27 OKT 2010: Rasa macam nak tergelak pun ada. Rasa macam nak ketawa terbahak-bahak hingga putus urat perut pun ada. Itulah yang Murai Batu rasakan bila membaca segelintir pendapat orang yang kononnya rasa marah sangat bila wartawan hiburan tempatan mengkritik filem 2 Alam terbitan Dr Rozmey.
Kononnya, wartawan hiburan ni suka sangat mengutuk filem orang. Kononnya wartawam hiburan mempunyai agenda untuk menjatuhkan Dr Rozmeny. Owhh!! Pleaselahhh....Nak muntah jugak bila Murai Batu dengar kenyataan tu.
Sebab, setahu Murai Batu, takde pulak wartawan hiburan guna personal attack untuk mencaci-maki Dr Rozmey. Apa yang mereka kritik adalah berdasarkan mutu kualiti serta garapan filem 2 Alam itu sendiri.
Setelah menyaksikan tayangan perdana 2 Alam sempena Malam Pembukaan Festival Filem Malaysia baru-baru ini, ramai yang terkejut. Sebab, tak menyangka filem itu akan menjadi sedemikian rupa.
Dengan kata lain, hasilnya sodihhhh....
Sudahlah asyik guna flashback pasal jenazah dan scene di atas katil secara silih berganti dengan banyak kali, ditambahkan pula dengan scene kahwin yang membuat orang confused, apa yang dipersembahkan dalam filem ini juga nampak kabur. Samalah macam sinematografinya. Sekejap terang, sekejap kabur.
Yang peliknya tu, bila orang mempertikaikan pasal kualiti produk filem itu sendiri, Dr Rozmey tak reti pulak nak jawab. Balik-balik yang dia cakap, wartawan adalah golongan masyarakat yang suka mengutuk sesama bangsa Melayu dan tak senang tengok bangsa Melayu seperti Dr Rozmey berjaya dalam bidang perniagaan.
Hellowww...Ini bukan soal bangsa ya. Ini soal filem. Soal seni. Bila bercakap pasal seni, kenalah ada nilai estetikanya. Dan, kalau nak cakap pasal nilai estetika sesebuah filem itu, kenalah ada ilmunya. Ilmu bahasa filem atau bahasa visual ni, bukan boleh diperolehi dalam tempoh masa sehari.
Nak dapat ilmu tu kenalah belajar. Bila dah belajar barulah boleh berdebat pasal soal filem dengan bijak. Kalau tidak, tak payah buat filem. Lebih baik duduk buat bisnes jual produk biasa tu saja.
Tapi, Murai Batu pun tak salahkan Dr Rozmey jugak. Sebab yang merancang semua ni adalah salah seorang daripada orang kanannnya jugak. Bukan Murai Batu tak kenal siapa dia tu. Bukan Murai Batu tak kenal siapa penulis-penulis yang dia upah untuk bantai orang atau bantai wartawan dalam ruangan artikel yang dibeli di dalam akhbar.
Murai Batu cukup kenal siapa diaorang tu.
Tapi, satu sajalah nasihat Murai Batu, lagi banyak Dr Rozmey bercakap merapu pasal soal perjuangan bangsa Melayu yang takde kena-mengena dengan kritikan terhadap filem 2 Alamnya itu, lebih banyak lagi orang yang akan rasa meluat serta menyampah dengannya. Buktinya, anti Dr Rozmey sudah pun diwujudkan dalam Facebook. Kalau tak silap Murai Batu, jumlah dah pun mencecah 2,700 orang.
.jpg)
7 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:
haiihh..mcm2 hal dunia seni ni ekk?
p/s : Jemput join GA di blog saya..hehehe... ;) TQ
kita xfolo pn kisah dia ni..tp dasat ek..siap ade anti lagi..ekke:D
macam-macam anti sekarang nie.. tak paham tak paham
camtu la pulak.. mrmmm
nak glamour kan so macam2 cara ler hoohohohohooho
hehehe...ader gak terbaca dalam akhbar yg mengatakan filem 2 alam tu hampehhh...huhu..no komen sebab tak tgk lagi..
Kenal dengan Dr ni sebab produk dia..tak tau pulak dia buat filem.
Bagus Dr Rozmey ni..cuba nak belajar kembangkn bakat..
Post a Comment