Followers

Friday, October 29, 2010

♥ Aidil Tidak Tuntut Haq Jagaan Anak, Hanya Mahu Tangguh SULH ♥

Semalam kami ada keluarkan berita yang menyatakan Aidil ke mahkamah untuk membuat tuntutan menjaga anak berdasarkan laporan dari Harian Metro. Rupa-rupanya apa yang dilaporkan oleh Harian Metro tidak tepat. Aidil memang ke mahkamah tetapi bukan untuk membuat tuntutan menjaga anak. Dia cuma mahu menangguhkan sulh(perbincangan) yang telah dibuat Aidilfitri lepas.

Semasa Hari Raya Aidilfitri lepas saya ada buat permohonan ini (sulh) kerana tiada jalan lain untuk saya mendapat nasihat tetapi sekarang hubungan saya dengan Rita semakin baik. Disebabkan itulah saya perlu membuat penangguhan tersebut melalui peguam saya agar tidak menyusahkan pihak mahkamah nanti.

Perkataan penting di kenyataan di atas ialah “sekarang hubungan saya dengan Rita semakin baik“. Kami harap perkara ini tak berpanjangan memandangkan Rita pun sedang mengandung anak yang kedua. Untuk makluman, Aidil sengaja tidak mahu membatalkan sulh sebab tak mahu susah-susah daftar semula sekiranya wujud masalah semula.

Rita Rudaini pula kini nampaknya mula lembut hati dan mula menurut kehendak suaminya:-

Saya sayangkan Aidil sepenuh hati dan tiada sedikit pun perasaan benci terhadapnya. Jika tindakan Aidil itu baik, saya turutkan kehendak dia.

Terharu kami melihat sikap toleransi kedua-dua pihak dalam hal ini. Inilah yang kami doakan selama ini. Gaduh gaduh juga tapi janganlah sampai bercerai berai. Kami akan terus doakan agar kebahagiaan menjadi milik Rita Rudaini dan Aidil.

6 comments:

dianafisa81 said...

yer...semoga Allh melindungi insan yang sayang menyanyang...(betul ke ejaan nyer tu??)

MRS. K said...

kadang2 media ni lebih sudu dari kuah.. orang tu takde pape, dorang yang buat cerita.. burukkan lagi keadaan ade la... hadoiii...


p/s : anje, kite tak dpt lagi hadiah hadif tuk contest kemeja tu.. huhuhu..

Azfa said...

..smlm dgr kabar angin kata dh cerai...isk2..mcm2 citer...kalo dh berbaik Alhamdulilah..

eima said...

saman je media terlibat tuh ...slalu je bg kenyataan salah ...
pastu cite sal org tu org nih campur tgn hal laki bini ...
bosan nk baca

zura@iwan said...

sonok la rita dh masuk anak kdua pon....hehe..

zurazari said...

haaa? da ader yg second... alamak tertinggal kapal plak=)

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.