Followers

Monday, November 15, 2010

♥ Pernikahan ~ Raja Farah Dan Megat Luah Kegembiraan♥

Hanya dengan sekali lafaz, heroin filem 'Apa Kata Hati', Raja Farah Raja Aziz, 23, kini sah bergelar isteri kepada Megat Bashirun Qhuyum Dato' Zakaria, 25. Pasangan ini telah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Raja Aziz Raja Ngah dengan mas kahwin RM888 tunai kira-kira jam 11.00 pagi tadi. Majlis pernikahan yang hanya dihadiri oleh rakan-rakan dan saudara-mara terdekat ini berlangsung dalam suasana sederhana di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah kedua-dua mempelai ini sebaik sahaja mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Ketika ditemui oleh pihak media, Farah dan Megat mengakui yang mereka berasa cukup gembira kerana akhirnya majlis pernikahan mereka dapat berjalan dengan lancar walaupun ia dirancang dalam waktu yang singkat. Malah, masing-masing juga meluahkan rasa gembira kerana akhirnya percintaan yang terjalin selama lapan bulan berakhir di jinjang pelamin.

Ditanya bagaimana Farah boleh tertambat hati dengan Megat, Farah memberitahu Megat seorang yang mengambil berat dan memahami kerjaya lakonannya.

'Sepanjang kami bercinta, kami tidak pernah bergaduh dan saya berasa cukup selesa ketika berada di samping Megat. Dia juga seorang yang memahami. Farah yakin Megat boleh menjadi pemimpin keluarga yang baik," ujar Farah.

Bagi Megat pula, dia jatuh hati kepada Farah kerana wanita ini seorang yang manis dan manja. Selain itu, Megat juga mengakui yang dia sangat selesa ketika di samping Farah.

"Saya suka dengan perwatakan Farah. Dia seorang yang manis dan manja. Selain itu saya juga terpesona dengan kecantikannya. Bagaimanapun, keserasian adalah faktor utama saya membuat keputusan untuk memperisterikannya," jelas Megat pula.

Pasangan ini tampil sama cantik sama padan dengan mengenakan sepasang persalinan berwarna putih dan biru rekaan Syahril Nurdin. Pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran sebagai hadiah kepada pengantin perempuan. Manakala pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran. Antara barangan yang dihadiahkan kepada Raja Farah ialah Iphone 4, Wangian Gucci, Set Solekan Christian Dior, sepasang persalinan, Tas Tangan Coach dan tidak ketinggalan wang hantaran berjumlah RM8888.

Untuk pihak lelaki pula, Farah menghadiahkan Iphone 4, sejadah, kain pelikat, Set Wangian Issey Miyaki, sebentuk cincin daripada Habib Jewel, dan Set Barangan Dunhill, Jam Tangan Tissot, sebuah Al-Quran dan tasbih.

Pasangan ini dijangka mengadakan majlis resepsi pada awal tahun hadapan dan merancang untuk berbulan madu dengan aktiviti menyelam skuba ke Pulau Sipadan, Sabah dan Raja Ampat, Indonesia pada Januari 2011.
Nafi Terlanjur

Terlanjur berbicara dengan pasangan pengantin ini, mereka turut diminta mengulas tentang dakwaan yang mengatakan mereka mengambil keputusan untuk berkahwin kerana sudah terlanjur dan kini Farah sedang berbadan dua.

Jelas Farah, perkara itu sama sekali tidak benar dan ia adalah fitnah. Malah, dia juga berani tampil dengan bukti sekiranya pihak tidak bertanggungjawab itu tidak menghentikan perbuatannya.

"Saya berasa cukup lemah dan kecewa dengan apa yang berlaku. Ingin saya tegaskan di sini bahawa perkara itu adalah fitnah semata-mata. Saya ucapkan tahniah kepada penyebar gosip itu kerana dia hampir-hampir berjaya menghancurkan hubungan saya dan keluarga mertua. Tapi, atas sokongan keluarga dan Megat, saya berjaya mengharungi gosip ini. Pengalaman menjadi artis selama 15 tahun banyak membantu supaya saya tidak cepat melatah dan cekal," jelas Farah.

"Saya kesal dengan gosip ini. Kami tidak buat perkara itu sebab itu kami kecewa apabila ada pihak yang sanggup melemparkan tuduhan sebegitu. Saya kesian dengan Farah sebab dia benar-benar terpukul dan tertekan. Saya harap dengan penjelasan ini, orang akan berhenti daripada terus berkata-kata," tambah Megat pula.
  • p/s tahniah pada kedua2 pengantin...

10 comments:

diana said...

cantik nye dia..

MrS. F!zA said...

santek nya seswai ngn laki tu..huhu

bun_nee said...

comelnyee.. tahniah la yek

Faryza said...

suka baju dia..putih bunga biru..lallala

ULtradya said...

barang2 hantaran mahal suma...perggggh.....

"missrivebell mumun" said...

selamat pengantin baru raja farah..

Nana said...

sweet je kan

Ena said...

Alhamdulillah.. dah kawin.. maka menagis la syaitan yg menggoda mereka.. Moga mereka bahagia dunia & akhirat..

atty's said...

tahniah utk farah ..cantik .

wan nurul hezrina abd halim said...

biasa tak lawa tgk raja farrah..hehe tp kalinie lawa pulak

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.