
Friday, July 30, 2010
.: HOT CHAT ~ Rentetan ~ Penganjur Contest & GA :.

.: Kemuncak Imam Muda ~ Siaran Langsung :.
.: Tutorial Nak Add Ads Nuffnang :.
Dah pernah publish sebelum ni...ni nak share sekali lagi
Ok kali ni mama nak tolong kengkawan yang masih tak buka akaun Nuffnang...INGAT!!!!kalo nak iklan masyuk pastikan kengkawan semua masukkan KETIGA2 iklan Nuffnang tu iaitu LEADERBOARD, SKYSCAPPER & LARGE RECTANGLE....
- Pi kat DASHBOARD
2.Klik LAYOUT
3. Klik EDIT HTML
4.Klik EXPAND WIDGET seperti dalam gambar kat bawah tu k

5. Tekan CTRL + A + F (find) akan kuar icon "find" kat atas tu then masukkan ayat yang kiter nak find...then secara autonyer...dia akan carikkan ayat tu...
pastu leh la copy CODE NUFFNANG then paste kat code tadi tu...
contoh untuk paste code Nuffnang...
so bagi sape yang nak tukar template pasni leh la tukau k...
sebab senang je nak copy paste code tu...
selamat mencuba ye kengkawan...anything nak tanya just YM mama damia_nurin@yahoo.com
Contoj iklan SCYSCAPPER yang berfungsi di blog mama
- jom ramai2 mencuba...tak rugi tau...tak kena bayar pun
.: Stok Baju Tennis Stripes Skirt :.
keje banyak so nak update mana yang penting dulu k...
ari ni mama nak update semua baju skirt yang di order oleh rakan2 blogger...
so ni contoh semua warna baju...
bagi yang berminat nak order still sempat lagik k...
ada warna pink jugak tapi mama tak snap la...
kalo ada sape2 yang erminat leh kasitau k...
Biru - Size M 2 Helai~ Available
Hijau - Size M ~ AvailAble
Orange - Size L ~ Sold To Emma TQ Dear
Biru Tua - Size M ~ Sold to Emma Tq Dear
harga masih sama RM25.00 include registed Post
RM22.00 self collect
so nice kalo ada sape2 berkenan nak beli kasitau k
this week mama nak amik stok
baju2 ni semua kawan mama yang jual kat kedai dia...
mama tolong promotekan aje....
untuk Boy's
ada kolar RM25.00 - Include registed post
Tak de kolar RM23.00 - Include Registed post
kalo self collect tolak RM3 k...
.: YOU'RE A POTENTIAL FINALIST IN THE THIRD AND LAST STAGE OF THE READER'S DIGEST RM750,000 SUPER CONTEST :.
Selamat pagi semua...entry auto publish k...mama On Leave today jaga balqis kat rumah sebab Ibu a.k.a Baby Sitter balqis On Leave...Thursday, July 29, 2010
.: HOT Chit Chat ~ Kongsi Citer Pasal ~ Hadiah Contest :.

Selamat petang semua. Ari ni mama nak berkongsi citer pasal hadiah contest. Wah mama suka wat HOT topik ek....ok kisah nyer begini...lunch tadi mama jenjalan kat blog kengkawan semua...sambil2 blogwalking tetiba mama terpana dengan satu blog ni...tak yah mention k bukan nak aibkan sape2 pun just nak minta pendapat & kot2 ada sape2 kat luar sana nak luahkan perasaan jugak, mana lah tau kot2 menghadapi masalah yang sama....
- Untuk makluman semua, bukan satu blog je yang bercerita pasal ISU ni tapi ada gak segelintir yang meluahkan rasa KECEWA....citer2 punyer citer kengkawan dapat tangkap tak ape point yang mama nak cakap ni???
Ok la citernya camni...sejak akhir2 ni Contest & GA tumbuh cam cendawan...ramai dikalangan blogger bersaing untuk wat Contest & GA masing2....namun disebalik itu ada jugak di kalangan peserta yang telah menang CONTEST & GA yang dianjurkan telah merasa SEDIKIT KECEWA dengan HADIAH yang diberikan AGAK LEWAT @ LANGSUNG tak bagi...
