Followers

Wednesday, December 22, 2010

♥ Sabrina Ali Temui Cinta Baru Dan Akan Berkahwin! ♥

KUALA LUMPUR, 21 DIS 2010: Meskipun perkahwinan terdahulunya bersama Shahrin sewaktu mereka berpasangan dalam program realiti Sehati Berdansa telah pun berakhir pada Jun 2010 yang lalu, kini aktres, Sabrina Ali sudah pun temui cinta barunya dengan seorang lelaki bujang.

"Kami baru berkenalan sejak beberapa bulan yang lalu. Kebetulan kami berjumpa dalam satu majlis hari jadi rakan saya. Dari situlah kami mula berkawan dan mengenali hati budi masing-masing sehinggalah hubungan kami menjadi semakin serius.
"Saya suka bila lihat cara dia berkomunikasi dengan orang terutama bila bersama saya dan kami mudah ngam dari banyak segi dan sudut. Saya dapat rasakan kami mempunyai chemistry yang kuat dan saling faham memahami.

"Apa yang paling penting orang yang akan menjadi suami saya selepas ini harus menerima saya dan anak saya kerana saya bukannya 'single'. Setakat ini, hubungan dia dan anak saya sangat baik dan anak saya senang dengannya,"jelasnya sewaktu ditemui selepas tayangan media filem seram Khurafat, di Mid Valley malam semalam.

Menurut Sabrina lagi, dia dan teman lelakinya yang hanya mahu dikenali sebagai Amin, 28, juga sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.
"Biarpun hubungan kami boleh dikatakan masih telalu awal, saya akui kini serius dengannya dan Insya Allah kami sudah terfikir untuk bernikah pada tahun hadapan. Cuma bila tarikhnya itu tidak dapat kami pastikan lagi dan akan kami beritahu kemudian.

"Harapan saya sangat tinggi untuk perkahwinan kedua ini dan saya sangat takut serta berhati-hati sebelum mengambil keputusan kali ini. Lagipun dia juga masih bujang dan mungkin agak kurang faham mengenai hal berumah tangga ini," jelasnya yang ditemani kekasihnya sepanjang menghaditi tayangan filem Khurafat tersebut.

Murai.com.my juga sempat menemui dan menemuramah bakal suaminya untuk mengetahui lebih lanjut perasaannya terhadap Sabrina.
"Apa yang boleh saya katakan, dia seorang yang happy go lucky, sporting serta yang lebih penting mengenai diinya yang saya suka adalah sikap jujur dan terus terangnya. Dia sentiasa mempamerkan perangai sebenarnya dan dia bukan seorang pempuan yang hipokit.

"Saya akui saya sudah bersedia untuk mengambilnya sebagai isteri dan saya tak pernah kisah mengenai statusnya. Mungkin kami akan mengadakan majlis nikah terus tanpa mengikat tali pertunangan terlebih dahulu,"jelas Amin yang agak malu-malu ketika ditemubual.
Hasil perkahwinan Sabrina dan Shahrin sebelum ini mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Ariyana yang kini berusia 2 tahun.

8 comments:

Atia Adina said...

semoga hubungan seterusnya ni kekal hingga ke akhirat

Huda said...

mudah2 an lepas ini berkekalan hingga akhirnya :)

Nana said...

alahai jambu je muke boypren dia hehehe

Farra Dhelina said...

aik, sekejap nya berganti?? hermmm dh dtg seru kan..

[-suziey-] said...

wow ensemnye..hehheheh..

atty's said...

patah tumbuh ilang berganti

leh tahan .nampak muda skit dr dia.

zura@iwan said...

aikkk..sabrina cerai dh ke ngan laki dia? awat ku x tau ni..ahaha

Zur@ZaRi said...

sabrina sabrina...
first married dulu ngn sepupu zura.. tak der anak... then bercerai..
then kawen lak lagi... ader anak sorang... then cerai...
sekarang nak kawen kali ke tiga... hope dapat ubah perangai n kekal bahagia sampai mati=)) wlw pun da putus sedara, zura ttp hargai sabrina ni sbb penah bahagia kan sepupu zura n penah bg luker yg dalam pader kami sekeluarga... thanks sabrina=))

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.