Followers

Tuesday, December 21, 2010

♥ Kemelut MTM2 Tidak Ganggu Misha ♥

Pementasan teater Muzikal Tun Mahathir musim kedua (MTM2) yang bakal dipentaskan pada Januari depan berdepan dengan pelbagai kontroversi.

Selain belum mendapat pelakon yang sesuai untuk menjayakan beberapa watak utama, kemelut yang berlaku di antara pelakon Zizan Nin dan pihak produksi MTM2 juga sehingga kini terus diperkatakan.

Namun buat penyanyi Misha Omar yang turut terlibat dengan pementasan tersebut ketika ditemui baru-baru ini memberitahu segala masalah yang melanda MTM2 sedikitpun tidak menganggu tumpuannya. Katanya perkara tersebut tiada kena mengena dengan dirinya.

"Sebenarnya penglibatan saya di dalam teater MTM2 kecil sahaja. Namun apabila khidmat saya masih diperlukan dalam musim ini, saya anggap penglibatan saya sebagai sesuatu yang besar dan saya harus memberikan komitmen yang terbaik," ujarnya yang sebelum ini begitu sinonim dengan lagu Bunga Bunga Cinta dan Pulangkan.

Diminta pendapatnya mengenai kemelut yang melanda MTM2 khususnya yang berkaitan dengan soal bayaran setiap pelakonnya, anak kelahiran Kelantan itu sentiasa berfikiran positif. Jelasnya setiap pelakon atau penyanyi mempunyai harga mereka sendiri dan bergantung kepada mereka untuk menerima atau menolak sesuatu tawaran yang diberikan.

"Apa yang berlaku sebenarnya turut memberikan pengajaran kepada saya. Pada saya perkara tersebut hanya hal kecil sahaja. Jika masing-masing duduk berbincang, sudah pasti segala kontorversi dapat dielakkan.

"Sebelum terlibat dengan pementasan teater, saya sudah tahu bahawa pentas teater bukanlah tempat untuk buat duit. Cuma sebagai penyanyi dan pelakon, saya menjadikan teater sebagai medan untuk menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan," katanya yang sebelum ini pernah membintangi beberapa buah teater popular.

Bercerita mengenai perkembangan terbaru karier nyanyiannya, Misha memberitahu dia bakal tampil dengan sebuah album kompilasi pada Januari depan serta album solo terbaru pada pertengahan tahun depan. Katanya kali ini dia menggunakan khidmat komposer hebat M. Nasir yang akan bertindak sebagai Penerbit Eksekutif.

"Untuk album kompilasi, ia akan memuatkan 12 buah lagu terbaik yang pernah saya nyanyikan serta dua buah lagu baru dan sebuah lagu 'cover version'.

"Kalau segalanya mengikut perancangan album itu akan diberi judul Dia Misha. Lagu baru yang akan dimuatkan ialah Detik Antara Waktu dan Berlalu. Manakala lagu 'cover version' adalah lagu Kerana yang sebelum ini pernah dipopularkan oleh kumpulan Alleycats," katanya ceria.

Tambahnya dia masih mengekalkan konsep album yang sama seperti album-albumnya yang terdahulu kerana percaya peminat lebih mudah menerimanya. Namun dia tetap akan menerapkan beberapa elemen baru supaya lagu yang dinyanyikannya kelak lebih segar dan sesuai dengan peredaran semasa.

"Saya memang selesa menyanyikan lagu-lagu pop evergreen dan peminat juga sudah mengenali saya dengan lagu-lagu yang sedemikian. Saya yakin album ini akan diterima oleh penonton kerana selain M. Nasir, Tam dan Tony Spider turut menymbangkan beberapa buah lagu," katanya optimis.

sumber : Gua.com.my

4 comments:

SURIA AMANDA said...

makin lama makin cantik si misha ni..

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

hmmm...jom singgah myblogshop...mana tahu kot2 berkenan kot...tq

http://mummylovepink-lovely.blogspot.com/

ZanaNordin said...

lama dah si misha nie tak keluar ngan album baru

makin cantik

zura@iwan said...

suka tgk misha omar..

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.