- Ada jugak yang menang banyak CONTEST & GA tapi hadiah tak sampai2 ke tangan pemenang walaupun CONTEST & GA telahpun lama TAMAT.Tak tau ape masalahnyer adakah penganjur TERLUPA @ SENGAJA LUPA untuk kirimkan hadiah berkenaan.Tak best la camtu kan...penat2 Blogger join CONTEST & GA tapi hadiah yang diwar2 & dijanjikan tidak dikirim. Semua tau join contest & GA ni tak de kena bayar...tapi Kata Mesti dikotakan....nanti jangan kerana dek HABIT penganjur yang janji tinggal janji ramai blogger yang SERIK nak join Contest & GA lagik...
- Pada pendapat mama la:
- p/s ni pendapat mama...ape pendapat kengkawan???
- p/s ada sape2 yang menang contest tapi hadiah tak dpat lagik ke???hadiah untuk contest mama ari tu semua mama dah post k....
Tracking Number Hadiah Contest Mama : Suziey ~ RD626639004MY
Damia Ayyunie ~ RD626638675MY Damia ~ RD626638998My
Suzi Fazilah ~ RD626638689MY Sara ~ RD626638661MY
.: Susulan Interview :.

.: Interview ~ Tingkah Laku & Adab :.

jom kita kongsi tip2 macam mana nak berhadapan dengan si PENEMUDUGA....
- 1. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
- 2.Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
- 3. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
- 4.Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepa tberkenaan dengan pekerjaan itu.
- 5.Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
- 6.Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
- 7.Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
- 8. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
- 9.Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
- 10.Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
- 11. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
.: Nita-Zahid Bawa Haluan Masing-Masing :.
Setiap pasangan yang bercinta pasti ingin hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin. Namun sebagai manusia, kita hanya mampu merancang dan Tuhan saja yang menentukannya.Umum mengetahui ikatan cinta yang dibina antara naib juara Malaysian Idol musim kedua, Nita Hamzah dengan juara Akademi Fantasia 2, Zahid telah putus di tengah jalan.Ikatan kasih yang termeterai selama dua tahun lapan bulan itu kini tidak dapat dikekalkan lagi dan pasangan sejoli ini memilih untuk membawa haluan masing-masing. Berkesempatan menemui Nita baru-baru ini memberi peluang kepada GUA untuk bertanya dengan lebih lanjut tentang noktah cintanya dengan Zahid.Pada awal pertemuan, penyanyi tinggi lampai ini agak keberatan untuk membicarakan tentang perpisahan mereka, namun akhirnya akur untuk berkongsi duka laranya.“Senang cakap, macam ni saja lah. Saya punya stail, kalau boleh tak nak cakap pasal hubungan ini lagi. Saya hormat apa yang kami berdua lalui selama ini.“Cuma apa yang saya boleh katakan di sini, memang kami berdua dah tak ada jodoh. Orang bercinta tujuh, sembilan tahun pun boleh putus, orang yang dah kahwin pun boleh cerai, inikan pula hubungan kami.
“Hubungan kami berakhir pada 28 Jun yang lalu. Kami putus pun melalui Blackberry Messanger (BBM). Apa yang boleh saya katakan, ajal, maut, jodoh dan pertemuan semua di tangan Tuhan.“Kalau boleh saya nak simpan segala kenangan manis kami bersama. Kalau banyak cakap, nanti ada pula pihak yang tak senang hati.”
Bergaduh dengan Zahid
Baik Nita mahupun Zahid, kedua-dua mereka sudah berusaha untuk menyelamatkan hubungan cinta mereka. Namun, masalah yang berlarutan membuatkan hubungan mereka tidak dapat diselamatkan lagi.Malah penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur ini tanpa berselindung turut memberitahu, ada berlaku sedikit perselisihan faham antara mereka berdua sebelum mereka mengambil keputusan untuk berpisah.“Biasalah. Mana-mana perhubungan pun, pasti ada yang bergaduh. Dua minggu sebelum kami putus, kami ada bergaduh, tapi tak ada lah teruk. Mungkin dah sampai masa hubungan kami berakhir.”Memilih jalan untuk berpisah merupakan satu perkara yang agak sukar terutama sekali buat Nita sehingga beliau terpaksa mengambil masa untuk memberitahu perkara ini kepada keluarga dan rakan-rakannya.
