Followers

Friday, October 29, 2010

♥ Kes Tuntutan Nafkah: AC Mizal Nyaris Dipenjara 25 Hari ♥

KAJANG, 29 OKT 2010: Bekas anggota kumpulan 4U2C dan pengacara terkenal, AC Mizal hampir dipenjarakan selama 25 hari akibat ingkar perintah mahkamah perintah untuk membayar tunggakan nafkah anaknya berjumlah RM9,800.


AC atau nama sebenarnya, Mizal Zaini, 39, terlepas dari hukuman setelah dia berjaya menjelaskan tunggakan nafkah itu seperti yang diarahkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, semalam.
Hakim memerintahkan AC dipenjarakan 25 hari bermula semalam melainkan jika pengacara itu menjelaskan bayaran nafkah sebanyak RM200 sebulan yang tertunggak sejak Januari 2005 hingga 19 Februari tahun lalu.

AC sebelum ini memasukkan wang berjumlah RM8,200 ke dalam akaun bersama AC Mizal dengan anak keduanya pada Disember tahun lalu sebagai mematuhi perintah mahkamah. Namun, hakim menjelaskan cara kemasukan wang tersebut adalah terpesong kerana pembayaran semula diperintah dimasukkan ke dalam akaun isteri serta anak yang pertama.

AC kemudian diarahkan membayar tunggakan RM9,800 ke dalam akaun bank RHB milik bekas isterinya, Shafnie Zainudin dan anak pertama. AC juga diperintahkan membayar denda RM1,500 kerana gagal menghantar penyata kewangan syarikat miliknya, Best Line Entertainment (M) Sdn. Bhd kepada bekas isteri, Shafnie, 35.

AC Mizal dan Shafnie berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad Shafiq Iman, 14, dan Muhammad Shabil Iman, 11 sebelum mereka sah bercerai pada 17 Oktober 2001.

Pada 29 Julai lalu, Shafnie menafikan dakwaan AC telah membayar tunggakan nafkah dua anak mereka, Muhammad Shafiq Iman, 14, dan Muhammad Shabil Iman, 11, sebanyak RM50,000 kerana beliau mempunyai bukti bagi menyangkal dakwaan tersebut.

Mengikut perjanjian asal, AC Mizal diperintah membayar nafkah dua orang anaknya sebanyak RM2,000 sebulan sehingga kanak-kanak terbabit berusia 18 tahun. Bagaimanapun, bekas pengacara rancangan Akademi Fantasia itu gagal membayar nafkah anak sehingga mencecah RM50,000.

"Ini merupakan perlanggaran perintah tetapi tindakan responden itu tidaklah sehingga menghina mahkamah. Mahkamah akan mengeluarkan satu perintah lain untuk responden patuhi," kata Hakim kepada AC sebelum mengakhiri prosiding.

4 comments:

Hezesuze said...

ermm entahler nk percaya yg mana satu...tapi AC pun satu...dah ada anak tu pandai2 ler bagi nafkah kan...huhu

Qaseh said...

macam-macam la dunia artis hari ni...penuh onak ranjau kehidupan mereka.

dianafisa81 said...

tak minat AC, tapi janganlah sampai kena penjara...nafkah anak tu hak anak..jgn abaikan yerr

zurazari said...

macam2 la diorang nie... macam perkara main2 jer korang2 artis nie... wat eva pun, semoga bahagia la...

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.