Followers

Monday, October 18, 2010

♥ Tips BlogWalking Jana Traffik Blog ♥

Blogwalking ini sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan yang tersendiri. Antara kelebihan atau kepentingan bloggers untuk melakukan blogwalking ialah:
1. Memperkenalkan blog(sama ada blog baru atau lama) kepada orang ramai.
(Ini biasanya dilakukan oleh mereka yang baru menceburi dalam bidang blog ini )
2. Menjemput pengunjung untuk membaca @ mengikuti perkembangan @ post terbaru dalam blog mereka.
( Ini biasanya dilakukan untuk menyatakan ada post terbaru @ menarik yang mungkin pengunjung lain akan tertarikuntuk membacanya )
3. Mendapat Followers lebih ramai.
- Pengunjung baru yang berminat dengan blog anda biasanya akan terus mahu mengikuti blog anda dengan menjadi Followers anda.
4. Berkenalan sesama bloggers dan berkongsi idea, tools, trick, tips, dan lain-lain lagi

5. Bermacam-macam lagi yang boleh disenaraikan.....
Sekarang kita akan melihat beberapa tips dan trick untuk blogwalking.

1. Buat 1 "bloglist" dimana anda perlu masukkan beberapa URL blog-blog yang aktif sahaja.

Anda boleh jadikan blog-blog ini sebagai permulaan atau asas untuk melakukan blogwalking. Oleh sebab itu, tidak perlulah anda menyenaraikan "bloglist" yang sampai mencecah ratusan blog kerana ini bukan sahaja menjadikan "load page" bagi bloganda perlahan, malah memberikan kesan yang tidak bagus kepada SEO anda. Hal ini terjadi kerana "robots" untuk craw blog anda tidak menyukainya apabila terlampau banyak URL dalam satu-satu page anda.

2. Jadilah mereka yang aktif dalam blogwalking.

Apa yang dimaksudkan disini ialah sentiasa memastikan nama anda(URL blog anda) berada didalam list "shoutbox,cbox,shoutmix,dll".Sekiranya 10 minit yang lalu anda pernah meletakkan nama anda didalam "shoutmix, cbox, Shoutbox, dll" tetapi nama anda sudah tidak berada diantara "top list"(iaitu tidak kelihatan), maka anda bolehlah meletakkan lagi nama(URL blog) anda sekali lagi supaya menjadi "top list".

3. Melakukan blogwalking secara rangkaian bloggers yang aktif pada masa tersebut.

Bloggers yang aktif pada masa anda sedang blogwalking boleh didapati dengan mudah kerana pada "shoutmix, cbox, shoutbox, dll" biasanya mempunyai masa mereka mengunjungi blog tersebut, jadi anda bolehlah mengenalinya dengan mudah. Anda perlu mengunjungi blog yang mana merupakan "top 3" dalam list dalam "shoutbox, cbox, shoutmix, dll" tersebut. Oleh itu, anda perlu sentiasa mengunjungi bloggers yang sedang Online pada masa tersebut. Melalui cara ini, anda akan memperoleh trafik yang tinggi dalam masa yang singkat pada masa tersebut.
4. Cuba blogwalking ke blog-blog baru yang anda tidak pernah jejaki lagi sebelum ini setiap hari.

Setiap hari, anda cuba blogwalking ke blog yang anda tidak pernah kunjungi sebelum ini. Ini bererti anda akan berpeluang untuk menambah followers, dll lagi.

Akhir sekali ialah beberapa tips yang mungkin anda dapat praktikkan untuk meningkalkan URL( lebih glamour dengan tapak kaki@jejak@dll) pada "shoutbox, cbox, shoutmix,dll) dalam blog yang anda kunjungi.

1. Beradap.

- Maksud beradap disini ialah gunakan kata-kata yang elok. Mulakan dengan kata sapaan yang sesuai. Elakkan daripada orang lain membenci kata-kata anda.

2. Banyak bertanya@ puji@ komen membina.

- Melalui cara ini, orang akan lebih berminat untuk mengunjungi blog anda bagi menjawab soalan anda@ berterima kasih.

3. Buka topik baru.

- Mencari topik baru supaya pengunjung berminat untuk mengunjungi blog anda sama anda untuk berbual atau apa sahaja. Apa yang penting ialah anda dapat pengunjung, kan!..

Saring Is Caring....

27 comments:

bun_nee said...

thanks kak.. boleh saya guna untuk saya belajar lagi

aSmiDar said...

Bagus Tips ni..
tenkiu Anje..:)

Nia said...

yeah,..thanks dear! saya belajar perkara baru hari ni.

Sabihah said...

suke laa baca...untuk saya yang baru2 nak blajar ni...TQ yer?? ^_^

Myra Jay said...

TQ Anje sharing info yg berguna utk Myra yg masih baru niey..

zura@iwan said...

thks anje...

yantz-yeem said...

baguih2x...adeiii bila lah sesi nak mengemas blog aku nih..bersabut kpale!!!huhuhuh

LYaFRINA said...

owhhh.. begitu ...
tenkiu anje.. x kedekut ilmu y ada.. share sama2...

LyNn'Azlina said...

betul2...sy setuju sgt bw leh up trfc...sbb tu saya amalkan..kalo x,blog saya akan kesunyian...

nieda said...

bagus tip2 ni..

INTANKUTERPILIH said...

thanks anje... suka baca tips nie..

mummy_ayu said...

good info..tq dear!!

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

kena praktikkan ni..

ejaMaria said...

kdg-kdg maleh nak tinggal jejak... camne tu?

chugie said...

good info..
nak jana traffic, bukan senang kan? kene rajin..

Ena said...

Tu la .. nak sangat aktif macam blog anje nie.. tapi.. sokmo ada je mende yg mengganggu.. tu yg jadi n3 membebel.. hehe.. skrg dah tak de masa sgt nak draf n3 kat umah.. kalo ada masa pun idea pulak hilangh.. Nak blogwalking apatah lagi.. dah lama tak cari kawan2 baru.. huhu.. kena kuatkan semangat la pasnie..
btw, thanks ye anje.. ;)

Ms sunsWeetz said...

thankz 4 that information...

Ciklinn said...

gud infoo......

Fieza79 said...

thanks anje...kira nya dh btol pe yg kfieza bt skrg ni...

Cute MuM said...

tq for the tips...

mama rifQy said...

bagus anje!i like laaaa

Mama Zharfan said...

thanks anje..me sungguh naive..baru 3 bln lps me tau apa itu BW and kepentingannya..sblm2 tu..me pegi kat mana2 blog pun tp tak pernah tinggal jejak..so naive of me :p

nur said...

thanks for sharing ur tips here
ALL IN ONE

Ummi Eisya said...

sharing is caring..stuju..good info..

Huda said...

betul2 :) tq ek share

MamaYatie said...

tq anje...byk info baru dpt ni..

nuoimusz said...

bgs la info ni...sy silent reader blog ni...

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.