Followers

Tuesday, October 26, 2010

♥ 23 Perkara Pelik Dan Menarik Di FFM23 ♥

1. Walaupun siaran langsung FFM 23 telah bermula, namun masih terdapat artis yang sedang beratur di Red Carpet untuk memasuki dewan. Malah, ada juga yang masih sibuk ditemubual media dan melayan peminat yang ingin mengambil gambar di luar dewan.
2. Ketika penyanyi Diana Danielle sedang membuat persembahan, Farid Kamil yang sedang duduk di bahagian kerusi penonton tersenyum lebar melihat kekasih hatinya menyanyi.

3. Filem 2 Alam mendapat perhatian pada malam itu bukan kerana tercalon, tetapi kerana gelagat pengacara yang sering bercakap mengenai filem tersebut. Malah, penonton yang hadir turut ketawa melihat aksi selamba pengacara majlis meniru gaya Dr Rozmey.

4. Sementara penonton di rumah menonton siaran iklan, penonton di dalam dewan dihiburkan dengan lawak yang tak berapa menjadi oleh Tauke dan Alex dari Raja Lawak.

5. Walaupun pelakon Mislina kalah pada malam itu, namun dia tetap menjadi perhatian ramai apabila tampil dengan gaya botak.

6. Penonton yang hadir turut terhibur sambil menggoyang-goyangkan kepala ketika Dr Burn membuat persembahan menerusi lagu Appalam.

7. Semasa anugerah utama Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik hendak diumumkan, pengacara majlis masih belum menerima keputusan dari pihak produksi.

8. Pelakon Vanidah Imran dan Shah Jaszle menerima Anugerah Pakaian Terbaik sekaligus membawa pulang set barangan kemas bernilai RM 5000 dari Rafflesia. Vee memakai baju rekaan Wanpa manakala Shah Jaszle mengenakan sut dari Lord’s Tailor.

9. Vokalis Lan dari Azlan & The Typewriter lupa lirik semasa menyanyikan lagu Pelita bersama kumpulan A.P.I.

10. Acara Post Party yang berlangsung selepas tamat majlis anugerah agak mengecewakan kerana tempat yang disediakan tidak sesuai, sempit dan terpaksa bercampur dengan orang luar. Media pula terpaksa bersesak untuk menemubual artis kerana terpaksa menunggu peminat-peminat yang sibuk nak bergambar dengan artis pujaan mereka.

11. Penonton yang menyaksikan siaran langsung dan juga jemputan yang berada di dewan turut menyatakan pandangan mereka di media sosial seperti Twitter. Ada juga komen yang panas yang lebih berbaur peribadi.

12. Selaku pengacara majlis FFM23, Zizan Raja Lawak dan Sharifah Shahira telah berjaya menghidupkan majlis tersebut yang kelihatan hambar di kaca televisyen. Namun kehadiran “orang ketiga” Hezri mencacatkan gandingan tersebut dengan jenaka yang tidak masuk akal.

13. Ramai yang pelik dengan keputusan FFM23 tahun ini. Mana tidaknya, filem Magika menang Filem Terbaik tetapi pengarahnya, Edry Abd Halim tidak tercalon dalam kelompok Pengarah Terbaik sedangkan filem pengarah filem Belukar yang tercalon dalam kategori Filem Terbaik, Jason Chong tewas di tangan Edry untuk trofi Pengarah Harapan.

14. Ada yang kata, emosi Syamsul Yusof sewaktu memenangi trofi Pengarah Terbaik lebih berkesan daripada emosi lakonannya dalam filem Evolusi KL Drift 2.

15. Pada malam yang sama, sebuah konsert penghargaan P.Ramlee Di Mana Kan Ku Cari Ganti turut berlangsung di Auditorium DBKL. Mengapa pertindihan sebegitu boleh berlaku sedangkan P.Ramlee dan filem sangat sinonim. Bukankah lebih baik konsert itu menjadi sebahagian daripada aturcara program FFM23?

16. Bekas pemenang FFM terdahulu seperti Umie Aida, Vee Alia Lee dan Sazzy Falak lebih selesa menghabiskan masa terluang mereka di Konsert Di Mana Kan Ku Cari Ganti. Bekas pemenang yang lain ke mana agaknya? Mungkin duduk rumah menonton di televisyen.

