Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Monday, August 30, 2010

♥ AL Kisah ~ Casting Balqis ♥

Alkisah...gambo2 kat bawah ni tak de kena mengena dengan tajuk pun k
gambo2 kat bawah ni time kami pi shoping kat Rawang
nampak tak ape kat atas kepala balqis tu?
tibe2 je anak dara ni suka pakai cekak tu pastu beria2 soh mama beli..
walhal dah pernah ada dah benda tu...

budak tak posa makan coco crunch...
tanpa segan silu anak dara ni wat posing gatal camtu

menonggek2 kan bontot nya
bukan main sopan lagik duduk k...
tak cover punyer
suka mama tengok balqis pakai scaft tu...
hoo....ho...makan tepi kedai pun jadik k...
terserlah memang tak posanya anak dara ni
la ni balqis suka wat muka camni...
ala2 gaya geram gitu
ho...ho...asyiknyer mamam coco crunch...
ala2 ayu gitu...

asyik tengok gambo je mesti boringkan...
ni semua citer benar...bukan reka2 tak baik tipu bulan posa k...
ok mama story pasal Offer yang balqis dapat...
ari Jumaat ari tu mama dapat call dari agency pengiklanan
offer balqis untuk jadi Model Baju Raya
untuk Majalah...just Photoshoot je yang dibuat kat Shah Alam
sepatutnya ari ni kol 9.00pagi...
tapi last minit malam tadi terima call tunda blah petang...
so tak leh nak pi sebab papa ada meeting besaq pulak..
so for the 1st time papa tak bagi kami berdua pi sendiri..
walaupun perkhidmatan transport disediakan oleh pihak agency..
so akur arahan papa kami cancel photoshoot...
RM150 dibayar untuk sekali photoshoot yang mengambil masa selama 1jam
maybe wat Rabu @ biler2 nanti agency tu info kat mama
kami dah sign aggrement dengan agency tu then menjadikan balqis adalah Talent dari company tu...tapi kami tak terikat sebab amik part time je..
amik time weekend punyer shooting @ photoshoot...
Then...ari Sabtu terima panggilan dari satu lagi agency
balqis telah dishortlist untuk menjadi model Diaper's Mamy Poko
untuk TV commercial break...
RM2000 dibayar sekiranya balqis dipilih then projek iklan tu berjaya..
Alhamdulillah mencurah2 rezeki...
tapi papa tak kasi amik offer 2nd agency tu sebab kami dah terima projek untuk 1st agency
so papa kata jangan tamak...maybe next time kiter cuba plak
kalo ada lagi rezeki untuk balqis...
wah sangat2 teruja menceburkan diri dalam dunia model cilik ni
bukan RM yang kami kejarkan...
tapi nak asah bakat balqis then nak bagi balqis berani tampil diri di khalayak ramai
tu la motif kami...maybe lepas raya baru aktif terima offer iklan
sebab la ni bz la nak wat persiapan raya...
  • p/s doakan yang terbaik untuk balqis k...
  • p/s bukan citer dongeng nak bagi HOT ini entry k...ni betul2 punyer citer

♥ Cerita Dunia Artis ~ Anak Aishah Sinclair ♥

Belum terlambat lagi rasanya untuk menghulurkan sekalung tahniah buat pelakon-pengacara Aishah Sinclair dan suami tercintanya, Sheikh Abdul Shahnaz, atas kelahiran puteri sulung mereka, Soraya Ann pada 15 Ogos lalu. Nampaknya, lebih meriah sambutan Raya tahun ini buat Aishah sekeluarga dengan kehadiran Soraya Ann. Selepas ni, kita nantikan pula kehadiran anak sulung abang Aishah, Ashraf dan isteri, Bunga Citra Lestari yang tak lama lagi akan 'meletop' kandungannya
p/s sumber dipetik dari izyan








♥ Si Comel Bakal JUARA??? ♥

Ok lama dah tak update pasal contest mama..
so ari ni nak publish gambo2 peserta contest mama
semuanya tomei2 belaka...
pening juri nak pilih ni...
sape nak join still sempat lagi
3hb September last day

http://mamapapaaqish.blogspot.com/2010/08/gorgeous-baby-in-shirt-skirt.html

sila klik link diatas untuk maklumat lanjut..