“Seminggu selepas berpisah, ramai yang tak tahu tentang perkara ini, sampailah Nita ada kekuatan untuk memberitahu kepada mereka.“Bagi Nita, setiap kejadian ada hikmah. Nita ada keluarga dan kawan-kawan, jadi Nita kena teruskan kehidupan dan kerjaya Nita,” ujar Nita sambil memberitahu beratnya kini susut lapan kilogram.Apabila ditanya tidakkah Nita sayang akan perhubungan cintanya dengan Zahid, Nita menjawab, “Gila tak sayang perhubungan ini. Mak Nita cakap, dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Kita tak boleh nak lawan takdir. Apa-apapun, saya bersyukur dengan apa yang ada di sekeliling.”
Rahsiakan punca perpisahan
Asalkan putus cinta, pasti akan dikaitkan dengan kewujudan pihak ketiga. Apabila ditanya adakah punca perpisahan mereka disebabkan perkara yang sama, Nita mengambil jalan selamat untuk tidak komen tentang perkara tersebut.“Macam I cakap tadi, I memang tak nak cakap apa-apa. I tak kan cakap apa yang tak patut. Buat masa ini, I nak teruskan hidup I macam biasa.”ujar Nita yang tetap berkeras menafikan punca perpisahan mereka disebabkan pihak ketiga.
“Tak. Masing-masing ada masalah masing-masing. Nita respek apa yang kami dah lalui selama ini.”Menurut Nita lagi, sejak berpisah dengan Zahid, dia masih belum bersedia untuk berjumpa dengan bekas kekasihnya itu.“Buat masa sekarang, belum masa untuk berjumpa. Saya tak benci dia. Cuma dalam masa terdekat, secara jujur saya tak boleh. Bila masanya kami boleh bersemuka, saya pun tak tahu lagi.“Saya dah jalankan tanggungjawab saya. Nita doakan dia berjaya dalam apa jua yang dia lakukan,” ujarnya mengakhiri perbualan.
Wednesday, July 28, 2010
.: Maaf Ye Kengkawan :.
.: 2 Jam Di Culik Perompak :.
KAMUNTING:“Tak baik tinggalkan mereka (mangsa) jauh-jauh, kasihan mereka.” Itu antara perbualan tiga perompak yang sempat didengar seorang remaja perempuan, Nurul Fatin Farhana Dzulkafli, 17, yang menjadi mangsa culik hampir dua jam selepas kereta milik bapanya dilarikan penjenayah terbabit di pekan Kuala Kangsar dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, Nurul Fatin Farhana bersama adiknya, Siti Haidar, 6, terpaksa melalui detik mencemaskan selepas dilarikan tiga lelaki yang merampas kereta bapa mereka ketika kenderaan itu ditinggalkan ibu bapanya di depan sebuah kedai gambar di Jalan Sagor di sini. Sebaik memasuki kereta itu, seorang daripada penjenayah mengarahkan dua beradik berkenaan diam jika tidak mahu dicederakan. Selepas hampir dua jam berada dalam tawanan penjenayah terbabit, dua beradik itu ditinggalkan di tepi jalan sunyi dan gelap di Liman Kati, kira-kira 20 kilometer dari tempat kereta bapa mereka dilarikan.
Pada kira-kira jam 11.20 malam, dua beradik itu ditemui seorang lelaki yang kemudian membawa mereka ke Balai Polis Kuala Kangsar. Kereta Honda Accord milik bapa mangsa ditemui semula di Rantau Panjang, Kelantan, kira-kira jam 1.40 pagi.Menceritakan detik cemas itu, Nurul Fatin Farhana berkata, dia sempat mendengar perbualan ketiga-tiga perompak terbabit sebelum dia dan adiknya ditinggalkan di kawasan terpencil selepas dilarikan hampir dua jam. Menurutnya, ketika dilepaskan kumpulan perompak itu, seorang daripada mereka turut ‘bermurah hati’ memberi wang RM10, dua lampu picit dan kunci rumah.
“Kejadian berlaku begitu pantas dan saya tidak merancang untuk melarikan diri kerana adik (Siti Haidar) nyenyak tidur di tempat duduk belakang. “Ketika dilarikan, saya mematuhi semua arahan kerana bimbang dicederakan selain khuatir mereka merogol saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mewah di sini, semalam. Katanya, penjenayah itu memandu laju kereta bapanya dan pernah satu ketika diberhentikan secara mengejut menyebabkan dia terkejut. Ibu mangsa, Fauziah Saafie, 41, berkata dia bersama suami, Mejar Dzulkafli Ahmad, 48, keluar dari rumah kira-kira jam 8 malam ke pekan Kuala Kangsar bagi mengambil tempahan gambar di sebuah kedai gambar. “Ketika tiba di tempat kejadian, saya dan suami meninggalkan kedua-dua anak yang tidur dalam kereta dengan enjin kenderaan tidak dimatikan dan pintu tidak dikunci.
