
Auto Publish
Seringkali kita mendengar rungutan tentang pengalaman yang kurang memuaskan apabila menonton video secara atas talian ('online'). Tak kurang juga aduan mengenai kandungan video yang ditawarkan tidak cukup menarik.Namun dengan TonTon, portal video terbaru keluaran Alt Media (anak syarikat Media Prima Berhad), para pelayar dijanjikan satu pengalaman yang tiada tandingannya.TonTon bukan saja mampu memberi pelayar pengalaman menonton video secara definisi tinggi (‘high definition’), tetapi kandungan yang disajikan boleh dikatakan bertaraf dunia.Selain kandungan Catch Up TV daripada empat stesen Media Prima, iaitu TV3, 8TV, ntv7 dan TV9, TonTon juga menyajikan judul-judul drama Asia dan antarabangsa, serta filem tempatan dan Hollywood yang menarik.
Antaranya, drama Korea seperti 'My Girl', 'Full House' dan 'Cinderella's Sister', musim terbaru drama bersiri 'Private Practice', 'Grey's Anatomy', 'Criminal Minds' dan 'Ghost Whisperer', serta filem-filem seperti 'Sepi', 'Mukhsin', KL Drift', 'The Hurt Locker', ‘Ace Ventura’ dan ‘Austin Powers’.TonTon turut menawarkan kandungan daripada arkib Media Prima, seawal tahun 1984 dengan penubuhan TV3.Ini termasuklah 'Majalah 3', 'Nona', 'Jejak Rasul', drama bersiri 'Cindarella' dan 'Cinta Antara Benua', sitkom popular 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu', 'Spanar Jaya' dan ‘Senario', serta konsert-konsert klasik dari M. Nasir hingga Sudirman, dan edisi pertama Anugerah Juara Lagu sehingga yang terkini.Disediakan juga kandungan eksklusif yang hanya boleh diperolehi secara ‘online’ seperti 'WWE Classics', 'Guinness World Records', siri 'Dilbert' dan berita hiburan antarabangsa, "Films and Stars News'.
TonTon turut memberi ruang kepada mana-mana pencipta pengisian kandungan untuk memaparkan hasil terbitan mereka melalui saluran mereka sendiri. Antara yang bakal menemui pelayar, KRUTV yang menghidangkan kandungan terbaik KRU, Metro TV (dari akhbar Harian Metro), GUATV (portal hiburan dan gaya hidup, gua.com.my) dan stesen-stesen radio Media Prima - Hot, Fly dan One FM - dengan saluran masing-masing.Pastinya ramai yang tertanya jika kandungan yang ditawarkan adalah percuma ataupun berbayar. Semua itu bergantung pada jenis kandungan. Walaupun kebanyakkan video yang disajikan adalah untuk tontonan percuma tetapi perancangan jangka panjang adalah untuk mengenakan bayaran buat kandungan yang tergolong di dalam kategori ‘premium’ yang merangkumi video eksklusif dan program dari arkib Media Prima.
p/s sumber dari Gua
1 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:
bagus niii, menarik.
Post a Comment