%5B1%5D.jpg)
- 30 JUN 2010: Bercakap tentang filem Lagenda Budak Setan lakonan si cantik Lisa Surihani, Farid Kamil dan Que Haidar, macam-macam espon yang Murai Batu dengar dan berbentuk positif. Malah, ada kawan terdekat Murai Batu beriotahu n ada lelaki macho sanggup keluar masuk panggung lebih 5 kali semata-mata suka sangat dengan filem ini. Wah dahsyat sungguh penangan filem Lagenda Budak Setan ni!
Murai Batu sendiri tak boleh nafikan yang mana Murai Batu sendiri pernah nampak ada kengkawan lelaki menangis disebabkan terlalu layan sangat jalan cerita filem berkenaan. Syabaslah Murai Batu ucapkan kepada penulis novel filem ini iaitu Ahadiat Akashah Kairuddin Akashah kerana telah jalan cerita yang bagus sehingga telah mencairkan banyak naluri keras lelaki.
- Dalam pada semua orang teruja dan sibuk membicarakan tentang filem yang boom di pawagam ini, Murai Batu dengar Ahadiat sendiri turut menjadi topik utama masyarakat tentang kes nafkah anak.
Malah, Murai Batu difahamkan Ahadiat baru saja mendapat arahan dari hakim Mahkamah Syariah agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kes yang membabitkan permohonannya mengubah perintah nafkah terhadap anaknya itu di laman Facebook, blog dan akhbar.
Difahamkan, sekiranya Ahadiat berbuat demikian, perkara ini boleh menjejaskan kes perbicaraannya di mahkamah. Murai Batu turut diberitahu Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad telah mengeluarkan arahan tersebut selepas penguam yang mewakili Shahilah Mat Nazir (bekas isteri Ahadiat), peguam Syarie Mohamad Amir Nazli Hussin membuat permohonan pada perbicaraan .
- Sebelum ini, Murai Batu dapat tahu, sebaik saja Ahadiat membuat kenyataan berkaitan kes ini, Shahilah telah menerima banyak komen berbentuk negatif yang mengganggu emosinya.
Apa yang pasti, Murai Batu difahamkan kes ini berbangkit semula selepas Ahadiat memfailkan permohonan mengubah perintah nafkah anaknya bernama Aishah yang berusia 14 tahun sebanyak RM300 seperti yang diperintahkan mahkamah selepas mereka sah bercerai pada 12 April 2000.
Bagaimanapun, nafkah tersebut telah tertunggak sejak Oktober 2007 sehinggalah November 2008 sehingga menyebabkan mahkamah terpaksa memerintah Ahadiat supaya membayar tunggakan nafkah sebanyak RM3,900 pada 18 Disember 2008. . Sehubungan itu, Ahadiat dilaporkan telah memohon jumlah nafkah itu diubah selepas dia diisytiharkan muflis.
- Selepas Murai Batu meneliti kes Ahadiat ini, Murai Batu rasa seperti sudah membaca kes yang sama yang melibatkan pengacara dan pelakon, AC Mizal dengan bekas isterinya, Shafnie. Namun, Murai Batu dengar cerita sekarang ini, AC sudah bahagia dengan keluarga baru serta bisnes gelangnya juga semakin kencang dna dia juga tidak diisytiharkan muflis
- p/s kredit to Murai








%5B1%5D.jpg)
























