Followers

Thursday, October 14, 2010

♥ Cerita Di Sebalik Majlis Perkahwinan Angkasawan Negara ♥

1) Sebelum majlis akad nikah bermula, seramai lapan orang tetamu jatuh ke dalam kolam yang terdapat berhampiran ruangan solat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Pihak pengurusan masjid akhirnya terpaksa meletak penghadang untuk mengelakkan lebih ramai mangsa.


2) Seramai 20 orang ‘hulubalang’ digunakan untuk membawa masuk hantaran daripada pihak lelaki dan wanita. Semua hulubalang ini adalah peserta Pencarian Lelaki Maskulin 2010.


3) Dulang hantaran yang digunakan oleh kedua-dua belah pihak ditempah dari Guangzhou, China. Manakala kakinya pula ditempah dari Jakarta, Indonesia.


4) Semua angkawasan yang menghadiri majlis perkahwinan ini diberikan sepasang persalinan Baju Melayu atau Baju Kurung yang juga ditaja oleh Jakel. Ada yang lengkap bersongkok, ada juga yang tiada bersongkok kerana stok saiz songkok tidak bersesuaian dengan saiz kepala orang Barat.


5) Untuk majlis persandingan, perunding perkahwinan menggunakan lebih 100 orang tenaga kerja, termasuk 30 orang dari Indonesia untuk menyiapkan dekorasi dalam dewan.


6) Semua bunga-bungaan segar yang digunakan untuk majlis perkahwinan ini diimport dari China dan Taiwan kerana bunga-bungaan dari kedua-dua negara ini lebih tahan lama. Sebanyak 120,000 kuntum bunga telah digunakan.


7) Cenderahati untuk tetamu merupakan kristal yang ditempah khas dari China. Manakala pentas pelamin sepanjang 21 meter dan tingginya lima meter ditempah dari Jakarta, Indonesia.


8) Kek berbentuk roket yang digunakan untuk acara memotong kek adalah replika semata-mata. Kek yang disuap ke mulut pasangan pengantin adalah kek yang disediakan terlebih dahulu oleh perunding perkahwinan. Ramai tetamu yang mengambil kesempatan bergambar bersama replika kek roket memandangkan ia tidak pernah dilakukan sebelum ini.


9) Majlis pernikahan pasangan itu dihadiri lebih 1000 orang awam yang turut sama memeriahkan upacara tersebut. Mujur tidak semua rakyat Malaysia hadir menyaksikan upacara tersebut kerana Dr.Sheikh Muszaphar memang mengumumkan jemputan kepada seluruh rakyat Malaysia.


10) Tidak ada sebarang sidang media diadakan selepas majlis pernikahan dan persandingan pasangan ini selesai. Namun, atas desakan para jurufoto, pihak pengantin memberi sedikit masa untuk foto mereka dirakamkan selepas majlis tersebut berlangsung.
  • p/s semoga berbahagia selamanya...

18 comments:

BIONIC WOMEN said...

aii..tu meriah ker membazir tu ek??? yg wajibnya nikah dan war2kan kepada org supaya tidak timbul fitnah..yg bienda tu pun 1 hal, yg agama tuntut supaya diwar2kan di sorokkan plak..macam2 artis nih..huhu..

mama....tengok balqis dalam majalan mami baby.ngan baju tennis belang2 tuh

Ena said...

Majlis Gilang Gemilang Sungguh kan!.. wedding of the year 2010 la gamaknya..

eMMe said...

fuh! belanja besar utk wedding...hope dowang bahagia kekal ke akhir hayat...

emy/mamasuri said...

dengan erti kata lain..
byk jugak orang sponsor yek..
untung2..

Putri_Aizat said...

huh macam2 yang tak tahan leh jatuh kolam tuh..em..

maya amir said...

pasangan yg sama cantik sama padan kan:)

Nana said...

patut la seme mat salleh angkasawan berbaju melayu ada sponser rupanye hehehhe

Fieza79 said...

hurmm mmg meriah gilerr la kann wedding ni...hrp berkekalan hingga akhir hayat la ye...

aSmiDar said...

fuhhhh...meriah sungguh...
dah agak tu kek tipu sbb die bawak kek lain..hehe..lagpon keras semacam je nampak...

cha said...

superb, sesuai dgn nama memperkenalkan malaysia ke mata dunia.

INTANKUTERPILIH said...

wahh..memang meriah habis nie..

bintangku said...

semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...

bintangku said...

semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...

Ada Dalina said...

bestnya jd org fofular kannn?
bertuah badan...

Huda said...

isk3...membazir pun yer, tp dah nama pun mereka mampu :)

ummi iman said...

semoga depa kekal sepanjang hayat...

atty's said...

semoga berkekalan..nasib le tak satu malaysia dtg..heehhee..

[-suziey-] said...

lawak plak dgr ade yg jatuh kolam..haih..bape juta la abis utk wedding ni kan..tp xpe sponsor bykkkkk

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.