Boy's 1st Batch
Boy's 2nd Batch
Girl 1st Batch
Girl 2nd Batch

sila amati betul2 gambo2 kat atas tu k...kalo ada yang mama tercicir bagitau k
ada beberapa penyertaan yang perlu wat pembetulan
dah wat nanti roger kat mama balik k
untuk 2nd time review...setiap penyertaan yang berjaya
akan mama bagitau kat komen entry masing2
kalo ada yang dah hantar link tapi mama tak terjah entry nyer
kasitau k...so ni semua penyertaan takat ari ni 30hb Oktober 2010 ada 35 penyertaan
Good Luck untuk semua...

♥ Operasi Mencari..... ♥

Selamat pagi & salam bersiaran...
pagi2 tadi mama dah review semua peserta yang join contest mama...
minggu depan dah nak raya cepat je masa berlalu kan
ok ni nak citer misi mama weekend ari tu...
mencari kerepek...tiap2 tahun mama mesti beli kerepek kat Tanjong Karang
kerepek kat sini sedap2 belaka...then yang pastinyer murah k
sebab kami pi beli kat kilang pembuatannyer...
dia wat kepepek ni kat rumah je...

ni antara kerepek2 yang ada kat situ

anak dara yang tengah dok sibuk nak memilih kerepek...
wah ada macam2 kerepek kat sini...
macam2 perisa & perasa ada
yang penting murah bangat..
tu semua kerepek yang mama beli...
nyam2 tak sampai raya papa dah makan lepas berbuka nanti
dapat berbungkus2 cost nya RM53 jerk...
  • p/s patutnya pagi ni balqis pi photoshoot untuk magazine kat Shah Alam...tapi cancel sebab waktu photoshoot ditukar blah petang papa tak dapat cuti...so maybe ari rabu kot...
  • p/s balqis di shortlist untuk model Diaper's Mamy Poko...hu..hu..mama dah jadi confius nak pilih yang mana satu...nanti mama story k..

Thursday, August 26, 2010

♥ Alhamdulillah Mama Menang ♥

Selamat pagi semua...
ari ni mama EAL datang opis jap nak Upload gaji ke Maybank2e then nak balik pastu
pagi2 bukak blog dapat berita gumbira mama menang GA dari
CRAF MERAH JAMBU

nama mama No 2...wah bertuah rezeki bulan posa ni

Alhamdulillah...tak sabo nak tau ape hadiah misterinya tu...tahniah jugak pada yang menang k

