Followers

Wednesday, September 22, 2010

♥ Gantung Rahsia Rumahtangga Di Dinding Facebook ~ PANAS ♥

“Biarlah Mama sendiri mengharunginya demi anak-anak Mama.”
Sekiranya anda terbaca komen sebegini di atas dinding Facebook rakan anda, tentu sekali banyak persoalan yang ingin anda ajukan. Kenapa? Apakah yang terjadi? Dalam waktu yang sama mendesak, “Ceritalah!!”.
Maka, andaian-andaian liar mula tercetus di minda pembaca sedangkan bagi tuan punya akaun, ia hanyalah sekadar luahan hati. Satu ayat tidak mungkin memberi kesan apa-apa.

Bagaimana pula kalau anda lihat komen sebegini:
“Kalau nak sangat yang lebih muda, go ahead!!!!”
Kontroversi bukan?
“Susah kawin dengan orang gaji kecik ni.”
Hmm…. Tak patut cakap begitu.
“Benci bila my Hubby cakap I gemuk, dia pun sama je boroi.”
Kutuk mengutuk sesama sendiri pun sering dilihat di ruangan komen di Facebook.
Pengguna Facebook rata-rata menulis apa sahaja di dinding sendiri kerana bagi mereka ia merupakan ruang peribadi mereka di alam maya dan pendapat atau luahan yang diluahkan di situ hanyalah mengikut rentak dan citarasa mereka sendiri.
Aku punya Facebook, aku punya sukalah! Kegagalan untuk mengenali gelanggang media sosial ini sebagai satu komuniti menjadikan kelakuan ini amat berisiko sekali.
Fenomena Facebook semakin popular di zaman kini sehinggakan anak yang baru bersekolah rendah sudah mempunyai akaun dan datuk yang sudah berusia pun tidak mahu ketinggalan. Media sosial ini semakin menular ke dalam masyarakat; disamping memberi impak positif, fenomena ini juga tidak kurang memudaratkan jika pengguna tidak berhati-hati dalam menggunakan medium itu untuk meluahkan perasaan hati sendiri.
Seringkali pengguna Facebook gemar menulis apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mereka di gelanggang tersebut tanpa mengira sama ada ia perkara remeh mahu pun yang penting.
Murtabak tadi sedap sungguh”; penting ke maklumat ini kepada umum?
“Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, Amin…”; tidak kurang juga ada di antara pengguna yang berdoa di Facebook. Namun apabila kisah rumahtangga didedah untuk tontonan umum, ia mengundang pelbagai reaksi spontan yang bakal menjadi barah seperti ungkapan “tikus membaiki labu”.
Amat mudah bagi mereka di luar sana untuk menilai dan melontarkan reaksi tanpa mengambilkira kesannya kepada perhubungan yang sedang meruncing. Boleh dikatakan semua pengguna Facebook mendambakan perhatian dan kehadiran banyak komen kepada luahan hati yang ditulis akan menjadikan perkara kecil semakin membesar.
Setiap ahli keluarga bertanggungjawab menjaga kerukunan rumahtangga dengan tidak menceritakan apa yang terjadi di dalam rumah sendiri kepada sesiapa pun.
Lantas, menulis ‘luahan hati’ di dinding umpama menebuk lubang di dinding rumah sendiri agar dapat diintai orang luar. Satu ayat yang kontroversi mengundang pelbagai andaian daripada komuniti Facebook dan apabila didesak oleh teman-teman, masalah yang mula-mulanya tidak diketahui ramai mula diceritakan sedikit demi sedikit.
Fikir dengan teliti sebelum meluahkan isu peribadi kepada umum. Ada di kalangan rakan-rakan kita juga merupakan rakan suami atau isteri kita sendiri dan menceritakan kisah peribadi hanya mengaibkan pasangan sendiri
Halang diri untuk meluahkan perasaan di Facebook ketika perasaan amarah sedang membara kerana tiada siapa yang untung kesan daripada perbuatan tersebut.
Simpanlah rahsia keluarga dan rumahtangga di tempat yang selamat, jangan digantung di dinding Facebook untuk tontonan umum dan akhirnya merosakkan perhubungan
Jika anda seorang rakan yang melihat perkara ini berlaku, jalankan peranan anda dengan menasihatkan rakan agar memberhentikan tindakannya itu. Mungkin bagi si pengguna, hanya dia dan komputer riba atau telefon bimbit, realitinya, sekali tulis begitu ramai mata yang membaca dan mereka sedang menilai kehidupan anda di luar sana
p/s sumber dari gua...

