Followers

Tuesday, November 23, 2010

♥ Ultimate Shout! Awards Milik Yuna ♥



Penglibatan buat kali pertama Yunalis Zarai atau Yuna dalam Shout! Award ternyata membawa tuah kepadanya apabila berjaya merangkul tiga anugerah pada Malam Kemuncak Shout! Awards 2010 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Anugerah utama yang dimenangi kumpulan Bunkface pada tahun lepas, kini menjadi milik Yuna apabila namanya diumumkan sebagai pemenang Ultimate Shout! Awards pada malam berprestij tersebut.

Malah, apa yang lebih membanggakan, penyanyi dan komposer muda berbakat besar ini telah dinobatkan sebagai pemenang Popstar Award mengalahkan persaingan yang terdiri dari penyanyi yang bukan calang-calang iaitu Dato’ Siti Nurhaliza & Kris Dayanti, Jaclyn Victor, Aizat, Mizz Nina dan Zee Avi.

Selain Ultimate Shout! Awards dan Popstar Award, Yuna turut memenangi kategori Break Out Award (Best New Act) mengalahkan Azlan & The Typewriter, Black, Mizz Nina, Monoloque dan Zee Avi.

“Sehingga kini saya masih keliru dan memang tak jangka akan menang pada malam ini. Saya rasa sangat gembira kerana ini kali pertama penglibatan saya dalam Shout! Awards dan tak sangka akan menang pula.

“Bagi saya, Shout! Awards bagus kerana ia sama juga dengan anugerah berprestij yang lain di mana peminat boleh bersuara untuk mengundi artis kesayangan mereka. Bila menang, saya rasa dihargai dan tak sangka ada peminat di luar sana. Selepas ini, saya akan teruskan untuk membuat yang terbaik kepada peminat semua.”

Komen Pemenang Yang Lain

Zizan Raja Lawak (Favourite TV Personality Award)
“Bila diumumkan sebagai pemenang, saya memang rasa tak percaya. Dicalonkan pun dah cukup menang buat saya. Terima kasih kepada Allah, Nabi Muhammad SAW, ibu bapa, media, pihak produksi serta peminat, kerana tanpa mereka, saya tak akan berdiri di atas pentas Shout! Awards ini.”

Lagenda Budak Setan (Breakthrough Feature Award)
“Alhamdulillah, syukur kerana Lagenda Budak Setan (LBS) menang anugerah ini. Saya kongsi dan tumpang gembira dengan pembikinan filem ini. Bagi saya, rezeki terletak di tangan Tuhan dan saya memang tak jangka LBS akan menang. Terima kasih kepada peminat yang mengundi,”ujar Lisa Surihani.

6ixth Sense (Mobile Artist Of The Year)
“Kita orang memang tak jangka akan menang kerana kita orang datang hanya nak sokong dan tengok anugerah ini. Ingatkan Yuna akan menang, tapi bila diumumkan sebagai pemenang, memang terkejut. Alhamdulillah, dengan anugerah ini, ia akan jadi perangsang kepada 6ixth Sense untuk buat yang lebih baik.”

Mizz Nina (Flava Award)
“Sangat terkejut dan tak sangka kerana di antara calon-calon lain, saya yang menang. Saya rasa gembira kerana kerja keras saya selama ini berbaloi apabila memenangi anugerah ini. Saya janji akan buat yang terbaik selepas ini.”

Afdlin Shauki & Liyana Jasmay - Papadom (Best On-Screen Chemistry Award)
“Saya rasa sangat bertuah dan bersyukur kerana penonton masih mengingati persembahan saya dan Liyana dalam Papadom. Kami memang tak sangka kerana mereka sudi mengundi. Kami buat memang tak mengharapkan apa-apa anugerah, tapi bila dapat memang best. Bagi saya, Upin dan Ipin merupakan saingan kami yang kuat kerana mereka mempunyai pengikut yang besar. Tapi nampaknya peminat mereka masih kecil dan tidak tahu menggunakan internet,”ujar Afdlin berseloroh.

Bunkface (Rockstar Award dan Music Video Award)
“Kita orang rasa gembira sangat. Memang tak jangka akan menang pada malam ini kerana saingan memang kuat. Kami ingat Faizal Tahir atau Hujan akan menang. Apa-apapun, terima kasih kepada peminat semua yang mengundi. Selain itu, adalah satu penghargaan kepada kami kerana dapat menyampaikan anugerah Ultimate Shout! Awards kepada Yuna.”

Henry Golding (Hot Guy Award)
“It’s pretty cool. Thanks to my fan who made me won this award. I thought Faizal Tahir would won the award because I personally admired him.”

4 comments:

Nurulbadiah Lai said...

yuna is awesome!

mama rifQy said...

sangat tak tau sal award nih!!

Fieza79 said...

aduhh tk ikut perkembanagan semalam...bukak tv tp tgn bt kja lean..hehee

[-suziey-] said...

erkkk xtau pn pasal award ni..ekkek:D

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.