Wednesday, August 25, 2010

♥ Isteri Roslin Hashim: Saya Tak Reka Cerita ♥


KUALA LUMPUR, 24 OGOS 2010 : Isteri pemain badminton negara, Nurhayati Othman, 38, menegaskan bahawa dia bercakap benar ketika memberi keterangan di Mahkamah. Malah dia juga sanggup bersumpah dengan nama Allah tiada satu pun fakta yang dikeluarkan sengaja ditokok tambah atau dikurangkan.
Begitulah maklumbalas Nurhayati setelah penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman mendakwanya memberi maklumat tidak benar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Rabu lalu.
Menurutnya, kenyataannya bukan cerita palsu atau rekaan berikutan ia pengakuan bersumpah atas nama Tuhan di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohamad.
"Saya hanya bercakap perkara benar dan biar semuanya diputuskan di Mahkamah Syariah kelak. Kebenarannya dan semua fakta akan hanya didedahkan di mahkamah nanti. Saya tidak menjangka dan terkejut dengan tindakan Raja Azmi membuat laporan di Balai Polis Ampang Khamis lalu mendakwa saya menipu dan memberi maklumat tidak benar di mahkamah.
"Tindakannya itu sendiri (Raja Azmi) seolah-olah menghina mahkamah apatah lagi dengan pelbagai komen dari sebelah pihak yang kerap keluar di media (bukan kumpulan akhbar NSTP) sebelum perbicaraan kes itu berlangsung di mahkamah 1 September depan," katanya dalam laporan berita tempatan hari ini.
Nurhayati turut membuat laporan sama di Balai Polis Ampang pada jam 1.15 tengah hari, Jumaat lalu.
Dia yang juga Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) terpanggil untuk berbuat demikian selepas membaca beberapa laporan artikel di akhbar tempatan.
Dalam laporannya, Nurhayati mendakwa tidak pernah menghantar sebarang SMS berbaur ugutan kepada Raja Azmi selain SMS terakhir dikirim pada jam 7.23 malam, 6 Ogos lalu, dengan niat untuk bertanya khabar Raja Azmi.
Bagaimanapun, kiriman SMS dihantar Nurhayati langsung tidak dibalas Raja Azmi sebelum insiden produser filem terbabit ditemui bersama suaminya, Roslin Hashim, 35, di bilik Hotel Corus, Jalan Ampang sehari selepas SMS itu dihantar.
"Laporan polis yang saya buat bertujuan menafikan saya berniat memfitnah Raja Azmi. Biar mahkamah memutuskannya kelak dan segala bukti akan hanya diketengahkan di hadapan hakim.
"Saya ingin nama saya dibersihkan berikutan ia mencemar reputasi dan nama baik saya apatah lagi saya bertugas sebagai penjawat awam. Jika ada yang ingin diperkatakan, biar ia didedahkan di mahkamah dan bukan hanya serangan melalui media," katanya.
Menurutnya, walaupun sedikit kecewa, namun dia cuba untuk bangkit dan berfikiran positif dalam mengharungi dugaan berat berkenaan.
Nurhayati dalam kenyataan di mahkamah sebelum ini berkata, perceraian mereka berlaku selepas dia mendapati suaminya bersama penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman berada di sebuah bilik hotel di Jalan Ampang di sini, pada 7 Ogos lalu.
Dia mendakwa mendapat tahu Roslin dan Raja Azmi ke Hotel Corus dan mendaftar masuk di bilik 533 di atas nama Raja Azmi. Dia bersama ibu dan dua adiknya ke tingkat lima hotel itu dan menunggu suami Raja Azmi, Jalani Sidek untuk bersama-sama ke bilik tersebut yang terletak di tingkat tiga hotel itu.
Namun, katanya Jailani seolah-olah cuba melengahkan mereka ke bilik itu kerana dia sudah menelefon Roslin dan mengarahkannya keluar dari bilik itu. Dia mungkin bimbang mereka ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana berdua-duaan.
Difahamkan berlaku perdebatan antara Roslin dan Nurhayati sebelum lafaz cerai dijatuhkan Roslin terhadap isterinya yang baru dikahwini tidak sampai sebulan.
p/s sumber dari Murai...

♥ Siti, Datuk K Serah Zakat Di Kampung Halaman ♥

24 OGOS 2010: Sempena Ramadan yang mulia ini, ternyata ramai pihak tampil memberi sumbangan, zakat atau menderma. Tidak ketinggalan juga kepada penyanyi tersohor kita, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suami tercintanya Datuk K yang mengambil kesempatan turut menyampaikan zakat kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Alhamdullilah, itulah yang Murai Batu mahu lihat dalam masyarakat kita. Orang yang berkemampuan tidak melupakan tanggungjawab atau kewajipannya untuk membersihkan pendapatan dengan mengeluarkan sejumlah zakat.

Apabila mendapat tahu pasangan ini bekunjung ke Kampung Permatang Pasir, kelmarin, Murai berasa terpanggil untuk meuar-uarkan kepada pihak umum kerana ia dianggap tauladan dan contoh yang baik kepada semua terutamanya rakan-rakan dalam industri hiburan ini. Lagipun, Murai Batu berasa senang hati untuk berkongsi cerita sedemikian di bulan yang indah ini.

