Followers

Thursday, November 25, 2010

♥ BersamaMu ~ Lelaki Di Simbah Asid Oleh Kuarga ♥

Semalam kengkawan tengok Bersamamu tak??sedey mama tengok tau...
ape citernya...jom baca entry kat bawah ni...

Asri maafkan ibu
KUALA LUMPUR: “Asri dah maafkan depa, Asri rindu sangat nak jumpa ibu dan adik,” itulah luahan Asri Abdullah, 42, yang cedera parah di muka, kedua-dua tangan dan badan selain buta akibat disimbah asid oleh ibu dan adik lelakinya dalam kejadian di Kampung Jarak Atas, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 22 Disember tahun lalu.
Sambil menitiskan air mata, Asri meluahkan perasaan rindu terhadap ahli keluarganya walaupun mereka sanggup melakukan perbuatan kejam itu terhadapnya.

“Asri sayang depa, sampai sekarang pun masih rindu mereka. “Tapi mereka tidak pernah tanya khabar Asri. Walaupun kawan pernah hubungi mak untuk beritahu mereka keadaan Asri sekarang, tapi mak letak telefon,” luahnya dengan hiba ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.
Beliau dibawa ke biro berkenaan selepas perbincangan antara Pengerusi Biro Aduan Komuniti Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh dan Pengerusi Biro MCA, Datuk Michael Chong dan Pembekal Tisu Kulit, June C L Yong bagi melancarkan satu tabung derma untuk membantu kos pembedahan plastik Asri.

Dalam kejadian 22 Disember tahun lalu, kira-kira jam 3 petang, mangsa pergi ke rumah ibunya untuk mendapatkan geran motosikal milik bapa mereka, Abdullah Man yang meninggal dunia dua bulan sebelum kejadian bagi melangsaikan hutang arwah ayahnya. Asri berkata, apabila dia tiba di rumah itu, ibu dan adiknya enggan membuka pintu lalu dia cuba menjenguk di jeriji tingkap untuk memanggil mereka, malangnya dia disimbah asid oleh adiknya.

Akibat simbahan itu, dia meraung meminta pertolongan ibu dan adiknya itu namun tidak dihiraukan menyebabkan dia terpaksa meminta pertolongan ibu saudaranya yang tinggal bersebelahan rumah

Kini selepas 11 bulan kejadian itu berlaku, dia bersyukur kerana satu tabung diwujudkan bagi menanggung kos pembedahan dan rawatannya.

Sementara itu, Michael yang kesal dengan tragedi itu berharap bantuan masyarakat bagi membantu mengembalikan kehidupan Asri dan menampung kos rawatan Asri yang mencecah RM160,000,” katanya

10 comments:

mama rifQy said...

alaaa..kesian sedey!huhuhuu

mummy_ayu said...

sedihnya.ayu memang tak leh tgk bersamamu..
sbb confirm nangis sedu2 punya..
so hubby tak kasi tgk..
plus ayu memang tak sampai hati nank negok..
sedih sgt...baca nie pun dah sedih dah..mesti sedih kalu tgk live..

[-suziey-] said...

eee mak dia ngn adik dia tu gila ke..msti ade sebab kenapa dorang simbah asid..tp kejam la..maknya pn ssanggup buat camtu kt anak yg dia kandung..haihhh

chugie said...

emm.. kesian kan die. TP tu lah, tak tau ape sebenar benarnye yg berlaku sampai ibu die sanggup buat cm tu kan?

ummiaqeef said...

kite pun tgk..cian kan..

Cik Jue said...

Cik jue tengok semalam memang sedih mata dia buta..tapi kawan2 dia baik betulkan

mama tisya said...

kot ye pn marah tkpyh la smp simbah asid..mayb ada selisih phm keluarga kn

Puteri Zaza said...

mak die 2 mti xda naluri keibuaan kan.....rasa cam nk gayang jer

Zaidah said...

tengok malam tadik kat TV kesian betul ngan Asri tu..nasib baik ada sahabat baik yang menguruskan diri dia...

farah adenan said...

ciannye at dy...sape 3shbat nye 2...
nmanye..
sape tau bgi tau k...kna wt krngan ny...

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.