Followers

Thursday, November 25, 2010

♥ Kad Kredit???Any One ♥


Salam & selamat pagi...ari ni nak kongsi cerita pasal kad kredit
rata2 mesti semua kawan2 ada kad kredit kan???
banyak yang mama baca didada akbar tentang Kad Kredit ni..
ada yang Muflis disebabkan kad kredit, semua ni jadi sebab tidak menggunakan
kad kredit berkenaan dengan cara yang berkhemah...
mama??tak de pun kad kredit pernah apply B4 this tapi di cancelkan oleh papa...
nape???sebab papa kata mama ni boros...
B4 kahwin dulu memang mama boros tapi sejak dah kahwin dengan papa
mama mula belajar hidup berjimat macam papa...
papa ada kad kredit tapi kad tu papa guna untuk isi minyak je
tak pernah kami shopping pakai kat swap tu...
then bila hujung bulan papa terus je bayar jumlah penggunaan kad tu
sebab tak nak amaunnya dikumpul2 sampai menjadi bebanan...
ada PRO & KONTRA kad kredit ni...

Kebaikan Kad Kredit:

1. Penggunaan kad kredit menyenangkan urusan
seharian manusia
-pemegang kad kredit tidak perlu membawa wang tunaiyang banyak untuk membeli-belah di pasar raya.Pemilik kad kredit Cuma menurunkan tandatangan sahaja pada bil barang yang dibeli
-pemilik kad kredit dikehendaki membayar bil itu padaakhir bulan dan itu pun boleh dilakukan secara ansuran
mengikut kemampuan para pemilik kad
CTH : CITIBANK menawarkan kemudahan pembayaran tol
Touch N Go, pembayaran bil melalui internet dan lain2
2. Penggunaan kad kredit didapati lebih
selamat
-pemegang kad kredit tidak perlu bimbang wang tunai mereka dicuri atau dirompak semasa membeli-belah dan melancong.Kalau kad kredit hilang atau dicuri,mereka boleh membuat laporan dan
pemegang kad itu tidak akanmenanggung risiko kad yang hilang itu

3. Pemegang kad ditawarkan pelbagai
bentuk perlindungan insurans
- Kebanyakan syarikat pengeluar kad kredit memberikan perlindungan insurans daripada kehilangan atau kerosakan dalam masa 30 hari bagi barang yang dibeli. Dalam tempoh tersebut,ganti rugi
akan diberi oleh syarikat pengeluar kadkredit
CTH : Insurans kemalangan,insurans nyawa,perlindungan kewangan dan seumpamanya
4. Pemilik kad kredit diberikan kemudahan
kredit yang istimewa
- Pemilik kad kredit boleh memohon had kredit pengeluaran ditambah. Kemudahan ini cukup penting semasa kecemasan.Ada pengeluar kad kredit yang membolehkan
pemilik kad kredit menikmati kemudahan pinjaman overdraf dan baki hutangnya dijelaskan secara ansuran dengan kadar bunga yang tinggi sedikit sahaja jika dibandingkan dengan pinjaman bank
perdagangan lain.

KEBURUKAN KAD KREDIT
1. Penggunaan kad kredit boleh mewujudkan budaya
belanja yang kurang sihat dan tidak terkawal
- Seseorang pemegang kad kredit mungkin akan bebasbelanja tanpa had kerana kemudahan mengeluarkan
wang tunai pada bila-bila masa.Sikap senang dahuludan susah kemudian akan timbul.Ini seterusnya akan
menyulitkan kehidupan mereka nanti.
- Kemudahan kad kredit menggalakkan penggunaberhutang dan berbelanja lebih daripada pendapatan
mereka, sikap boros merugikan masyarakat

Kad kredit bolehlah ditakrifkan sebagai sejenis kad yang digunakan sebagai pengganti wang tunai atau buat masa ini lebih dikenali sebagai wang plastik. Sejak akhir-akhir ini, penggunaan kad kredit didapati semakin popular di kalangan masyarakat kita terutamanya ahli perniagaan.Kini terdapat semakin banyak syarikat yang mengeluarkan kad kredit seperti American Express, Visa,dan Master Card. Menurut pendapat Menteri Kewangan Malaysia, penggunaan kad kredit merupakan pemangkin masalah inflasi yang sangat ketara. Di samping itu, beliau juga turut meramalkan bahawa bilangan pengguna kad kredit ni negara kita akan bertambah pada tahun-tahun  yang akan datang. Pada hemat saya penggunaan kad kredit akan terus diamalkan oleh masyarakat kita kerana kad tersebut mempunyai kebaikannya yang tersendiri.

p/s system dah ok so bertungkus lumus wat payroll ni kalo sempat mama terjah blog kengkawan k...