Murai Batu dapat tahu, majlis penyerahan zakat itu diadakan di sekitar kampung halaman Datuk K di Tikam Batu, Permatang Pasir. Menurut sumber, majlis itu dihadiri seramai 250 orang yang terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan dan ibu tunggal sekitar kampung berkenaan. Selain wang zakat, mereka turut menerima sumbangan pakaian dan kain pelekat.
Murai Batu sendiri boleh rasakan betapa bersyukurnya Datuk K boleh membantu meringankan beban masyarakat tidak bernasib baik, lebih-lebih di kampung halamannya sendiri

Difahamkan juga, pasangan bahagian ini akan mengadakan rumah terbuka pada Aidilfitri pertama di perkarangan masjid baru kampung terbabit. Pada awalnya Murai batu juga boleh mengagak mereka akan beraya disana pada tahun ini kerana tahun sudah, Datuk K dan Siti telahpun meraikannya di Kuala Lipis, di kampung Siti.

  • p/s sumber dipetik dari Murai
  • p/s kengkawan dah tunaikan kewajipan membayar zakat?

♥ Banyaknyer Stok ♥

Wah banyaknyer...ape yang banyak?
ari ni lambat bersiaran la sebab pagi tadi pi Klinik
Balqis & papa tak sihat...sian 2 orang tercinta mama tu
tak pe ari ni rehat puas2 petang nanti kita buka posa kat luar k
sape dah buat persiapan raya 100%...
mama lom lagi la...banyak lagi tak siap
ingat weekend ni baru nak pi beli ape yang patut
sape raya ni dapat BONUS...
hu...hu...hati mama berbunga2....
ok kiter citer pasal gambo kat bawah ni...
untuk yang tak tau papa keje kat YEO'S
ala kilang air minuman tu...as a Planner kat kilang tu...
so setiap kali raya kilang akan open pada semua pekerjanya
untuk beli air kotak dengan harga staff
memang murah giler k...
tak kan dapat harga camni kat luar k
so limit 12 ctn je leh beli untuk sorang staff
tapi selalunya kami tak beli untuk kami punyer
selalu tolong belikan untuk kengkawan & sanak saudara

so takat ni papa baru beli semua ni..

minggu depan dapat la stok untuk 12ctn tu...
kami dah jemu minum air ni...sebab every Wednesday papa leh beli
air ni & semua barang keluaran YEO'S kat mini market kilang tu..
nak tau Mee segera jenama CINTAN adalah merupakan keluaran kilang papa k
ada bayak lagi...mama sebelum ni tak tau pun...
  • p/s tu je nak citer takat ni...nak sambung keje pas ni citer lagik k
  • masa mama preganan kan balqis dulu...mama suka minum SOYRICH tu tau...rendah gula lemak & baik untuk kesihatan, untuk harga staff yang 1 liter RM1.50 je tapi kalo kat luar RM3.50 tau....kalo kotak tecik 250ml sekotak jatuh RM0.40 je...untung2

Tuesday, August 24, 2010

♥ Alhamdulillah Berjaya Kekalkan UV ~ Nuffnang ♥

Selamat pagi...ari ni ngantok giler la sebab malam tadi balik keje kol 10malam
dok siapkan payroll...
ok pagi ni mama nak citer pasal UV Nuffnang...
Bulan Ramadhan ni mama sibuk sikit...
ye la balik kol 4.30ptg kena la siapkan keje dulu
so rushing nak wat keje tak sempat nak jengah blog sangat
mama selalu siapkan entry tiap2 pagi sebelum waktu keje bermula
then kesemua entry di auto publish ikut masa yang telah mama tentukan
TQ pada kengkawan yang sudi jengah blog mama walaupun mama
tak kunjung balas blog kengkawan..
sekali lagi nak cakap...bukan mama sombong k
tapi masa tak mengizinkan berbuat demikian...
so harap setiap entry yang mama wat dapat menarik perhatian kengkawan semua untuk
singgah ke blog mama dan membaca entry2 yang telah dibuat