“Selang lima minit kemudian, suami memaklumkan kereta kami dilarikan bersama dua anak yang berada dalam kenderaan itu,” katanya. Katanya, dia hampir terduduk dan pengsan sebaik mengetahui anak-anaknya dilarikan perompak sebelum menghubungi polis. “Kejadian itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati pada masa depan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Muhammad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut. Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa tidak dicederakan dan mereka ditemui seorang lelaki sebelum dibawa ke balai polis berhampiran.
p/s jadikan pengajaran ye kengkawan...jangan sesekali tinggalkan anak kita dalam kete sowang2
.: Penaja Contest Mama :.
setakat ni ada 3 penaja untuk contest yang bakal mama anjurkan...
ada 3 sponser bermakna sudah tentunya akan ada ramai pemenang yang akan dipilih...
http://cutiesgorgeous.blogspot.com/
http://solovelycollection.blogspot.com/
memandangkan Aqeel anak kepada suziey ni banyak kali menang contest kat blog mama...so dengan seikhlas hatinyer Suziey sudi menjadi penaja contest mama kali ni...tq ye suziey...
p/s terima kasih tak terhingga mama ucapkan kepada ketiga2 penaja hadiah untuk contest mama kali ni...maybe contest akan diumumkan pada 2hb Ogos 2010 ni...sebabnyer wat masa ni mama sibuk sikit wat payroll....so tunggu k
Tuesday, July 27, 2010
.: Update Sale ~ Happy Shopping ~


27 July to 16 September 2010myBBstore Mega Sale
Products Offered
Baby Bottle, Nursing Pillow, Bottle Warmer, Thermal Blanket, Playpen, Easy Fit Plus Gate
Food Jar/Container, Baby Carrier, High Chair, Toys, Baby Seat, Baby Cot, Walker
Stroller, Breast Pump, Bottle Steriliser, and more
Brands Offered
Phillips Avent, Fisher-Price, Lamaze, Safety 1st, The First Years, Graco, Prince Lionheart
Kiddopotamus, Goldbug Luvable Friends, K’s Kids, Bumbo Baby, Sitter Seat, VTech baby
Leap Frog, Thermos, Munchkin, Nuby, Dr Brown’s, Bfree Plus, Baby Bjorn, Tommee Tippee
Bumble Bee Bedding, and many more
Location
No. 21 – 1 & 21 – 2, Jalan Kuchai Maju 18, Off Jalan Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur
For map, http://myBBstore.com/index.asp?p=/static/Map.html
Shop online at www.myBBstore.com
30 July to 8 August 2010Bebe’s Home Baby & Family Branded Fair
Up to 70% Off
Brands Offered
Peter Rabbit, Paddinton Bear, Baby Love, My Dear, Disney, Simple Dimple, and more
Time: 11am – 9pm
Location (Tel: 603 6250 0150)
8 Jalan 7/32A, Kawasan Perusahaan Kepong, Off Batu 6 1/2 Jalan Kepong
52100 Kuala Lumpur
.: Macam Ni Punyer Stail Pun Ada :.
Alamanda Putrajaya weekend ari tu...papa belikan balqis kasut ni...
ada la 3 & 4 jenis kasut balqis yang pattern lagu ni...tengok la cara balqis pakai kasut tu...sampai ke depan kakinya...balqis tak pandai lagik nak setting kakinyer biler pakai kasut ni..
macam2 stail la balqis ni...
.: Update Senarai Pembelian ~ Skirt Stripes ~
dah jadi blog jual beli plak...mama just nak tolong kengkawan je...
