1972, mengungguli carta filem box-office di Malaysia & Singapura sepanjang hujung minggu lepas (23-26 September 2010).Sementara itu, filem pengembaraan muzikal "Magika" arahan sulung Edry Abdul Halim (Edry KRU) yang dibarisi pelakon popular seperti Mawi, Diana Danielle, M Nasir, Ziana Zain, Ning Baizura, Erra Fazira serta Aznil Hj Nawawi pula mendapat kutipan RM1.3 juta.
Menurut Norman Abdul Halim (Norman KRU) dalam Twitternya (@NormanAbdHalim) & KRU Studios (@krustudios), "sehingga kini, MAGIKA telah mengumpul sebanyak RM1.3 juta. Kepada anda yang belum menonton filem MAGIKA, silalah datang ke pawagam berdekatan anda. :)" Filem ini telah mendapat pelbagai ulasan yang menarik & positif daripada pelbagai pihak.
Filem-filem lain yang ditayangkan mulai 23 September 2010 serentak dengan dua filem sebelum ini adalah termasuk filem animasi 3D "Legend Of The Guardians: The Owls Of Ga'hoole", filem thriller "The Hole", dan filem drama kewangan "Wall Street: Money Never Sleeps" lakonan Michael Douglas & Shia LaBeouf.
Sebelum itu, 2 filem Malaysia - "Senario Asam Garam" lakonan kumpulan Senario (Azlee & Wahid) & "4 Madu" lakonan Saiful Apek juga mendapat kutipan yang memberangsangkan juga walaupun terpaksa bersaing dengan 2 filem dari USA - "Piranha" & "Resident Evil: Afterlife (3D)" kerana telah ditayangkan mulai pada tarikh yang sama, iaitu 10 September 2010 (Hari Raya Aidilfitri Pertama).
Di U.S.A. pula, filem "Wall Street: Money Never Sleeps" yang merupakan sambungan daripada filem "Wall Street" 20 tahun yang lalu, menjuarai carta box-office USA dengan kutipan US$19 juta & mengalahkan filem animasi "Legend of the Guardians: The Owls Of Ga'hoole" serta filem komedi "You Again" (akan datang ke pawagam mulai 21 Oktober 2010).
Inilah carta 10 filem terlaris minggu ini:
Carta Filem (23 – 26 September 2010)Malaysia
1) Legend Of The Fist: The Return Of Chen Zhen (18)
2) Legend Of The Guardians: The Owls Of Ga'hoole (U)
3) Magika (U)
4) Resident Evil: Afterlife (18)
5) Wall Street: Money Never Sleeps (PG13)
6) Piranha (18)
7) Devil (PG13)
8) Senario Asam Garam (U)
9) 4 Madu (U)
10) The Hole (PG13)
Singapura
1) Legend Of The Fist: The Return Of Chen Zhen
2) Wall Street: Money Never Sleeps
3) Devil
4) Resident Evil: Afterlife (3D)
5) The Shock Labyrinth: House of Horrors (3D)
6) Alpha And Omega (3D)
7) The Infidel
8) The Girl Who Played With Fire
9) Nowhere Boy
10) The Outrage
Carta US Box Office (24-26 September 2010)
1) Wall Street: Money Never Sleeps
2) Legend Of The Guardians: The Owls Of Ga'hoole
3) The Town (di Pawagam 7 Oktober 2010)
4) Easy A (di Pawagam 18 November 2010)
5) You Again (di Pawagam 21 Oktober 2010)
6) Devil
7) Resident Evil: Afterlife
8) Alpha & Omega (di Pawagam 30 September 2010)
9) Takers (di Pawagam 28 Oktober 2010)10) Inception
p/s sumber murai.com
4 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:
dah lama x tgk wyg..best ker citenie ek..anje nnt follow blog nurul ek.kalu sudilah..kslaux sudikan gak.hehe
best sgt ker?... i x mnt mawi... hu3... tp aznil... sukerrrrr... ;p
nak gak gie tgk..tapi tak tau bila..plus Net pun dah bising nak gi tgk..alahai..
Post a Comment