TQ Nuffnang...

walaupun mama bz tapi Alhamdulillah mama berjaya jugak mengekalkan carta UV
jenuh usaha tak bagi carta jatuh merudum...
nanti nak raya mama cuti seminggu jenuh ni nak plan wat auto publish kat blog...
kat atas tu carta untuk minggu ni...
takat ni dapat la 2350 UV...semalam rekod paling tinggi
sampai mencecah 595 UV...
ni untuk minggu lepas...alhamdulilah ada peningkatan pada minggu ni...
ni plak untuk sebulan punyer...makin meningkat dari sebelum ni
kena gandakan usaha lebih sikit
mama ada target...setiap hari mama MESTI mendapatkan seramai
100 lebih UV untuk blog mama..
kalo dapat lebih lagi bagus then leh la duit akaun nuff tu berkepuk2...
ok walaupun tahap UV mama ni tak la sehebat blog lain yang lagi otai2 tu..
tapi mama berbangga dengan hasil usaha mama sendiri untuk memantapkan blog
mama sendiri...UV mama ciput je...ada blog yang lagi banyak UV nyer tau...
ape pun bergantung pada usaha & kepopularan blog tu tersendiri
masing2 ada daya tarikan tersendiri...
so blog kengkawan macam mana..

  • p/s mama ada beberapa tip Nuffnnag yang nak dikongsi bersama...tapi la ni tak berkesempatan la...nanti kalo mama ada kelapangan sikit mama story k...
  • p/s TQ yang tak terhingga kepada kengkawan yang sudi jengah blog mama...tanpa kengkawan semua blog mama ni tak bermakna...sebab kengkawan semua la yang tolong memartabatkan blog mama ni...TQ Dear...
  • p/s UV ni la yang akan mantopkan BE iklan Nuffnang kengkawan tau...so target banyak2 k

Monday, August 23, 2010

♥ Jimmy Shanley & Suhaila Berbuka Bersama

Bertempat di Restoran Intai-Intai, Jalan Hulu Kelang, Ampang yang lalu, pasangan Jimmy Shanley dan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy telah menghadiri majlis berbuka bersama-sama artis-artis yang lain. Namun aksi Jimmy dan Suhaila yang mendapat perhatian ketika berbuka. Minum segelas cawan dan saling suap menyuap. Tapi pelik lah, Jimmy dan Suhaila baru sahaja bertunang kan? bila masa pula mereka berdua kahwin, korang tahu ker, ya lah aksi mereka mengalahkan suami isteri pula. Huhu. Apa-apa pun semoga berbahagia


p/s semoga berbahagia hendaknya...


♥ Ekin Tergelak Mawi Kahwin Lagi ♥

Meskipun ada yang tidak suka, malah rimas dengan kehadiran Ekin yang dikatakan asyik berkepit ke mana saja dengan suami, Mawi, tetapi jujur dikatakan, mereka antara pasangan artis yang romantis.Sempat bertemu mereka berdua di beberapa majlis sebelum ini, pasangan yang telah bernikah pada 20 Disember 2008 itu kelihatan begitu bahagia dan enak dibuai alam percintaan.Namun begitu, dalam pertemuan Selasa lalu di majlis berbuka puasa Azwan Ali bersama anak-anak yatim di restoran Tamarind Springs, Ampang Jaya, seperti ada yang tidak kena dengan mereka. Pendek kata, mereka nampaknya tidak semesra dulu. Walaupun lain pula ceritanya bila lensa kamera dihalakan kepada mereka.Mungkinkah ini ekoran dari gosip yang mengatakan Mawi telah berkahwin lagi, kononnya dengan seorang gadis kelahiran Temerloh, Pahang?Bila ditanya keadaan rumahtangga mereka selepas tersebarnya cerita tersebut, Ekin memberitahu dia dan suami tidak mengambil kisah pun khabar angin itu. Malah mereka masih bahagia bersama menjalani kehidupan berumahtangga sepertimana pasangan-pasangan lain.