1. Umi Soffiyah ~ Hitam ~ Size S
2. Me_Lina ~ Hitam @ Merah ~ Size S
3. Sue ~ Biru ~ Size L
4. Anina_lissa1184 ~ Hitam & Merah ~ Size M
5. Izz0312 ~ Hitam ~ Size S
6. Wardah ~ Merah & Hitam ~ Size L
7. Ayu ~ Hitam @ Biru ~ Size M
8. Ain ~ Hitam @ Biru ~ 2 Helai ~ Size L
9. Haiza ~ Merah & Hitam ~ Size M
ari khamis ni mama amik stok baju tu, sape yang nak order lagik leh kasitau k...tiada deposit diperlukan. ada barang baru bayar k...stok adalah terhad...xspecially warna HITAM. kalo ada mama belikan kalo tak de leh tukar warna lain kalo tak nak tak pe k...
sila email ke damia_nurin@yahoo.com
sila beritahu nama anda didalam email berkenaan TQ
.: Update Sale ~ PUREEN SALE :.

7-8 August 2010Pureen Stock Clearance Promotion
Products Offered
Baby Diapers,Baby Apparels,Baby Toiletries, Baby Accessories, INCO Adult Diapers
Adult Toiletries, Sanitary Pads, Maternity Pads, Brands Offered, Pureen Pride N Joy
Pureen Basic, Pureen, Tracia Toiletries, Dr Mist
Time : 10am to 6pm
We accept Visa & Mastercard above RM150
Monday, July 26, 2010
.: Irma Hasmie Buat Persiapan Kahwin? :.
Pasangan popular Irma Hasmie dan Nabil Raja Lawak sememangnya telah diketahui umum sedang menjalinkan hubungan cinta. Walaupun hubungan intim tersebut pernah digosipkan putus di pertengahan jalan, namun ternyata mereka tetap kukuh bersama.Berkesempatan bertemu dengan Irma atau nama sebenarnya Irma Hasmie Ibrahim baru-baru ini, cerita mengenai perkahwinannya yang dilaporkan bakal menjelang awal tahun depan segera diminta agar diperincikan.Semuanya berpunca daripada kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Nabil yang kononnya majlis tersebut akan dibuat dalam masa terdekat, dan kini Nabil sedang sibuk membuat persiapan termasuklah membeli sebuah rumah untuk didiami bersama apabila mereka sudah bergelar suami isteri kelak.Irma yang sememangnya terkenal dengan sikapnya yang ramah dan ceria sambil menggelengkan kepala memberitahu, dia langsung tidak membuat sebarang persiapan perkahwinan seperti yang diperkatakan.Katanya buat masa ini dia sibuk dengan penggambaran beberapa buah drama bersiri serta telemovie. Malah anak kelahiran Kuala Lumpur itu menafikan dakwaan yang mengatakan dia kini sedang sibuk menguruskan persiapan perkahwinannya."Kalau awak tanya Nabil, memang dia akan kata awal tahun depan. Tahun depan pula bila awak tanya lagi benda yang sama padanya, dia akan jawab lagi tahun depan. Jawapannya sejak dulu memang tidak pernah berubah. Asyik-asyik 'tahun depan'.
"Jujurnya buat masa ini kami berdua belum membuat sebarang persiapan perkahwinan. Mengenai Nabil yang mengatakan telah membeli rumah untuk kegunaan kami bersama selepas ini, pada saya itu adalah persiapan jangka masa panjang," jelas Irma yang berdarah campuran Pakistan di sebelah ayah dan Cina di sebelah ibunya.Anak sulung daripada tiga beradik itu juga memberitahu, buat masa ini dia dan Nabil masih belum mempunyai sebarang ikatan termasuklah ikatan pertunangan. Namun keluarga kedua-dua belah pihak telah mengetahui mengenai perhubungan yang bersemi dan merestuinya."Belum lagi buat sebarang majlis merisik atau bertunang. Cuma kami sudah berkunjung ke rumah masing-masing untuk bertemu dengan kedua ibu bapa kami. Majlis sarung-sarung cincin belum ada lagi," ujarnya yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Dengan penjelasan tersebut, pemilik Diploma Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur berharap peminat tidak lagi terkeliru.Irma yang pernah membintangi iklan komersil Tourism Malaysia, Fair & Lovely, Yamaha dan Pringle's itu juga berjanji, jika terdapat sebarang perkembangan positif mengenai perhubungan mereka berdua, dia pasti akan berkongsi cerita gembira itu dengan peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepada kerjaya seni mereka berdua selama ini.
