Followers

Wednesday, September 29, 2010

♥ Siti Nurhaliza Mengidam??? ♥

Apabila tertera sahaja perkataan mengidam, pastinya tidak dapat mengelak dari berbicara tentang wanita hamil. Dalam diam-diam, rupanya penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sedang mengidam. Selalunya, wanita hamil akan mengidam sesuatu yang pelik-pelik.

Namun berbeza dengan penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu. Siti sendiri mengakuinya, sewaktu ditemui di rumah terbuka Enfiniti Vision Media, anjuran Datuk Seri Effendi Norwawi dan isterinya, Datin Seri Tiara Jacquelina di Kota Kemuning.

Ya, memang benar. Siti sedang mengidam.” ujar Siti membuka rahsia.

“Tetapi bukanlah hamil. Sebaliknya, Siti hanya mengidam iPhone 4. Lebih-lebih lagi bila melihat model telefon bimbit pintar kegilaan dunia itu berada di depan mata Siti.” ujar Siti mematikan topik dirinya sedang hamil.

Seperti pengguna telefon bimbit pintar yang lain, Siti cukup teruja dengan model terbaru iPhone 4 itu. Jenama terbaru telefon bimbit iPhone 4 dilancarkan Maxis pukul 12 tengah malam, Jumaat lalu di Kuala Lumpur.


“Kita lihat sendiri bagaimana pengguna jenama itu sanggup beratur panjang Jumaat lalu untuk menyaksikan majlis pelancaran rasmi yang hanya bermula pada pukul 12 tengah malam. Ada yang sanggup menunggu seawal pukul 5 petang bagi menjadi pemilik pertama telefon bimbit itu di Malaysia.” tambah Siti lagi.

Sambil memegang telefon bimbit itu, Siti akui ia satu jenama yang baik dengan keunikan reka bentuknya. Suaminya, Datuk Khalid Mohamed Jiwa yang berada di sisi isterinya tersenyum sinis kerana faham benar impian isterinya itu. Turut hadir ke rumah terbuka itu bersama pasangan tersebut ialah anak mereka, Mohamed Azief yang turut memujuk bapanya membelikannya sebuah telefon bimbit tersebut.

“Siti percaya apa yang dilakukan Apple adalah untuk kepuasan pengguna jenama mereka. Untuk itu, fasa penyelidikan dan pembangunan sentiasa diteruskan untuk memastikan kualiti produk mereka berada di tahap yang terbaik.” terang Siti lagi bagi menguatkan alasan mengapa telefon bimbit itu sentiasa menjadi kegilaan remaja seluruh dunia.

Siti kini merupakan pemilik setia telefon bimbit jenama iPhone 3GS dan Blackberry Bold yang kedua-duanya digunakan untuk membuat panggilan selain berkomunikasi dengan peminatnya di laman sosial Facebook. Namun demikian, penyanyi yang memiliki pengikut lebih 228,000 itu masih belum memiliki akaun Twitter.

“Sebagai artis, Siti juga harus menanam semangat untuk sentiasa melakukan yang terbaik bagi memuaskan hati peminat agar mereka tidak bosan dengan apa yang kita tawarkan sepanjang bergelar artis.”

“Dengan telefon bimbit pintar itulah Siti berkomunikasi dengan peminat dan berkongsi jadual Siti dengan mereka.” ujar Siti menerangkan penggunaan telefon bimbitnya.

Pemegang gelaran Bintang Paling Popular itu turut menjadikan Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai contoh terbaik dalam bidang teater muzikal di Malaysia. Menerusi Enfiniti Productions, Tiara selaku Pengarah Urusan telah pun menerbitkan dua produksi teater muzikal berskala besar seperti Puteri Gunung Ledang The Musical dan P.Ramlee The Musical.

“Walaupun sudah beberapa musim produksi teater muzikal PGL dipentaskan, tiket sentiasa habis dijual kerana peminat teater yakin dengan produksi tersebut. Apabila pementasan dilanjutkan, peminat akan beratur bagi memastikan mendapat peluang untuk menyaksikannya. Ada di antara mereka yang sudah dua atau tiga kali menyaksikan pementasan yang sama.” tambah Siti.

"Jika kita sentiasa mahu melakukan yang terbaik, pasti peminat akan terus memberikan sokongan." rungkai Siti menutup perbualan.

Siti berharap dalam waktu yang terdekat ini dia akan dapat memiliki telefon bimbit iPhone 4 itu. Namun, apa yang GUA dengar pada malam yang sama Siti sudah ditawarkan telefon bimbit jenama terbaru itu oleh wakil Maxis yang hadir ke majlis tersebut

Turut hadir ke rumah terbuka anjuran Enfiniti Vision Media itu ialah Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah, pengarah Puteri Gunung Ledang, Saw Teong Hing, pelakon Lisa Surihani, pengarah Ahmad Idham, rakan industri, rakan media dan ramai lagi.

p/s sumber gua

11 comments:

~~Ciklinn~~ said...

ciklinn pun idam iphone gak.. huuhuhu

eMMe said...

alaaaa..ingat siti pregnant, doakan Dato Siti pregnant same dgn saya...hurm...

[-suziey-] said...

haihhh klau org kaya n glamor..sebut je 'mengidam' ape..confirm berderet org nk taja..

zura@iwan said...

hehehe...ingt mgidam hamil....best la kalu dpt hamil...hikss

maslinamansor said...

makin cantik ct dalam gambar nie...

ct, jangan la ngidam sebab iPhone jer... harap2 ct ada rezeki untuk dapat baby...

Fieza79 said...

laa ingat btol mengidam...mengidam iphone ghupa nya...

nak terlintas iphone4 tu pon idak ni kan pulak nk ngidam..huhuu

Ena said...

hehe.. ingat bebtul mengidam tadi.. baru nak senyum & ucap tahniah kan!..

e.l.i.s.s.m.i.e said...

ada jugak mengidam macam ni..hehehe

INTANKUTERPILIH said...

ingatkan ct ngandung...baru nak tepuk tgn kuat2...tak jadi arrr..

Joy said...

suka tgk siti. lawa aja dia..

Adlina Husaini said...

wah tetiba!! nak jadi model Apple ker tok t hehe


steamboat ala seoul garden

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.