Followers

Monday, November 1, 2010

♥ Siapa Cakap Rumahtangga Erra-Emran Bermasalah? ♥

1 NOV 2010: Tidak ada angin tidak ada ribut, tiba-tiba rumahtangga model, aktres dan penyanyi Erra Fazira dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Saluran Bernama TV, Engku Emran Engku Zainal Abidin pula dikatakan bermasalah.


Malah ada pula yang mendakwa bahawa dia dan suaminya itu pernah mendapatkan khidmat kaunseling dengan Jabatan Agama untuk menjernihkan semula rumahtangga mereka.

Nyata semua perkara itu tidak benar. Malah, Erra berkali-kali dia beritahu bahawa rumahtangganya sekarang ini memang aman damai dan tiada apa-apa masalah. Pendek kata, semuanya okey belaka.
Namun, pada masa yang sama dia juga memberitahu bahawa dia sudah lali mendengar cerita-cerita kurang enak yang timbul tentang hal rumahtangganya dengan Engku Emran.

Ketiadaan Engku Emran yang kurang menemaninya dalam acara-acara yang berbetuk hiburan juga dianggap sebagai punca kononnya wujudnya masalah dalam rumahtangga mereka.
Nak tahu apa kata Erra? Susah betul nak puaskan hati orang. Kalau selalu berkepit dengan suami, orang tak suka. Bila jarang muncul bersama, orang kata rumahtangga pulak ada masalah.

Tapi hendak buat macam mana, tuntutan tugas Engku Emran sebagai CEO Saluran Bernama TV tidak memberi peluang kepadanya untuk menemani Erra ke mana-mana macam waktu dulu-dulu agi. Lagi satu, sejak ada Engku Aleesya, mereka juga kenalah bergilir-gilir jaga anak cahaya mata pertama mereka yang comel tu.

Kalau Erra sibuk, Engku Emran yang jaga. Kalau Engku Emran pulak sibuk, Erra pulaklah yang ambil turn jaga Aleesya.
Apapun, Murai Batu pelik juga dengan orang-orang yang suka timbulkan fitnah yang macam ni. Janganlah buat macam ni pada rumahtangga orang yang tengah aman bahagia. Tak baik tau...Lagipun ianya boleh dianggap sebagai satu fitnah. Fitnah adalah satu dosa yang cukup besar.

Lebih baik buat kerja yang berfaedah. Ada jugak untungnya...
Lagipun diaorang baru saja menyanbut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke02 baru-baru ini. Masa tu sweet sangat sebab Erra hadiahkan Emran organizer jenama LV dan Emran pulak hadiahkan Erra, beg tangan LV. Kenapa takde orang yang ura-uarkan cerita ni?

p/s sumber Murai

6 comments:

Ju@Lucky^Mummy said...

hehehe.. selalu jumpa Engku Emran kt sini..

transformed housewife said...

kalau dah nama celebrity, semua hal2 yg boleh jd kontroversi org akan cuba wujudkan. setuju bila Anje cakap menabur FITNAH tu satu dosa besar.

Sricahaya said...

doakan kebahagian mereka jer..

wan nurul hezrina abd halim said...

tuhlah nurul pening tuh..tgk kat murai.com okey jerk dorng smbut buffday erra..okey jerk..pepandaijer orng media nie..rumah yang kukuhpun bleh runbtuh gara2 fitnah tuh

[-suziey-] said...

haih dorang ni suka tua..org tu elok2 jek mandai2 buat cite..xbaik..satgi sebb berita xbtul..trus jadi btl..haih

ibuayahdamia said...

bab2 arits ni...baca boleh, tapi kita tak tau sejauh mana kebenarannya kan..

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.