Laris berlakon dramaBercerita mengenai perkembangan kerjaya seninya, pengacara program Galaksi itu memberitahu, dia baru sahaja selesai berlakon di dalam drama bersiri ‘Yatama Zahra’ yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadhan."Drama ini mengisahkan mengenai kehidupan di rumah anak yatim. Empat episod akan ditayangkan sepanjang bulan Ramadhan dan klimaksnya akan ditayangkan semasa Hari Raya dalam sebuah telemovie khas.
"Di dalam drama ini saya bergandingan dengan Zizan Nin dan banyak pengalaman baru yang dapat saya belajar mengenai kehidupan di rumah anak yatim. Saya memegang watak sebagai seorang sukarelawan yang membantu rumah anak yatim tersebut," katanya yang sebelum ini pernah memegang gelaran juara Gadis Jelita 2004 anjuran majalah Jelita.Pelakon yang mula menonjolkan bakat lakonannya melalui filem ‘Cinta Fotokopi’ dan ‘Main-Main Cinta’ itu juga menyatakan, dia bakal muncul di dalam drama ‘Ngompol’ serta ‘Ibu Mee Segera’ tidak lama lagi.
"Buat masa ini saya memang banyak berlakon drama. Bukan tiada tawaran berlakon filem, tetapi jadualnya kebanyakannya bertindih dengan jadual lakonan sedia ada."Walaupun sekadar berlakon drama, tetapi saya puas kerana memegang pelbagai watak dan peminat juga dapat selalu melihat lakonan saya," jelas Irma yang turut pernah bergelar pembantu pengacara ‘Roda Impian’ musim ke-11 bersama pengacaranya, Allahyarham Hani Mohsin.
.: Olympus Pink Colour ~ For Let Go :.
mama punyer camera warna pink yang macam kat ats tu...
ok ni model yang sama gak cuma warna lain...
untuk mengetahui details function camera ni leh klik kehttp://www.cameras.co.uk/reviews/olympus-fe-360.cfm
mama nak letgo
RM350.00
p/s sape kenan leh email ke damia_nurin@yahoo.com
.: Balqis ~ New House & Our Weekend :.
jom kiter layan ape citernyer k
ni rumah contoh je bagi gempaq sikit...
bukan rumah baru kami k...ni rumah idaman jek..
jom tengok rumah baru balqis
bukan main gembira lagik masa papa belikan tu...
cantik tak rumah balqis tu???
malam2 sebelum nak tido balqis mesti minum susu dalam rumah ni..
semua ni pun dek penangan mama tengok play tent kat blog Sue Mama Maryam tu...terkenan plak tapi tak kesampaian beli design yang sama...mama beli yang haq ni jerk..
kat mana ni ek???weekend ari sabtu ari tu kami sama2 pi opis...sebabnyer mama kena siapkan payroll...so datang opis untuk wat keje..
motor ni pun mama bawak sekali...kasi balqis ronda2 dalam opis mama...suka jerk anak dara ni tau...ramai yang melayan..
ni plak wajah2 bosan lepas lama dok kat opis...habis barang2 mama dibuat main oleh anak dara ni
kalo nak snap pic anak dara ni mula la dia wat macam2 gaya
suka bangat bergaya depan camera....
- p/s cam malas je nak keje ari ni..entry LET GO Olympus tadik tu kol 2.00 petang nanti mama publish k...
.: Contest Baru Mama ~ Mana Lagi Sesuai :.
since dah hampir 8 contest berjaya mama anjurkan..
contest ni untuk dari umur 1BULAN - 3 TAHUN...
Contest pertama....berdasarkan balqis memang suka kalo snap pic mesti wat peace punyerkira trademark la...tapi contest peace ni baby2 tecik mesti tak leh join sebab diorang tak reti lagik nak wat trademark macam balqis ni kan..
- Contest yang ke 3...Little Helper Contest tak de model lagik...
Sunday, July 25, 2010
.: Sape Nak Order Lagik ~ Tennis Stripes Skirt :.
Serius Buyer je....
RM22.00 - Self Collect (Petaling Jaya & Subang Perdana )
Size S - 6month - 1Year
Size M - 1Year - 2Year
Size L - 2Year - 3 & 4Year
Model Black Stripes - M Size
Blue Stripes - M Size
Red Stripes - L Sizesape2 minat nak beli leh email ke
damia_nurin@yahoo.com
sebab mama nak amik barang ari khamis ni...stok adalah terhad...