18 comments:

cik puan akish said...

kite tak penrah ade kad kredit...takot ye jugak..kerana sesado diri..boros amat!!

eB@mamaAerish'n'Aed said...

betoi tuh...
eb pn nk potong satu pakai satu jer... sbb nk beli barang yg zero interest... ngeh3... nak bli cash xleh punyer... brg budak2 tuh jer sbulan lebih dari kiter... kan3

eh sbelom luper... nk ym ngan anje leh?... nk tanyer psl zoo... tenkiu

ym eB: abby_shah77@yahoo.com

Fieza79 said...

kami tk penah ada dn tk penah guna pon..takott kesan nya...kfieza ni mmg tergolong kategori boross...bahaya woo

mummy_ayu said...

ayu tak pernah ada gak kad kredit sbb memang tau diri boros..he he he

zura@iwan said...

ada kebaikan & keburukan dia kan...tp guna la scara bhemah...

mama rifQy said...

mmg ade kebaikan n keburukan!but utk dr na sendeirikk..sangat2 Keburukannn!!ahahaha..sbb sangat2 borossssss!!!

[-suziey-] said...

kt mmg xpnh ade kad kredit dan xkan pakai..sbb bagi beban hutang..time guna mmg syiok ler..

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

samalah...zana pun tak ada and tak pernah guna kad kredit..bahaya coz' zana nie boros..sat lagi..laju jer nak swap kat tu kat mana2 shopping complex...

tp yang payahnyer..bila takde kat kredit nie....kalau nak tempah tiket ke apa.....menggagau pinjam kad kredit orang...

ada pro and con jugak kan
so..terpulang pada cara kita handle kad kredit tu

hajarus said...

hjr pun xpernah ade kad kredit... tingin nak ade 1 tp hubby xbg sbb hjr ni boros... takut kene menanggung bebanan hutang plk nanti...

Sricahaya said...

ada gak kad kredit ni..guna bila emergency jerkk...cth isi minyak.. hehe

chugie said...

betul tu, saya sokong juga.. bila dah bershopping dengan kad kredit, memang susah nak stop..

psst: harus cekal kan hati tuk say NO to Kredit kad!

MRS. K said...

kite takde. hubby sorang je pakai. tu pon tiap2 bulan sesak gak nak bayar balik.. huhuhu

Cik Jue said...

kita pakai time emergency je

mama tisya said...

kita tkde kad kredit..caya tk..rmi kwn2 tk caya...kita mmg tk suka pki kad kredit nanti lmbt byr kena charge..baik bli cash and carry tkde utang

ieda said...

semuanya terpulang pada kita .. kalau pakai kad dan ada cash kalau x pandai nak menggunakan secara berhemah x guna jugak kan ..

soo kena selalu beringat dan sedarr akan kemampuan masing2 .. senang cite tepuk dada tanye selera :)

MamaYatie said...

dulu pakai jugak satu..tp mmg guna utk isi minyak ajer..tak penah guna utk shopping..masa tu pikir utk standby ajer kot2 emergency nak pakai duit.skrg dah tak pakai..

pendapat saya, kalo nak kemudahan bershopping -tak yah bwk cash money better pakai debit card.kan senang juga..boleh berhemah sbb ikut brapa RM yg kita ada..

nuraarin-life said...

Dulu ada sampai 4 keping kad, tapi guna 2 jer.. last2 batalkan guna untuk minyak sahaja..

Pakai kad ni kena bijak, apa yang perlu sahaja digunakan

Mama Zharfan said...

me kdg2 terdesak ie tak cukup duit terpaksa guna kad kredit adoyai..then lama jd byk outstanding, jenuh nak byr adoyai

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.