Followers

Thursday, September 30, 2010

♥ Lagu Ku Memohon PadaMu Bukan Lagu Siti! ~ Drama Syurga Cinta♥

29 SEPT 2010: Sepanjang Ramadan lalu, peminat drama Melayu naik syok melihat keletah genit pelakon cilik yang bernama Mia Sara menerusi drama Epilog Syurga Cinta yang digarap dari filem lakonan Heliza Helmi bersama Awal Ashaari iaitu Syurga Cinta.
Disebabkan drama ini menjadi kegilaan ramai, ramai menjadi histeria apabila melihat Mia apabila kanak-kanak ini keluar bersiar-siar bersama bapanya yang menjadi pengurus peribadi Mia dalam bidang lakonan.


Malah, Murai Batu sendiri pernah melihat, ramai beratur dan berebut untuk bergambar serta memeluk cium Mia yang hadir di majlis berbuka puasa dan rumah terbuka aidilfitri.
Selain daripada Mia, Murai Batu difahamkan pelakon utama drama ini iaitu Rafidah Ibrahim atau Fida turut menerima impak yang sama seperti Mia sehinggakan ramai yang memanggil dirinya dengan panggilan Cikgu.


Bagaimanapun, Murai Batu difahamkan panggilan ini sudah pun lama dipegang sepupu Dato Siti Nurhaliza ini kerana dia selalu saja mendapat watak sebagai cikgu dalam mana-mana drama lakonannya.
Apapun, Murai Batu sebenarnya tertarik untuk bercakap tentang lagu untuk drama ini yang berjudul Ku Memohon PadaMu.
Murai Batu diberitahu, di awal siaran drama ini lagi, ramai yang sudah tercari-cari dan cuba untuk memuat turun lagu ini. Pun begitu, ramai jadi kecewa disebabkan lagu ini masih belum ada dalam senarai muat turun secara halal.


Dalam pada ramai menunggu dan tertanya-tanya di manakah untuk mendapat lagu ini secara original bukan cetak rompak, Murai Batu mendapat tahu peminat drama ini telah menyangka lagu tersebut dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza.
Bagaimanapun, sangkaan tersebut meleset sama sekali kerana lagu ini sebenarnya dinyanyikan oleh Fida sendiri. Mungkin persamaan ini didapati apabila tone Fida ada sedikit sama dengan Siti. Cuma suara Fida agak serak sedikit.
Selain menjadi penyanyi, lirik lagu ini juga dihasilkan sendiri oleh Fida. Malah, dia juga ada memberikan idea dalam penghasilan melodi lagu berkenaan.


Apa kes pun, ada berita baik buat peminat lagu ini yang mana lagu ini bakal dimainkan di radio tidak lama lagi. Murai Batu turut difahamkan, Fida baru saja selesai rakaman muzik video untuk lagu ini dengan menampilkan Mia sebagai model utama.
Tak sabar Murai Batu untuk melihat muzik video lagu ini memandangkan Murai Batu nak lihat lagi aksi Mia yang sebelum ini pernah berlakon sebagai anak kepada Lisa Surihani dalam drama Adam Maya.

  • p/s sumber Murai.com

4 comments:

zura@iwan said...

mmg lagu ni Fida yg menyanyi...dr suara pon dh agak dia yg nyanyi...suara ct lain sket...hehe..

Hezesuze said...

ishh dari mula lagik dah tau tu suara fida sebab coz suaranya berlainan sekali ngan tok ti....huhu

ejaMaria said...

sekali dengar mmg ingatkan CT... tapi bila dengar lagi... lain... tak tau pulak yg Fida tu yg nyanyi sendiri... tapi ok... not bad gak suara dia...

[-suziey-] said...

la ye ke..ingtk na lagu siti..suara dh akan2..

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.