Followers

Tuesday, December 14, 2010

♥ Elly Mazlein Bakal Ganti Erra Fazira Dalam TMTM2? ♥

14 DIS 2010: Ketika menonton teater muzikal Tun Mahathir (TMTM) yang pertama dulu, tersenyum sendirian Murai Batu apabila melihat detik-detik percintaan antara dua tokoh ternama tanahair iaitu mantan Perdana MenteriTun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Ditambah pula dengan lakonan mantap dari barisan pelakon yang membawa watak-watak kedua-dua tokoh berkenaan, terasa sampai ke hulu hati ini lakonan mereka.

Menyebut pasal pelakon TMTM, Murai Batu ada terbaca kontroversi tentang musim kedua TMTM nanti tidak akan diterajui lagi oleh Zizan Nin dan Erra Fazira yang membawa Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah. Sebab dengar khabarnya pihak pengurusan Zizan telah meminta bayaran yang lebih tinggi manakala Erra pula sibuk dengan jadualnya yang ketat.

Justeru timbul pula persoalan siapa yang bakal menggantikan kedua-dua pelakon ini dalam membawakan watak tersebut. Perlu diingat, untuk berlakon teater ini cabarannya bukan mudah. Setiap pelakon itu mesti berkebolehan dalam pelbagai cabang seni yang ada seperti belakon (sudah semestinya), menyanyi dan menari.

Dan terus terang Murai Batu rasa, tak ramai pelakon kita yang boleh menyanyi dan juga tak ramai penyanyi yang boleh berlakon dengan baik. Apatah lagi berlakon, menyanyi dan menari pada yang sama yang merupakan kriteria utama ketika pementasan teater.

Ok, jadi siapa yang boleh ganti tempat Erra Fazira ni? Khabarnya, nama yang disebut-sebut ialah Elly Mazlein, pelakon dan penyanyi yang telah mencipta nama dalam pementasan teater Sri Mersing tidak lama dahulu.

Kebolehan Elly Mazlein dalam membawakan watak untuk teater sememangnya telah terbukti ketika Sri Mersing. Dia mampu menjiwai watak, menyanyi dan menari dengan baik sewaktu pementasan itu dan kini dianggap pengganti terbaik untuk watak Tun Siti Hasmah setelah ketiadaan Erra Fazira.

Sekiranya, Elly Mazlein adalah pilihan terbaik untuk watak Tun Siti Hasmah, siapa pula yang bakal menggantikan Zizan untuk watak Tun Mahathir? Ady Putrakah?

8 comments:

chugie said...

wah.. elly ganti erra ek? x pernah tengok teater lagi.. best ke ye?

mama tisya said...

oo pelakon br plak ye..ada lalu kt istana budaya nmpk banner psl teater tun akn tyng blk..kita tgk best ke tk pelakon br bw wtk tu

beaty said...

I love Elly mazlien. Kalo dia belakon sangat sweet...

ieda said...

suke elly mazlin .. penuh kelembutan .. layak sgt kalau jadi pengganti erra :)

mummy_ayu said...

lakonan elly pun mantap gak walaupun tak leh lawan erra..ady putra..best!!

**sHiKinn** said...

elly mazlein pun ok juga,suka tgk dia

[-suziey-] said...

ouh suka sgt elly mazlin..dia blakon best sgt..suka..hehe lembut jek..sesuaiiiii dgn ady putra:p

Anna Da Lady said...

saya pun suka elly mazlei..lakonnnya la.lembut..mmg best la :)

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.