17. Pusat Konvensyen Shah Alam kekurangan ruangkah sehingga majlis post-party yang sepatutnya lebih tertutup akhirnya dikerumuni orang awam sehingga menyukarkan petugas media mendapatkan reaksi pemenang? Majlis post-party yang berlangsung di lobi SACC turut dihadiri pengunjung mall yang datang dengan berseluar pendek dan berselipar Jepun. Di mana kawalan keselamatan?

18. Empat filem yang memenangi Anugerah Khas Juri seperti Muallaf, Cinta Ice Kacang dan Estet dilihat lebih wajar mendominasi anugerah utama. Benarlah kata orang, Anugerah Khas Juri ini merupakan anugerah kasihan dengan kategori yang cukup mengharukan seperti contohnya “filem yang menyuntik elemen 1Malaysia”, “filem yang menampilkan isu agama dengan olahan yang baik” dan sebagainya.

19. Beberapa penggiat filem merasa terhina dengan keputusan FFM23. Kebanyakannya terkejut dengan keputusan Pengarah Terbaik yang dimenangi Syamsul Yusof. Ada yang menyifatkan anugerah itu sebenarnya sebagai penebus maruah bapanya, Datuk Yusof Haslam.

20. Ramai artis lebih senang untuk pulang awal dari menghadiri majlis post-party kerana kesesakan majlis tersebut yang tidak dikawal-selia dengan baik oleh petugas FINAS. Mana taknya apabila petugas dari FINAS pun sibuk bergambar dengan artis.

21. Panel juri tidak kelihatan sejurus selepas majlis selesai. Seperti kebiasaan, sidang media sepatutnya berlangsung bagi petugas media mendapatkan reaksi panel juri bagi menjelaskan rasional setiap kemenangan, malangnya tidak berhasil. Apakah panel juri tidak bersedia untuk bertemu media?

22. Menepati sasarankah tema "Filem Malaysia Ke Pesada Dunia" apabila majlis pembukaan dilakukan di pusat membeli-belah manakala majlis anugerahnya berlangsung di lokasi yang sempit dan lokasinya di Shah Alam ?

23. Ada yang bersuara mengatakan filem Muallaf tidak dicalonkan kerana filem arahan Yasmin Ahmad itu menggunakan hampir 80% Bahasa Inggeris. Bagaimana pula dengan filem The Red Kebaya yang berjaya menampilkan Vanidah Imran sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik beberapa tahun lalu?

12 comments:

mummy_ayu said...

ayu pun tak negok anugerah FFM nie mcm kurang promosi pun yer...cuma tgk pascal lepas tu je...

mama rifQy said...

tak nengok gakk!!huhu

Zaidah said...

sama ngan zai...tak tengok pun kat tv...tahu dah ade resultnyer..

MamaYatie said...

saya tak sedar pun ada ffm ahad br ni, tak tau la saya yg terlepas pandang ker, promosi yg tak kuat

wawa said...

Sokong no 12 - 200% , saya ngan hubby sampai alihkan channel sebab rasa malu sendiri tgk org ke tiga tu nak jolok tak sampai....zizan macam hilang fokus jadinya....

Yang no 14 - hahahha... mmg jugak kan...

mummy_ayu said...

Anje...kena tag kat contest nie...jom join!!!
http://mummyayucontest.blogspot.com/2010/10/teka-teki-dik-rizki.html

BIONIC WOMEN said...

macam2 yg berlaku kan..huhuhu.mcmaner ler industry kita nak terus mantap kalau persediaan basic pun tidak serapi dan sekemas yg sepatutnya..

cha said...

tengok part zizan raja lawak je, haha.

eima said...

tak tgk pun .. haha

Fieza79 said...

alahai...tk tgk pon ari tu...sebok ke laen...

atty's said...

kty tgk dalam 45 minit lagi nak abis je..

[-suziey-] said...

uish byk btl komen xbest ek..hmm besela..as expected..sbb tu kt mls nk tgk..haih..xberkualiti btl...
lawak plak post party dihadiri pengunjung mall siap suar pendek n selpar..ekekeke:p

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.