"Saya tergelak bila dia beritahu saya tentang cerita itu. Saya tanya dia kenapa tak jemput saya. Saya anggap cerita itu sebagai satu lawak," kata Ekin sambil tersenyum.Dedahnya, mereka berdua baru tiba di ibu negara dari Jakarta, Indonesia apabila Mawi menerima panggilan telefon daripada wartawan bertanyakan kesahihan cerita perkahwinannya."Saya melihat apa yang berlaku sebagai satu pembakar semangat supaya menguatkan lagi perhubungan kami suami isteri. Sejak awal perhubungan kami, dari nak kahwin, selepas kahwin dan rasanya bila kami dah ada anak pun, ada yang akan mengata."Tak boleh nak buat apa pun. Mulut orang tak boleh ditutup. Tetapi kami tidak akan membiarkan gosip-gosip ini mempengaruhi kami dan mengganggu kehidupan kami suami isteri, dan menjadikannya punca perceraian kami."Sebenarnya, lepas 'interview' itu, kami tak bincang pun pasal hal tu. Kami pun dah lupa, malas nak fikir," cerita Ekin panjang lebar.


Tambahnya, dia tidak menyalahkan Mawi atas cerita yang tersebar itu."Sebab saya bersamanya 24 jam sehari. Jadi, macam mana dia nak kahwin? Kalau dia dah kahwin pun, mesti ada tok kadi, saksi... Mengapa yang perempuan saja yang buka cerita? Dan kalau betullah dia dah kahwin, mesti gambar-gambar pernikahannya dah tersebar."


Tuhan yang beri
Tatkala ditanya tentang reaksi keluarga, Ekin berkongsi keluarganya bersimpati dengan dirinya yang tidak habis-habis diserang dengan pelbagai tohmahan dan cemuhan.Mengenai spekulasi ramai yang mengatakan alasan utama Mawi berkahwin semula adalah kerana soal zuriat, Ekin memberitahu soal anak terletak di tangan Tuhan."Itu kerja Tuhan. Tuhan yang bagi. Ia bukan semudah nak buat kek. Kami berdua memang berharap sangat dikurniakan anak. Kami sedang mencuba tapi belum lagi ada rezeki."Perkara ini bukan berlaku pada kami saja tetapi ramai lagi pasangan. Yang kami mampu lakukan adalah untuk berdoa," katanya mengakhiri perbualan.

♥ Sesi PhotoShoot ~ Joging Kat Taman ♥

Ni citer pasal joging kat taman plak...
sesi photoshoot jugak k...
saje je mula2 ingat nak pi Pasar Pagi..
alih2 tengok tak de ape pun yang dijual
so kami pi singgah taman jap sebelum Pi Casting

nak pegi taman je k...tapi sibuk nak paki lawa2...kaki melaram betul la anak dara ni

papan gelongsor memnag peberet balqis..
merenung jauh mengenangkan masa depan...
haish...soh buat muka tomei balqis wat muka lain plak
yuk...ala2 seksi gitu...
time ni balqis sibuk nak menari k...cepat2 mama snap...
aksi posing macam sakit pinggang yang selalu di buat oleh Aqeel anak suziey
balqis plak dah berjangkit wat posing macam tu...
suka main cak2 kat pokok...
yup lagi & lagi...mama ni memang la suka bebeno snap pic anak dara ni
haq tu la yang tak leh berpisah dengan camera...
papa plak nak jadi PhotoGrapher...tengah survey2 nak amik khursus
photographer...hye...masing2 dah minat mengambil gambar & bergambar...
  • p/s kalo kat PC mama dah beribu2 gambo balqis ni...mana tak nyer...dok keje snap pic je

