Followers

Wednesday, October 6, 2010

♥ AC Mizal Mewah???Ape Kata Shafnie?? ♥


Pemilik Bentley Flying Spur empat pintu, pengacara dan pelakon AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 37, menyifatkan kereta mewah sebagai lambang kejayaan seseorang lelaki.
“Saya tidak melihatnya sebagai trend, sebaliknya ia sebagai mercu kejayaan seorang lelaki.
“Ia juga untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa menjadi artis juga mampu berjaya dan hidup mewah,” katanya yang turut memiliki Porsche Carrera, Mercedes dan BMW.

Mizal berkata, dia memilih Bentley kerana menyedari kereta itu jarang dipakai oleh golongan artis di negara ini dan kereta itu juga dipakai oleh idolanya artis antarabangsa, JayZ dan P. Diddy.

Mizal berkata, kereta Bentley itu mempunyai lambang korporat yang kuat untuk disesuaikan dengan perniagaannya AC Mizal Konsortium Sdn. Bhd yang sedang giat diusahakan.

Apa kata bekas isteri Ac Mizal tentang kemewahan Ac Mizal..

Bekas isteri AC Mizal mendakwa pelakon dan bekas pengacara Akademi Fantasia (AF) tersebut mempamerkan kekayaannya di media cetak dan elektronik.

Shafnie Zainudin berkata, dia mengetahui tentang peningkatan pendapatan AC Mizal melalui media meskipun jumlah sebenar yang diperoleh tidak pernah dinyatakan secara spesifik.

“Dia (AC Mizal) pamerkan di media tentang berapa pendapatan mewah, kereta-kereta mewah, perbelanjaan dan juga perniagaan mewah dia,” kata Shafnie di Mahkamah Rendah Syariah di sini Isnin.

Shafnie, 35, yang mendakwa AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, dibayar RM5,000 untuk satu episod AF mengakui bahawa perkara itu hanya diberitahu oleh individu yang bekerja di syarikat televisyen.
Shafnie juga dilihat begitu tegas mempertahankan pendapatnya bahawa tuntutan insurans dan dana pendidikan yang dituntut untuk dua anak mereka merupakan nafkah asasi yang digariskan oleh Islam.
Ac Mizal sekarang bergelar Datuk, hasil dari usaha dia dalam bidang perniagaan, dan sekarang berjaya mendapat gelaran Datuk. Jika dah berjaya tu, boleh le beli kereta mahal, sebab kereta mahal ni lambang kejayaan..

5 comments:

nieda said...

susah nk komen benda mcm ni...bila dah cerai mcm2 benda kena ungkit balik..hopefully mereka tu ada jln perdamaian

eMMe said...

so?betul la dia bergelar Datuk skrg? senang nye dpt title tu...ade $$$, sume jalan......settle!

maslinamansor said...

ini lelaki lepas tangan... :)

Faisya said...

lelaki harus sedar t/jwb mereka wpun dh bercerai-berai
jgn jdkan anak2 mgsa keruntuhan r/tgga...
skang ni mudah sgt tuk dptkan gelaran Datuk kan?...musykil2, tp ada duit semua jalan

♥MAMA♥ said...

k.da ni bukan nk dok belah mana2 pihak pun tp stakat yg k.da tau ,baca, dengar & lihat pkembangn citer dua2 belah pihak dr dulu sampai la ni..sbnrnya mslh drpd bekas isteri AC sendiri,AC mmg bayar & ada peruntukkn setiap bulan duit utk ank2 dia (ada akaun khas utk anak2) sbb AC xnk duit2 tu dsalahgunakan oleh syanie spt yg dh blaku sblom2 ni,syani tu x abih2 gunakan & mutarbelitkan apa yg dh blaku,x abih2 ckp nafkah tuntutan islam bla bla bla,sedangkn yg tersirat dia ambik kesempatan atas seme tu...kn dulu heboh bile syani bwk benda ni ke mahkamah & media,dia ingat AC x berani n berdiam diri mcmtu je,last2 bile AC bukak seme citer tup2 syani mula la terkedu,alih2 no komen no komen then xtau nk bukak citer camna lg..tup2 skang bile ac punyerla berjaya,ada bentley,title datuk skalipun syani skali lg nk buat isu,x abih2 nk cr publisiti & simpati,dia ingat masyarakat ni xleh pk sendiri ke dgn apa yg blaku?jgn menilai sst tu hanya sekadar melihat penampilan luaran semata2..apapun ac berjaya atas berkat usaha kejayaan & kegigihan dia & isterinya emelda,caiyok caiyok!

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.