15 comments:

eMMe said...

kenkadang terlepas gak...tak sedar, kite dah BERDOSA sebenarnya...tapi org lain cam takde pape rasa kan...tu cam perkara biasa saja...takde lak fikir DOSA PAHALA...tahla, pendapat memasing...

Kancilbiru said...

betul..kadang2 kita terlupa akan halal dan haram waima dalam facebook sekalipun...

my hubby cukup tk bkenan FB sbb dia takut bini dia ni lupa diri bila emo...ekekeke

lailasani said...

betul.. betul... mmg setuju ngan u...
cuma nk menegur kawan yg tak berapa rapat tu adalah satu usaha yg agak konfius utk dilakukan... huhuh..

cha said...

stuju... sbb tu kita lbh suka tidak menulis di dinding sendiri. takut terlepas.

UmiDAnisH said...

bahaya facebook ni sebenarnya... gunala utk kebaikan dan bukan sebaliknya, kan??

mummy_ayu said...

betul tu..ayu pun jarang update status kat FB tu..plus FB kena block kat opis..kalu online kat umah ibu pun..layan game..he he he

[-suziey-] said...

hmmm mmg..skang ni selamba je org tnpa segan silu jaja kisah umahtangga..haih...mengaibkan diri sdiri sbnrnya..tp ae yg gunakan utk kebaikan..ajk org melakukan kebaikan..

♥Azie♥ said...

jarang tulis kat wall

ejaMaria said...

mmm... betul tu... pak mertua aku yg dah cucu 5 pun ade FB... anak buah yg umur 10 tahun pun ade gak FB... tp aku tak layan sgt FB ni... ntah tak berkenan... ade tapi jarang update ;p

MamaYatie said...

payah jugak teknologi disalah guna..
bg saya fb tuk menghubungkan silaturrahim ngan kawan2 lama & ahli keluarga yg jauh dimata..tp sendiri mau ingat la DO & DON'T nya kan..

JuNe said...

salam
ada blog???
jemputlah join CONTEST NOSTALGIA AIDILFITRI
klik link neh http://juneryanpunyer.blogspot.com/2010/09/contest-nostalgia-aidilfitri.html

**JUNE NI SILENT READER BLOG AKAK...HEHEHEHE KALAU SUDI JOIN LA OK

kakngah said...

aku amik pendekatan yg paling mudah
- tidak punya FB -
biarlah org kata aku ketinggalan zmn, tak uptodate.. lantak deme la.. aku taknak tempah masalah yg tak diundang...

aiDieNa said...

Dah lama tak mengadap facebook.. dulu khayal bertani..hehehe

Mummy said...

salam semua...fb nih ada buruk baiknya..yg baiknya, kiter leh jumpa kawan2 lama, boleh jumpa sedara-mara di alam maya...berkongsi cerita dan pendapat...
yg buruknya bila ada yg menyalahgunakan dgn upload gambar yg tidak menutup aurat, berhubungan dgn suami @ isteri org,menceritakan aib keluarga dan diri sendiri..semuanya bergantung pada diri kiter sendiri..berhati2 lah...mengikut kata seorang teman ada individu di luar negara yg mengaut keuntungan dgn menjual gambar kiter (esp yg seksi dan cantik)..kalo boleh privatekan akaun kiter kpd friends shj..kalo nak add friend hanya mereka yg kiter kenali...

mumyShaneQeisha said...

sangat setuju dgn entry ni.Tidak seharusnya geram,tak puas hati diluahkan sesuka hati di fb kan.

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.