Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Tuesday, October 5, 2010

♥ Raja Azura Nafi ke Mahkamah ♥

Ogos lalu dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita pergolakan rumahtangga pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Raja Azura Tengku Ahmad Tajuddin.

Dalam satu sidang media, selebriti itu mengakui yang dia dan suami ada ke Mahkamah Syariah Shah Alam untuk mendapatkan kaunseling berhubung masalah rumahtangganya. Ketika itu, Raja Azura atau panggilan mesranya Kak Engku menafikan dia dan suami, Adzmin Tan Sri Osman ingin mengemukakan permohonan perceraian.

Kini setelah hampir dua bulan berita ini dilaporkan, timbul pula spekulasi yang mengatakan Kak Engku dan suami telah hadir ke mahkamah syariah kelmarin

berhubung permohonan berkaitan keadaan rumah tangganya. Perkembangan ini membuatkan ramai yang menjangka perkahwinan Kak Engku sudah tidak boleh diselamatkan lagi.

Namun, laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini menjelaskan keadaan sebenar. Menurut Kak Engku, berita tersebut tidak benar sama sekali. Ini kerana pada waktu dia dan suami dilaporkan berada di mahkamah itu, dia dan anak-anak sebenarnya berada di pusat membeli-belah Mid Valley. Sementara suaminya pula berada di Alor Setar atas urusan kerja.


Jelas Kak Engku lagi, buat masa ini dia tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ingin menjaga keharmonian rumahtangganya.

2 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:

mummy_ayu said...

macam macam story artis nie kan..

nza said...

gitulh artis...tunggu n lihat...