Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Tuesday, October 26, 2010

♥ Tahniah, Sofea Jane Kini Dah Bergelar Datin! ♥

25 OKT 2010: Salah seorang aktres tanahair yang Murai Batu rasa tercantik dalam era 90-an adalah Sofea Jane yang juga adalah heroin filem Kekasih Awal dan Akhir pada tahun 1992. Sejak kecil lagi Murai Batu memang kagum dengan kecantikan pelakon kacukan British dan Melayu ini.

Sofea mula mencipta nama di persada seni sejak tahun tahun 1990 melalui filem Mira Edora. Masa tu, ramai jejaka-jejaka era rock kapak yang mula tergila bayang pada Sofea Jane.

Malah, tak mustahil jika ditanya pada mereka, 8 dari 10 akan jawab awek idaman mereka adalah Sofea Jane. Lagipun zaman tu sememangnya wajah-wajah Pan-Asia ni rancak mendominasi industri hiburan negara.Malah, klip video lagu Sampai Hati daripada Spring pun turut gunakan Sofea Jane sebagai modelnya.

Terbaru, Murai Batu ada terbaca dalam satu artikel di akhbar tempatan yang suami kepada Sofea Jane, Meor Zain Azman iaitu Ketua Pegawai Eksekutif CAG Energy Sdn Bhd, telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. Wah, ini bermakna dah bergelar Datin lah Sofea Jane sekarang.

Kalau nak dikira-kira la kan, ramai dah selebriti wanita kita yang bergelar Datin ketika ini. Datin Paduka Umie Aida, Datin Annahita Bakavoli, Datin Noniswara, Datin Ilyka dan ramai lagilah yang Murai Batu terlupa nak sebut nama.

Datin Sofea, 38, dan suami, Datuk Meor bertemu jodoh pada 9 September 1995 dan selepas 15 tahun perkahwinan, mereka kini dikurniakan 3 cahaya mata comel yang semuanya puteri iaitu Arissa 14, Khadija, 10, dan Soraya, 7

2 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:

mummy_ayu said...

ayu pun minat ngan sofia jane...congrats to her!!

atty's said...

owh dah datin rupanya sofea nie..tahniah..utk dia.