Followers

Tuesday, December 21, 2010

♥ Maya Akui Dating Dengan Yusry ♥

KUALA LUMPUR, 20 DISEMBER 2010: Bagaikan sudah lali dengan asam garam hidup sebagai seorang selebriti, pelakon, penyanyi dan model jelita, Maya Karin tiada jawapan lain selain daripada mengakui saja kepada pihak media bahawa dia pernah keluar bersama produser dan pelakon popular Yusry Abdul Halim sebagaimana yang digembar-gemburkan.

Bukan sekali, malah pelakon teater muzikal Natrah itu turut mengakui telah dua kali keluar bersama Yusry untuk menonton wayang di salah sebuah pawagam di Putrajaya.
Pengakuan itu dibuat sendiri oleh Maya apabila timbul gosip yang mengatakan dirinya dan Yusry telah keluar menonton wayang bersama-sama, baru-baru ini.

"Ya, memang betul saya keluar menonton wayang bersama Yusry. Kali pertama dulu, kalau tak silap saya iaitu 2 bulan lalu dan terbaru ialah dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Kami sama-sama pergi menonton filem Narnia.

"Bukannya tak mahu menonton di Kuala Lumpur, tapi kebetulan pula pejabat Yusry tak jauh dari Putrajaya. Daridapa dia datang ke Kuala Lumpur, apa salahnya saya sendiri ke sana. Tambahan pula saya senang ketika itu," terus terang Maya.

Dia ditemui pihak media sempena majlis perlantikannya sebagai duta terbaru produk minuman kesihatan InnerShine Prune Plus di Hotel Carcosa Seri Negara, di sini petang tadi.
Menjawab soalan portal murai.com.my bahawa pertemuannya itu ada kaitannya dengan urusan kerja atau mungkin berhubung projek filem besar terbitan KRU Studios, pelakon bermata bulat itu sama sekali menafikan.
Sebaliknya menurut Maya, pertemuan itu tidak lain hanyalah sebagai jalinan persahabatan yang telah lama termeterai sejak mereka dipertemukan menerusi sesi fotografi muka hadapan majalah Media Hiburan sekitar tahun 2001.

"Tak ada projek filem, kami hanya berjumpa saja. Adatlah sebagai kawan, bila berjumpa pasti banyak yang kami bincangkan. Ada berkenaan industri, kerjaya saya, kerjaya dia dan apa saja berkenaan kehidupan.
"Seperti juga tema-teman yang lain, kami akan keluar lebih kerap. Ikutlah keselesaan masing-masing. Kerana apa yang lebih penting sekarang, saya ikhlas berkawan dengannya. Bukan saja Yusry, tapi begitu juga dengan teman yang lain.

"Kami saling menyokong antara satu dengan yang lain. Dia sokong kerja saya dan sebagai kawan saya turut menyokong kerjayanya," kata Maya yang tidak mahu disalah ertikan keakraban mereka itu.
Sebagai wanita biasa, dia juga berhak menjalani kehidupan seperti mana manusia lain yang bebas menjalani aktiviti harian mahupun menonton wayang, tanpa sesekali perlu bersikap hipokrit dengan diri sendiri.
Bagaimanapun sebagai hamba Tuhan, dia tidak mahu menidakkan takdir illahi sekiranya suatu hari nanti jodohnya jatuh di tangan Yusry.

"Mungkin perkara seumpama itu akan terjadi dan mungkin juga tidak. Apa yang akan terjadi pada masa depan saya, sukar sukar untuk saya ramalkan. Apa yang penting sekarang, saya cuba sedaya upaya untuk menjadi diri sendiri.
"Saya sudah tak kisah keluar dengan sesiapa termasuk Yusry, meskipun secara terbuka. Soal berkahwin atau bercinta biarlah saya tolakkan ke tepi dulu. Kerana sebagaimana yang sedia maklum saya baru saja mengalami penceraian.

"Jadi untuk melihat saya berkahwin dalam tempoh setahun, itu tidak akan berlaku. Biarlah saya menjalani kehidupan 2011 dengan penuh ketenagan dan tiada gosip," katanya.

7 comments:

Zur@ZaRi said...

alamak....
zura tak suker la diorg berdua...
jeles i tau=))

Atia Adina said...

ok lah tu...semoga ada jodohhhhh

Mama Zharfan said...

ok jer :) dua2 pun cute

ZanaNordin said...

kalau dah jodoh tak kemana
sesuai ler tu..sorang duda, sorang janda....lagipun dua2 cantik manis...mmg padan

zura@iwan said...

ada jodoh x ke mn la kan..

MamaRifqy said...

eh ehh..ye nih! tak pnh tahu ponn

Miza Yusof said...

sekarang gosip maya dengan yusry kan. hari tu pun miza ada terbaca kisah dorang ni. tapi tktau lah kesahihan gosip ni macam mana. empunya tuan badan je tahu.

kalau dorang berdua pun okay jugak. sebab masing-masing single :)

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.