Followers

Friday, November 19, 2010

♥ Ceplos Kembali Dengan Misi Baru ♥

 - AutoPublish Puan Tanah Bercuti Raya AidilAdha -
Citer peberet papa ni, balqis pun dok layan gak citer ni....
Drama komedi seram Ceplos yang mendapat sambutan hangat daripada penonton sehingga mencecah 1 juta penonton, kini kembali lagi dengan musim kelima. Ceplos hasil Pena Kreatif Pictures terbitan Puan Hajjah Ziela Jalil dan di bawah arahan Emi Suffian ini masih mengekalkan barisan pelakon lama seperti Kazaruddin bin Saisi (Ipin), Muhammad Shazrin Sazwan (Ceplos), Maimunah binti Ahmad (Mak Senah), Sharifah Shahirah (Ijah), Norliza binti Abdullah (Rosma), Yank Kassim (Alfid) dan penampilan istimewa oleh Norlia Ghani sebagai Halimah.

Kemunculan Ceplos kali ini dengan misi terbarunya iaitu membantu Adek (lakonan adik Shahirah) yang merupakan anak Ipin dengan Shirah. Adek mempunyai keistimewaan luar biasa yang tidak ada pada Ipin iaitu melihat alam ghaib dan baru berusia 5 tahun. Adek sangat petah bercakap dan tidak pernah menangis sejak kecil, hanya ketawa dan bermain.

Ceplos kini menekankan tentang permasalahan isu semasa di kalangan kanak kanak. Itulah yang ingin diselitkan menerusi Ceplos iaitu menyedarkan semua tentang tanggungjawab yang perlu digalas oleh ibu, bapa dan keluarga agar segala masalah dapat dibendung secara bijak.

Ipin telah lama tidak berdampingan dengan Ceplos setelah berkahwin dengan Ijah. Ceplos diturunkan untuk berdampingan dengan Adek. Tidak seorang pun tahu Adek mempunyai kelebihan untuk melihat kanak-kanak meninggal dunia akibat kecuaian, kelalaian dan penderaan oleh ibu dan bapa mereka.

Malah, Ipin juga tidak tahu anaknya itu mempunyai kelebihan tersebut. Hanya Ceplos sahaja yang tahu. Ceplos ditugaskan untuk menghalang dan menentang hantu-hantu ghaib yang jahat tersebut. Sementara Ipin membantu menemui dan menasihati keluarga anak-anak yang meninggal agar berubah dan untuk menyayangi zuriat yang telah dianugerahkan oleh Tuhan.

Kepulangan Ceplos kali ini turut diikuti oleh Jin Alfid dan konco-konconya yang ingin menghalang misi Ceplos. Setiap kali Adek bermain berseorangan, barangan permainannya akan terapung mengelilingnya. Ini membuatkan Ipin dan isterinya berasa hairan dan takut. Adakah ianya disebabkan oleh Ceplos ataupun Jin Alfid dan rakan-rakannya yang menyakat Adek?

Jangan lupa saksikan kemunculan Ceplos yang mengandungi 24 episod dalam musim kelimanya ini pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, 8.30 malam hanya di TV9.

4 comments:

[-suziey-] said...

suka tgk ceplos..mcm santai gitu..best jek gandingan kaza ngn bdk ni..hiks

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

bes bes
tak sabar nak tgk ni..kite suke ceplos..agagagaga

chugie said...

heheh.. ade gak tengok ceplos ni. lain dr yg lain!

Zaidah said...

zai pun suka tengok ceplos....setiap hari jumaat hingga ahad...blah pagi pun ade jugakkan...

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.