Followers

Friday, October 1, 2010

♥ WARNING From Nuffnang ♥

Salam sejahtera Nuffnanger,
  • Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (MCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.
  • Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut. Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.
  • Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.
  • Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.
  • Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.

- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.

- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang
  • Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.
  • Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.
Terima kasih atas perhatian anda.
Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd

  • Oleh yang demikian, mama MOHON jasa baik kengkawan semua yang datang melawat blog mama ni supaya tidak klik2 iklan nuffnang dengan niat nak tolong tambah pendapatan mama.
  • bukan mama sombong...tapi sebab mama tak nak perkara2 macam ni akan merosakkan reputasi iklan kat blog mama...kalo ada yang betul2 berkenan dengan ikaln yang ada & ada perasaan ingin tahu tentang iklan2 yang ada kat blog mama....after klik TOLONG jangan mention "saya klik iklan kat sini" kat chatter box mama k...semua tu salah disisi undang2 Nuffnang...Mama TIDAK menggalakan semua kengkawan mama datang blog mama tolong KLIK@ iklan Nuff k....mama lebih suka bergantung pada BE CPM yang mama ada dari CPC...so mana2 kengkawan yang suka klik2 iklan kat blog orang lain tu dengan SENGAJA...lebih baik berhenti wat keje2 macam ni...biar kita cari duit dengan cara yang HALAL....
  • p/s sama2 kita membanteras Group Fraud Iklan Nuff ni k....

3 comments:

zura@iwan said...

wokeh mama aqish....lgpn sy x klik2 sgt..ada iklan kenan br klik..hehe

cik puan akish said...

owh ya....me pon ade dpt warning neh....:p

mummy_ayu said...

ayu pun dpt

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.