Followers

Saturday, December 25, 2010

♥ Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2010 ♥

KUALA LUMPUR, 25 DISEMBER 2010: Bertemakan anggun dan glam, acara kemuncak Anugerah Skrin 2010(ASK2010) yang berlangsung dengan gahnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi menyaksikan filem pengarah tersohor, Arwah Yasmin Ahmad iaitu Muallaf sebagai Filem Terbaik ASK2010.

Muallaf turut membolot kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem yang dimenangi oleh pelakon, Sharifah Amani serta disusuli pula dengan kemenangan penggerak utama kepada filem itu sendiri tersebut iaitu Arwah Yasmin Ahmad sendiri.

Filem yang tidak dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia 23 (FFM23) yang lalu ini telah menewaskan beberapa buah filem lain seperti Evolusi KL Drift 2, Setem, Papadom dan Pisau Cukur.
Persaing terdekat, filem Evolusi KL Drift 2 tidak kurang hebatnya apabila berjaya mengondol dua anugerah pada malam tersebut iaitu Pelakon Lelaki Terbaik, Aaron Aziz serta kategori Lakon Layar Terbaik Filem yang dimenangi oleh pengarahnya, Shamsul Yusof.

Sementara itu bagi kategori Drama Terbaik ASK2010 telah disandang oleh Antara Garisan arahan Shahrul Ezad Mohamedin biarpun ia bersaing hebat bersama drama Sebelum Akhirat arahan Murali Abdullah.
Drama yang membariskan pelakon-pelakon seperti Azma Aizal Yusoof, Norkhiriah dan Ungku Ismail itu telah menewaskan empat buah drama lain iaitu Sebelum Akhirat, Dalil Cinta, Kaki dan Perempuan.

Kategori Pelakon Wanita Terbaik turut dirangkul Norkhiriah yang sebelum ini pernah meraih anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada ASK2007, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Azma Aizal Yusoof) dan Lakon TV Terbaik (Shahrul Ezad Mohamedin).

Fauzi Nawawi pula berjaya menewaskan Fahrin Ahmad, Rosyam Nor, Syed Ali dan Ungku Ismail bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi lakonannya di dalam drama Sebelum Akhirat. Sekaligus, kategori Pengarah Terbaik Drama dianugerahkan kepada Murali Abdullah menerusi drama Sebelum Akhirat.
Sementara itu, pelakon yang semakin meningkat naik, Shahezy Sam pula telah menerima Anugerah Khas Juri ASK 2010. Manakala yang turut memenangi anugerah ASK2010 adalah Pelakon Lelaki Terbaik Filem iaitu Bront Palarae menerusi filem Belukar.
Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima trofi serta hadiah lawatan ke Los Angeles.
Trofi disampaikan oleh barisan artis terkenal seperti Erra Fazira, Nasha Aziz, Fahrin Ahmad, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Mia Sara, Fouziah Gous dan Fizz Fairuz.
Malam gemerlapan tersebut telah dihoskan oleh Vanidah Imran dan Awal Ashaari serta disiarkan secara langsung di TV3.

Senarai pemenang Anugerah Skrin 2010:
Kategori Filem

Rancangan Realiti Terbaik : Showdown 2010 (8TV)

Lakon Layar Terbaik Filem : Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

Drama Komedi Terbaik : Simpang 3 (TV3)

Lakon TV Terbaik : Antara Garisan (Astro)

Rancangan Hiburan Terbaik : ABP 2009 (TV9)
 
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama : Fadzilah Mansor (Sebelum Akhirat)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama : Isma Yusoof (Antara Garisan)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem : Fazura (Pisau Cukur)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem : Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)

Rancangan Bual Bicara Terbaik : Isu Khas Palestin Gaza Kami Bersamamu (RTM)

Laporan Khas/ Berita Terbaik : Aduan Rakyat (TV3)

Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik : Epik Satu Ketika Laskar Senoi (Astro)

Videografi Terbaik : Datang Bulan (Astro)

Pelakon Wanita Terbaik Filem : Sharifah Amani (Muallaf)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem : Bront Palarae (Belukar)

Pelakon Wanita Terbaik Drama : Nor Khiriah (Antara Garisan)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama : Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)

Pengarah Terbaik Filem : Yasmin Ahmad (Muallaf)

Pengarah Drama Terbaik : Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)

Rancangan Muzikal Terbaik : AJL 24 (TV3)

Anugerah Khas Juri : Shaheizy Sam

Drama Rantai Terbaik : Nur Kasih (TV3)

Filem Terbaik : Muallaf

Drama Terbaik : Antara Garisan (Astro)

7 comments:

Ena said...

Dek melayan mata.. akak tak tengok pun semalam.. huhu..
tk pe leh baca kat sini kan anje.. ;D

Farra Dhelina said...

alhai tgok kejap2 je mlm tadi..

Shaza Shamsuddin said...

takut tengok artis melaram malam tuh.. kekeke



y O k O y O p O y O

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

tak tengok pun malam tadi
pergi johor wedding BF laling hubby
apa2 pun....pada yg menang anugerah tu...TAHNIAH

Nana said...

xtgk pon..
kuar jalan2 malam tu

MamaYatie said...

tak dpt tngk abis..sbb tido awal & buat persiapan tuk hari sabtu nya projek..tp masa 1/2 way tngk mmg best!

kayyana said...

ABP malam tu mcm tak havoc sgt jer... pastu ada pulak yg pakai bju tak cukup kain... huih hai,.. berdebar je bile die naik tngga... takut jatuh tak ke malu diri sendiri.. eh.. membebel lak yana.. sorry anje

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.