Followers

Monday, October 25, 2010

♥ Keputusan Penuh Festival Filem Malaysia 23 ♥

Festival Filem Malaysia ke 23 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam malam tadi menyaksikan kejutan apabila filem terbitan KRU Studios, Magika meraih anugerah utama Filem Terbaik mengenepikan saingan terdekatnya filem arahan Mamat Khalid, Estet dan Belukar. Filem arahan Edry Abd Halim itu tidak menyenaraikan pengarahnya dalam kalangan lima pengarah untuk dinobatkan sebagai pemenang trofi Pengarah Terbaik.

Kategori Pengarah Terbaik juga mengejutkan penonton apabila pengarah Evolusi KL Drift 2, Syamsul Yusof merangkul trofi tersebut menewaskan pengarah berpengalaman Mamat Khalid menerusi filem Estet.

Berikut merupakan keputusan penuh Festival Filem Malaysia ke 23:

Filem Terbaik : Magika (KRU Studios)
Pengarah Terbaik : Syamsul Yusof – Evolusi KL Drift 2
Pelakon Lelaki Terbaik : Bront Palarae – Belukar
Pelakon Wanita Terbaik : Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan
Lakon Layar Terbaik : Jumaatun Azmi – Haq
Cerita Asal Terbaik : Ahadiat Akashah – Lagenda Budak Setan
Sinematografi Terbaik : Raja Mukriz – Niyang Rapik
Penyunting Terbaik : Hisham Jupri & Syamsul Yusof – Evolusi KL Drift 2
Skor Muzik Asal Terbaik : Edry Abd Halim – Magika
Filem Komedi Terbaik : My Spy
Filem Pendek Terbaik : Projek Genex – Ainote
Filem Dokumentari Terbaik : Suatu Ketika Laskar Senoi – Astro Entertainment Sdn. Bhd.
Filem Animasi Terbaik : Buas
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Shaheizy Sam – Evolusi KL Drift 2
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Norliana Shamsudin – Adnan Sempit
Pengarah Harapan : Edry Abd Halim - Magika
Pelakon Harapan Lelaki : Shashi Taran – Estet
Pelakon Harapan Wanita : Daphne Iking – Belukar
Penataan Seni Terbaik : Anuar Paharudin & johan Lucas – Magika
Penataan Bunyi Terbaik : Brian Ng – V3 Samseng Jalanan
Lagu Tema Asal Terbaik : Penyembuh Rindu – Edry Ab Halim – Magika
Pereka Kostum/Busana Terbaik : Hasnan Yaakub – Magika
Poster Terbaik : Belukar

Anugerah Khas Juri
Cinta Ais Kacang – Asia Tropical Film
Woohoo – Astro Shaw
Estet – Naga VSX
Muallaf – MHZ Film

Pelakon Veteran Lelaki : Seniman Tamam Idris
Pelakon Veteran Wanita : Seniwati Datuk Sarimah Ahmad
Penggiat Belakang Tabir : Johari Ibrahim
Filem Box-Office : Adnan Sempit
  • p/s nantikan Anugerah Skrin plak nanti...meleleh tengok drama nya...sumber Gua

3 comments:

wan sujaihah said...

magika menang besar kan

Nana said...

suka lisa menang

[-suziey-] said...

kita xtgk pn FFM ni..cam boring jek..ekekeke:p

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.