Followers

Wednesday, November 17, 2010

♥ Ayu Raudhah: Konsep Fairy Tale Wedding Jadi Pilihan ♥

KUALA LUMPUR 16 NOV 2010: Menghitung hari bakal bergelar ratu sehari, pelakon Ayu Raudhah mengakui berdebar menantikan saat tersebut. Bakal disatukan pada 21 Januari 2011 bersama Zaquan Adha di kampung halamannya, Alor Star, Ayu Raudhah mengakui masih lagi memilih konsep yang bersesuaian untuk majlis perkahwinannya.
 
Namun, sama seperti gadis lain, aktres berusia 26 tahun ini berharap impiannya untuk mengetengahkan konsep 'fairy tale' akan dapat direalisasikan.
"Saya berharap majlis perkahwinan nanti dapat buat konsep 'fairy tale'. Memang minat sangat dengan konsep tersebut tapi kalau buat tema sebegitu bukan baju atau pelamin sahaja yang kena ikut dengan tema serta konsepnya, tapi yang lain-lain pun sama.
 
"Maksud saya, orang ramai yang datang pun kenalah sporting dan mengayakan pakaian berkonsep macam itu sebagai sokongan. Jadi sekarang ini saya sedang memikirkan mengenainya dan berharap ia akan dapat terlaksana," katanya.
Ayu ditemui pada majlis pra tonton program baru Astro Warna, di Cathay, Cineleisure, Damansara, semalam menjelaskan, dia kini dalam proses melengkapkan dirinya untuk bergelar seorang isteri yang sempurna.
 
"Sekarang saya sedang belajar memasak sebab Zaquan ini jenis yang suka makan kat rumah. Dia tak suka sangat makan kat luar jadi saya sedang belajar masakan kegemarannya. antara ialah tempoyak ikan patin dan ayam. Insyaallah saya akan cuba menjadi isteri yang baik," jelasnya yang sudah pun menerima tajaan pakaian daripada beberapa pereka antaranya Calvin Thoo, Rizman Ruzaini dan Man Kajang.
Menyambung perbualan, adik kepada Rozita Che Wan ini berkata, selepas pertukaran status kelak, dia akan lebih selektif terhadap watak yang ingin diterima serta mungkin akan menghadkan aktiviti lakonannya.
 
"Setakat ini, dia bagi saya berlakon tapi saya sendiri mahu mengurangkan aktiviti lakonan sebab bimbang tak mampu bahagikan masa antara rumahtangga dan kerja. Tapi saya masih belum terfikir pula mahu berhenti berlakon kerana ini bidang kerjaya saya," kata anak ketujuh dari sembilan beradik ini.
Dalam pada itu, Ayu turut ditanya mengenai perselisihan faham antaranya dengan Rita Rudaini, jelas Ayu, dia seboleh mungkin tidak mahu lagi menyentuh mengenai urusannya dengan bakal birasnya itu.
 
"Kalau boleh saya tak mahu bercakap mengenai perkara ini sebab takut jadi lain pula. Tapi dakwaan yang mengatakan saya penyebar cerita memang saya sangkal kerana saya tak pernah masuk campur mengenai hal mereka. Apa pun saya sudah bersedia untuk menghadapi segalanya setelah berkahwin dengan Zaquan kelak dan menjadi sebahagiandaripada keluarganya," katanya tenang

1 comment:

[-suziey-] said...

amboih...fairy tale gitu

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.