Followers

Thursday, November 11, 2010

♥ Saida Fail Cerai, Saerah Pula Nikah Senyap-Senyap! ♥

11 NOV 2010: Hai, apalah nak jadi dengan artis kita sekarang nikan? Suka sangat sembunyikan perkara yang baik. Murai Batu tak tahu nak cakap apa dengan mereka. Kalau dah pilih kerjaya sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara, mereka sepatutnya sedar bahawa peminat mesti nak tahu perkembangan terbaru tentang mereka.

Apa kes pun, Murai Batu sebenarnya terkejut apabila mendapat tahu kakak kepada penyanyi Dato Siti Nurhaliza Taruddin iaitu Saida telah pun menfailkan tuntutan cerai di mahkamah. Terkesima Murai Batu mendengarnya kerana selama ini, setahu Murai Batu Saida dan suaminya, Ghazali yang giler motor itu, seorang yang sangatlah memahami.

Namun, tanpa angin dan ribut, tiba-tiba mereka dikatakan bakal bercerai. Sebab musibab kenapa ia berlaku tidak pula diketahui Murai Batu. Pun begitu, belum pun reda kes Saida, tiba-tiba Murai Batu dikejutkan pula dengan berita si adik Siti dan Saida ini iaitu Saerah sudah pun berkahwin secara senyap-senyap.
Malah berita perkahwinan ini telah pun diperakui kakak ipar 3 Siti ini iaitu Rozie yang kini masih lagi bertugas sebagai pengurus Siti Nurhaliza.

Dengarnya, Saerah yang pernah dikatakan mahu berkahwin dengan penyanyi Imran Ajmain telah pun bernikah pada 27 Oktober lalu. Khabarnya, nama suami Saerah ialah Saiful Anuar atau pun lebih dikenali dengan nama Epul, 27.

Murai Batu difahamkan gambar suami Saerah kini telah pun tersebar luas di lama sosial Facebook. Murai Batu turut diberitahu Saerah dan suaminya kini sedang berbulan madu di sebuah pusat peranginan di selatan semenanjung. Wah, bagus Saerah pilih dalam negara saja.
Menurut pengakuan Rozie, Saerah telah pun bernikah dan majlis berkenaan telah diadakan secara sederhana saja. Katanya, yang hadir hanyalah keluarga terdekat dari Kuala Lipis, Pahang.
Apa jua sekalipun, kini sudah terjawablah Saerah sudah pun berkahwin tetapi bukanlah dengan Imran Ajmain seperti yang digembar-gemburkan.

Dengan berita ini juga, harapan Saerah yang mahu bernikah pada Mei lalu iaitu sempena hari jadinya tertunai pada Oktober lepas.
Pun begitu , Murai Batu harap mereka bahagia dan apabila berita dapat anak nanti, janganlah pula disembunyi. Kepada Saida pula, Murai Batu harap berita penceraian itu janganlah dijadikan kenyataan.
Sesungguhnya, jadi artis ini memang banyak dugaannya. Namun, pokok-pangkal bahagia mana seseorang itu, panjangnya jodoh telah ditentukan Illahi
  • p/s sumber??terang2 kat gambo ada tulis murai kan...so dari murai.com

7 comments:

Ieza said...

saida dh glamour..cantik lak tu..terus ada masalah rumah tangga...ni la dugaan dunia artis..

ieda said...

gitulah .. sorang cerai .. sorang nikah .. mcm2 hal dunia artis ..

mereka artis tuu yg dpt liputan kann .. kalau org biasa2 , org x cara punnn huhuhu

wan nurul hezrina abd halim said...

bla jd artisje cerai berai.mcm2 hal dunia artis

atty's said...

tahniah lah utk saerah..
utk saidah ..harap dpt cari jalan penyelesaian .sian anak2.

[-suziey-] said...

hmmm berbaloi ke saida jadi glamor tp umahtangga tergadai? tp bkn la glamor sgt pn..suam2 je kan..haih..mcm2 hal kan..si saerah tu pn apekehenye nk sorok2 nikah..bende halal annoucne je la..ni lg buat org ckp fitnah..ade ape2 ke nikah senyap2..

Atia Adina said...

artis ni pelik lah....banyak sangat kot pilihan di keliling diaorang....sampai sanggup tinggalkan pasangan...tak pikir dah anak2

@e_da said...

mcm2 hal mereka adik beradik ni...

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.