Followers

Thursday, October 14, 2010

♥ Pasangan Mana Akan Mendominasi Lantai Tarian? ♥

KL, 13 OKT 2010: Bermula pada Sabtu ini, sebuah program baru tarian yang merupakan kesinambungan kepada Sehati Berdansa terbitan Astro akan mula menemui penonton. Episod pengenalan tersebut akan bersiaran di Astro Ria, saluran 104 pada 16 & 17 Oktober jam 9.00 malam.


Merupakan sebuah program realiti tarian terbaru terbitan Astro Ria, Mari Menari yang diwujudkan untuk mencari pasangan yang berpotensi untuk diketengahkan dalam bidang tarian bakal menguji kebolehan dan bakat seni tari yang terpendam dalam diri setiap peserta. Setiap peserta juga diuji dengan pelbagai cabaran yang telah disusun selama sepuluh minggu sepanjang Mari Menari bersiaran.


Berlainan dengan Sehati Berdansa yang sebelum ini hanya menampilkan pasangan suami isteri dari kalangan selebriti yang bertanding semata-mata, pasangan terpilih dari program Mari Menari ini terdiri daripada mereka yang mempunyai pertalian darah ataupun merupakan muhrim di antara satu sama lain.


12 pasangan yang terpilih adalah terdiri daripada sepuluh pasangan suami isteri, satu pasangan anak beranak dan satu pasangan adik beradik.

Berdasarkan pemerhatian setakat ini, pasangan suami isteri tentera udara, Ariz, 23, dan Rasyikah, 22, dianggap sebagai antara peserta ' favourite'. Mungkin atas faktor pakej mereka yang menarik dan juga merupakan pasangan termuda dalam pertandingan tari ini, ia membuatkan mereka mudah menarik perhatian umum.


Langkah gerak tari pasangan ini juga menyebabkan ramai tidak menduga pasangan ini sebenarnya berkhidmat dalam bidang ketenteraan kerana tarian yang dialunkan mereka sewaktu sesi pengenalan peserta kelihatan begitu agak profesional.

Pekerjaan mencabar seperti pengajar taekwando dan bertugas sebagai bodyguard VVIP juga tidak menghalang pasangan Faidzal, 42, dan Dita, 35, menyertai pertandingan menari ini. Bolehkah Faidzal melakukan transformasi keras seni mempertahan diri kepada kelembutan tarian dalam Mari Menari ini?

Bagi sesetengah individu pula, untuk menari bersama bapa tersayang dengan gerak tari lincah mungkin akan menimbulkan rasa kekok dan janggal, namun itulah cabaran yang bakal dihadapi oleh pelakon teater, Shuba Jay, 34, yang menyertai Mari Menari bersama bapanya, Jaya, 60. Mampukah pasangan ini mengatasi faktor umur dann bersaing sengit dengan pasangan lain yang jauh lebih muda?

Satu lagi pasangan pertalian darah, Nita, 35 dan adiknya Fadzlishah, 19, bakal menggabungkan kreativiti mereka untuk memastikan kejayaan dalam bersaing dengan peserta lain. Nita yang merupakan seorang peragawati yang mempunyai ibu kandung yang sama dengan Fadzlishah namun berlainan bapa.

Selain empat pasangan di atas, pasangan lain yang turut diberi tumpuan ialah pasangan penari sepenuh masa, Fahmi & Norzalin, Masri seorang juruteknik Petronas dan isterinya Fazelya, pasangan yang berkhidmat dalam karier seni iaitu Razif & Alia serta pemandu kontena Rosdi bersama isterinya Siti.

Turut bersaing ialah seorang anggota polis iaitu Hasri bersama isterinya Yat, jurugambar dan pengusaha butik Shai & Rafidah, penjawat swasta Fazizul dan Zarin serta pasangan terakhir, seorang eksekutif jualan iaitu Zul dan Husna.

Kesemua 12 pasangan ini akan menempuh pelbagai cabaran selama 10 minggu dan segala sorotan penting harian pasangan, sesi latihan dan rakaman di sebalik tabir selama 30 minit akan dipaparkan dalam Langkah Mari Menari yang disiarkan setiap Jumaat, jam 9.00 malam bermula 22 Oktober 2010.

Malam persembahan pula akan disiarkan secara langsung dalam Mari Menari bermula 23 Oktober ini jam 9.00 malam dan kemuncaknya ialah Penentuan Mari Menari yang disiarkan setiap Ahad jam 9.00 malam iaitu hari di mana keputusan penyingkiran diketahui secara langsung.

Persembahan setiap pasangan akan diadili dengan sistem pemarkahan 50% juri dan 50% undian penonton. Pada setiap minggu, juri-juri yang terdiri dari barisan selebriti iaitu Erra Fazira, Zulhuzaimy, Lisdawati dan Ferhad berserta dengan seorang juri profesional iaitu Joseph Gonzalez akan memberikan markah persembahan berdasarkan mutu dan teknikaliti persembahan. Manakala, kuasa penonton adalah melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Pasangan yang mendapat undian terendah pada setiap minggu akan tersingkir.

Awal Ashaari telah diberi kepercayaan untuk menerajui program Mari Menari dan Penentuan Mari Menari sebagai pengacara utama selain dibantu Lisa Surihani sebagai pengacara bersama. Pasangan juara Mari Menari juga akan memenangi sebuah kondominium The Haven di Ipoh bernilai RM358, 000.

4 comments:

Ada Dalina said...

tp lg best time celebriti dlu..
hrp2 ni pon best...

p/s: awk, jemput join GA kat blog saya...tq

maslinamansor said...

hampir kesemua peserta adalah profesional... Mesti mendebarkan..

atty's said...

harus tonton ni ..semuanya pro2 belaka..

[-suziey-] said...

mcm xbest jek..sbb xkenal sumenye..kiranya ni mcm realiti show la..bkn utk sumbangan amal kan:D

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.