Followers

Friday, November 12, 2010

♥ Karnival Bagai Taman Tema Disneyland! ♥

Cartoon peberet balqis ni...Upin pepen a.k.a Upin Ipin...
Balqis panggil ipin tu pepen k...ada karnival tau..
nak tau lebeih lanjut, baca info kat bawah ni k...
Buat julung kalinya, Les’ Copaque menerusi anak syarikat LC Merchandising Sdn Bhd (LCM) akan menganjurkan satu karnival khas Upin & Ipin sebagai tanda penghargaan di atas sokongan jutaan peminatnya di seluruh negara.

Karnival Upin & Ipin yang merupakan anjuran bersama dengan TV9 ini akan berlangsung selama lima hari di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) bermula 24 hingga 28 Disember 2010 sempena cuti persekolahan.

“Les’ Copaque dan TV9 telah lama bekerjasama, tetapi menerusi animasi Upin & Ipin yang disiarkan di TV9. Memandangkan animasi ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat Malaysia terutamanya kanak-kanak, kami berusaha untuk mengadakan aktiviti luar pula menerusi Karnival Upin & Ipin.

“Jika terdahulu Upin & Ipin akan sentiasa bersama kami di Karnival Sua Rasa TV9, kini adik-adik boleh bertemu dengan Upin & Ipin serta kawan-kawannya di karnival ini. Kami di TV9 berharap acara ini akan menjadi acara tahunan sepanjang musim sekolah dan semoga kerjasama antara TV9 dan Les’ Copaque akan berterusan dan berkekalan,”kata Ketua Pengurusan Penjenamaan TV9, Encik Feisal Abdul Malik.

Berkonsepkan keriangan, salah satu tujuan diadakan karnival ini adalah untuk mendekatkan peminat siri animasi ini kepada para karyawan di sebalik kejayaan Upin & Ipin yang telah mencetuskan satu fenomena baru dalam industri animasi tanahair.

“Ini pertama kali kami mengendalikan karnival seperti ini. Selain merapatkan hubungan antara keluarga dan anak-anak, kami turut membuka peluang kepada para peniaga untuk menjual barang-barang berkaitan dengan kanak-kanak di karnival ini.

“Karnival ini seolah-olah seperti Taman Tema Disneyland. Banyak aktiviti yang akan dilakukan dan ia pasti akan menjanjikan keseronokan kepada pengunjung yang hadir.

“Kami juga dalam perancangan untuk membuat Taman Tema Upin & Ipin satu hari nanti”kata Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi ketika ditemui di majlis pelancaran dan sidang media Karnival Upin & Ipin, petang semalam.

Selain dari pameran serta jualan, pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan antaranya persembahan khas pelakon suara Upin & Ipin, pertandingan mewarna serta sukaneka yang boleh disertai seisi keluarga.

Apa yang lebih menarik, satu perarakan yang dinamakan Animation Parade dengan penyertaan pelbagai watak di dalam animasi ini akan turut diadakan yang pastinya menjadikan kanak-kanak teruja menyaksikannya.

Pameran sukan bermotor serta tayangan filem animasi adalah antara yang menarik untuk disaksikan. Peminat Upin & Ipin juga berpeluang untuk mendaftarkan diri sebagai ahli kelab Upin & Ipin bagi menikmati pelbagai faedah keahlian yang ditawarkan.

Pengunjung yang hadir turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang disediakan melalui pertandingan karnival ini. Hadiah utama berupa tiket penerbangan untuk 2 orang akan menjadi milik pengunjung yang bertuah. Selain itu, pelbagai hadiah akan diberikan setiap hari melalui cabutan nombor bertuah.

LCM mensasarkan lebih 50 ribu pengunjung yang akan berkunjung ke karnival ini di mana sebagai pelengkap percutian persekolahan akhir tahun dan di samping membeli-belah keperluan sekolah untuk tahun 2011.

Selepas Karnival Upin & Ipin di SACC, animasi ini akan berkunjung ke Taman Tema Air Melaka Wonderland pada 4 hingga 7 Disember 2010. Jangan ketinggalan untuk membawa seisi keluarga ke Karnival Upin & Ipin di SACC, yang akan diadakan pada 24 hingga 28 Disember ini.

6 comments:

Fieza79 said...

menarik ni...anak2 kfieza suka la kalu dpt g jumpa upin ipin tu...mcm best je bunyi perancangan tu...

Nad @ MamaZakwan said...

best, best! :)

chugie said...

menarik ni! mesti ramai parents yg akan bawk anak2 ke sana ni..

mamalieyna said...

syokkkk...sure sesak nnti..taknak la lepaskan peluang! ^_^

Farra Dhelina said...

fav katon mirza hehe

wan nurul hezrina abd halim said...

mairapun suker cartoon ni...

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.