Followers

Friday, October 22, 2010

♥ Raja Farah Mengaku Bertunang ♥

Dalam diam-diam pelakon dan pengacara Raja Farah telah pun bertunang dengan jejaka pilihan hatinya, Megat Bashiriun Qhuyum Zakaria. Jika anda teman Facebook (FB) Farah, pasti anda tahu dengan berita ini. Maklumlah bintang berusia 22 tahun ini sudah pun mengumumkan perkara ini di laman FB miliknya.

Mengulas tentang perkembangan itu, Farah yang GUA temui di sidang media filem Haq kelmarin, mengesahkan perkara itu. Jelas Farah, memang benar dia sekarang ini tunangan orang dan dalam perancangan untuk berkahwin dalam sedikit masa lagi.

"Memang saya sudah bertunang. Saya dan Megat bertunang pada 9 Oktober lalu. Bukan tidak mahu memberitahu pihak media, tetapi perkara ini berlaku tanpa dirancang. Sepatutnya pada 9 Oktober itu, pihak lelaki hanya datang untuk merisik. Tetapi setelah kedua-dua keluarga berbincang, mereka putuskan supaya kami terus bertunang sahaja. Saya dan Megat pun terkejut.

Terus-terang saya katakan, majlis itu berlangsung dalam keadaan serba ringkas. Saya dan Megat tidak bersiap pun pada hari itu. Malah kami juga tidak bergambar bersama pada hari tersebut," jelas Farah sambil tersenyum.

Ditanya tentang tarikh perkahwinan pula, Farah memberitahu dia dan Megat akan bernikah pada November ini. Bagaimanapun, heroin Haq ini enggan mendedahkan tarikh sebenar pernikahannya itu.

"Tunggulah, apabila sudah sampai masanya, saya akan umumkan. Apa yang boleh saya katakan, tarikh pernikahan itu sepatutnya adalah tarikh pertunangan kami. Setelah majlis merisik bertukar jadi majlis pertunangan, kami sepakat menjadikan tarikh pertunangan itu sebagai majlis pernikahan," ujar Farah yang turut ditemani tunang tersayang.

Memandangkan tarikh pernikahan sudah hampir, timbul persoalan daripada GUA sama ada pasangan ini benar-benar telah bersedia.

Menurut Farah, agak sukar untuk dia menjawab persoalan itu kerana dia benar-benar kurang pasti.
"Keputusan untuk mengadakan majlis pernikahan ini memang berlaku dengan pantas. Saya pun tidak tahu hendak kata sudah bersedia atau belum. Bagi saya, kalau kita tidak lalui alam perkahwinan itu, kita memang tidak tahu sama ada sudah bersedia atau belum. Saya ambil positif perkara ini. Lagipun, ini adalah nasihat keluarga. Saya yakin ini adalah yang terbaik," ulas Farah yang mengenali Megat selama lapan bulan.

Sementara itu, Megat mempunyai alasan sendiri untuk berkahwin dalam waktu terdekat ini.

"Mungkin ada yang berpendapat berkahwin pada usia 25 tahun itu terlalu awal bagi seorang lelaki. Tetapi, saya tidak setuju. Terus-terang saya katakan saya sudah sedia untuk kahwin. Bagi saya, hidup saya tidak akan sempurna selagi tidak berumahtangga," ulas Megat yang mengakui dia jatuh hati kepada Farah kerana Farah sering mengambil berat tentang dirinya.

Bercerita lanjut tentang majlis pernikahannya itu, Farah menjelaskan pada tarikh itu tidak ada majlis persandingan diadakan. Sebaliknya, satu majlis kesyukuran akan diadakan pada sebelah malam.

"Selepas bernikah nanti, memang tidak ada majlis resepsi atau persandingan. Ini kerana kami merancang untuk adakannya pada tahun hadapan. Untuk nikah nanti, ia akan diadakan di Masjid Negeri Shah Alam. Sebagai tanda kesyukuran, kami merancang untuk buat satu majlis kesyukuran di sebelah malam. Untuk majlis ini kami akan jemput saudara-mara dan kenalan rapat sahaja.

Bagaimanapun, saya masih buat sedikit persiapan untuk hari pernikahan tersebut. Saya dan Megat akan pakai busana rekaan Shahrir Nurdin. Untuk nikah, kami akan pakai persalinan putih bertatahkan manik biru muda dan untuk majlis kesyukuran pula, kami akan menyarungkan persalinan warna putih dan ungu lembut," cerita Farah panjang lebar.

Menyentuh tentang karier lakonannya pula, 27 Januari tahun hadapan, Farah akan muncul dengan filem terbarunya, Haq. Untuk filem aksi ini, Farah beraksi sebagai Aina, heroin filem ini. Dia digandingkan dengan Zul Huzaimy yang memegang watak Haq.

Menerusi filem ini, Farah mendapat pencalonan dalam kategori 'Pelakon Pembantu Wanita Terbaik' untuk Festival Filem Malaysia (FFM) atas lakonannya yang cemerlang.

Mengulas tentang filem ini yang berjaya meraih pencalonan ketiga terbanyak di FFM, Farah memberitahu, filem ini tampil dengan kelainan yang dijanjikan oleh pengarah.

"Apa yang dijanjikan oleh pengarah sebelum ini, memang dikotakan dalam filem ini. Saya percaya filem ini boleh diterima baik oleh penonton khususnya peminat filem Melayu," ujar Farah.

p/s sumber dari Gua

6 comments:

atty's said...

dah nak kawin ye..suka gak ngn lakonan dia,.

Ena said...

Mudah2an urusan mereka dipermudahkan..

Hezesuze said...

ok latuh...idakler bertunang senyap2 kan...huhu

zura@iwan said...

ooo dh tunang rupanya...tahniah...

[-suziey-] said...

haih dh tunang pn nk sembunyi..ape daa..besela artis..heehe

shiemz said...

dah btunang ek..semoga berkekalan ke akhirnya..

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.