Memang sukar untuk dipercayai, apabila tersebarnya gambar 'misteri' diantara Nabil dan Qasha sedang bercium yang dipetik daripada sebuah majalah tempatan. (Qasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen adalah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)) Tapi gambar ini didakwa Nabil RL adalah 'buatan orang' (superimpose) untuk menjatuhkan dirinya. Maklumlah orang dah makin naik nama, mesti ada sahaja dugaan menimpa. Tak tahulah nak kata apa samaada betul atau tidak betul benda ini terjadi, Lu Pikirlah Sendiri!
Petikan BPop: Difahamkan, sekumpulan wartawan hiburan TV yang sedang bersiar-siar di sepanjang Bangla Road, sekitar Pantai Patong kira-kira jam 10 malam, terserempak dengan Nabil yang kebetulan sedang berjalan-jalan di situ sambil berpimpin tangan dengan Uqasha! Khabarnya, selain Nabil dan ‘teman tapi mesranya’ itu, turut bersama mereka ialah seorang wanita lain dipercayai ahli keluarga Uqasha. Menurut sumber, wanita berkenaan berjalan di belakang Nabil dan Uqasha.
Khabarnya, sebaik menyedari gelagat romantik beliau menjadi perhatian sekumpulan teman wartawan, Nabil terus melepaskan tangan Uqasha, sekali gus air mukanya berubah dan kelihatan cuak! Berdasarkan maklumat sumber, dia masih ingat kata-kata Nabil sebaik terpandang wajah teman wartawan: “Hei, korang buat apa kat sini?” Difahamkan, Nabil sempat bersembang sekejap dengan seorang teman wartawan yang juga kawan rapatnya.


15 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:
tu la apa nak jadi ngan dunia skrg ni.. tak kira artis or bukan semua dengan sifat tak malu yg makin menjadi2..
alamak. betul ke tu nabil? wallahualam..
ermm entahler ngan dunia artis skrg nie....hehe
mcm2 lah nabil ni..
itulah bila dah glamer sikit jadi shOck culture...Si NAbil oiii....bukan senang nk buat super impose. Selalunya susah nk buat super impose yg nmpk perfect. x semua angel boleh wat super impose...apa2 pun LU PIKIRLAH SENDIRI..
emmm.. dh berjaya mcm2 plak.. tak tau nk caya yg mana
baru popular skit..dah buat perangai
nyampahlah kat sumernie...tah pepetah.gmbr tuh bukan superimposelah kot..mcm btul2jerk nabil..tahler artis dah naek cket wat hal
betul ker citer nie? aduhai nabil...
salah langkah kot si Nabil ni..memalukan orang negeri jer..
Erma lawa lg la...hehe
ksian irma..
asyik terkeciwa jer..
ish...kalo betul lah itu nabil....teruk lah artis2 ni....selalu tercemar
patut la irma break ngn dier..
kaki pempuan rupanyer ye..
hmmmm elokla dia ptus ngn irma..pangai xsenonoh
Post a Comment