Followers

Thursday, December 16, 2010

♥ Vee Bakal Jadi Tun Dr. Siti Hasmah Dalam MTM2? ♥

ika pada musim pertama, Erra Fazira memegang watak sebagai Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dalam pementasan Muzikal Tun Mahathir, bagi musim kedua GUA mendapat tahu pelakon cantik yang semakin laris, Vanida Imran bakal memainkan peranan tersebut.
Walau bagaimanapun perkara tersebut masih belum dapat disahkan oleh pihak produksi kerana mereka faham akan jadual Vee yang semakin padat. Apatah lagi dia kini menjadi pengacara program Nona dan dalam masa yang sama menyambung pengajiannya di Open University.

"Kalau tak silap aku, di dalam facebook yang memang diadakan khusus untuk mencari calon pelakon untuk watak tersebut, orang ramai mencalonkan Vee sebagai pelakon paling sesuai. Malah pihak produksi pun bagaikan berminat dengan Vee kerana mereka sedar akan bakat serta keupayaan Vee di pentas teater.

"Cuma masalahnya sekarang mungkin jadual Vee yang kurang sesuai. Namun pihak produksi khabarnya ada juga beberapa calon lain dan antara nama yang disebut-sebut berpotensi untuk di bawa ke pentas MTM2 ialah Fazura, Nasha Aziz dan Umie Aida. Walau bagaimanapun sehingga kini keputusan muktamad masih belum dibuat lagi," ujar sumber GUA yang memang sangat meminati dunia teater tempatan,

Apabila mendengar nama-nama yang disebutkan itu, GUA rasa kesemua mereka sememangnya berbakat besar dan pernah ke pentas teater. Cuma masalahnya, MTM2 adalah sebuah teater muzikal dan pelakon yang terlibat bukan setakat berlakon, malah perlu menari dan menyanyi.

GUA yakin, bukan semua pelakon mampu melakukannya, apatah lagi tempoh untuk pementasan MTM2 semakin hampir. Apapun GUA harapkan agar MTM2 beroleh kejayaan dan mungkin boleh dibuat untuk musim ketiga pada masa yang akan datang.

7 comments:

Zaidah said...

memang suka ngan lakonan vee mantap...lagipun dia tu cantik...beruntung rashidi ishak memperisterikan dia....

nur said...

vee memang seorang yg berbakat..

JEMPUT KE BLOG:ALL IN ONE

mummy_ayu said...

tdi pagi dgr hot fm..vee ganti maya karin jadi pengacara Nona...
nie ganti erra plak..murah rezeki tul..

mama tisya said...

vee ke...ely mazlin tk jd ek....vee pn akan ganti maya karin dlm nona start thn dpn

eima said...

dulu kulit vee tak brape cantek berjerawat skrg mulu je ...comey

[-suziey-] said...

murah rezeki vee..dh la dpt jadi pengacara nona ganti maya karin..tp dia mmg best sbb low profile jek..salute

zura@iwan said...

suka tgk muka vee....

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.