♥ Citer Pasal CASTING Balqis ♥

Salam & Selamat pagi semua...
ari ni ada sikit lemau sebab ngantok semalam keje wat payroll
pastu balik rumah sambung checking payroll sampai kol 2pg...
la ni dah ngantok pulak...
ok ari ni nak citer pasal balqis pi casting studio ari Sabtu ari tu...
kami pi 2 tempat satu kat Wisma Central & 1 lagi kat Danau Kota Ampang
so yang fisrt tu mama lupe la ape nama companynyer
business card company tu ada kat papa
ok mama citer untuk 1st company tu k..
Company yang 1st tu banyak untuk iklan kat TV & majalah...
so mama & papa memang minat nak polish balqis untuk bidang ni..
then alhamdulillah time Advisor company tu soh balqis posing sikit
balqis memberikan kerjasama...
so mama kena bagi 2 keping gambo...tapi company tu amik 3 keping
sebab dia suka gambo2 balqis tu...
untuk menjadi Model Iklan balqis kena ada Portfolio...
kami pilih untuk Part Time je...kalo Full time balqis kena sign contract tak leh pi ke company lain...kira terikat la..kami pilih part time sebba nak weekend je, kalo full time, time shooting tak menentu...kena plak time bekerja susah la mama & papa kena cuti plak..
Kami dikenakan bayaran RM200 untuk beberapa pakej yang disertakan iaitu:
- PortFolio serta harga yang diletakkan untuk sesebuah iklan
- Pengesahan dari company bahawa balqis adalah merupakan talent dari company berkenaan
- Personal Advisor (PA) untuk menasihatkan ape2 promotion pengiklanan
dan beberapa lagi...bayaran RM200 utnuk servis selama 1 tahun...
company ni banyak mengeluarkan model2 iklan seperti Mamy Poko, johnson Baby, Soflan & sebagainya...company ni kira agen untuk cari model la...
ok tu untuk 1st company...
di gambo yang mama sempat snap time kat casting studio tu
balqis yang leka dengan gambo2 yang ada...
tengah pilih gambo mana yang balqis suka
balqis suka tengok gambo sendiri...
susun gambo sendiri
ya...nampak tak gambo tu...gambo tu la yang menjadi pujaan ramai
kedua2 agency tu suka gambo balqis tu...
masing2 amik sekeping sorang...
mujur la balqis tak bad mood...

ok untuk 2nd nya kami ke
JEBAT TALENT MGMT kat Danau Kota...
sape pernah dengar nama company JEBAT ni?
ok mula2 mama tak pernah dengar...tapi lepas jumpa Advisor company tu
then diberi penerangan yang khusus baru mama tau...
Jebat Talent ni lah yang telah melahirkan pelakon cilik bernama Mia Sara
katanya Jebat Talent yang shortlisted kan Mia Sara untuk berlakon...
antara lakonan yang berjaya dijayakan oleh company ni adalah
ADAMAYA
ADNAN SEMPIT
SALON
BELALANG kat Astro
dan beberapa lagi citer2 kat TV...
wah teruja mama dengar k...kira Jebat Talent ni juga melahirkan pelakon2 yang berbakat..
so masa perbincangan tu Advisor Jebat Talent soh balqis masuk dunia lakonan
dia set shooting ari Isnin ni...tapi mama & papa keje..
so kami tak leh nak hantar balqis untuk shooting..
mama & papa tak berapa setuju sangat kalo balqis masuk dunia lakonan ni
sebab kami ada komitmen pada kerja...
lagipun kami wat semua ni just for fun...untuk bagi balqis berani berhadapan dengan orang sekeliling...sambil nak polish bakat anak dara ni..
kami pilih career ni untuk part time je...bukan full time..
untuk setiap projek yang berjaya bayaran RM2000 dijanjikan
tapi mengikut harga iklan tu la...
macam belakon pun bukan balqis jadi watak utama
just pinjam jadi anak2 pelakon TV & Drama je..
so tak memerlukan balqis bercakap...
yang ni pun dikenakan bayaran RM200 untuk beberpaa kos yang dikenakan...
so kami tengah decide nak pilih yang mana satu...
papa macam minat yang 1st company tu...sebab yang 2nd tu banyak ke bidang lakonan
kami just nak balqis jadi model iklan je...
belakang bangunan Jebat Talent ni ada SKOP Production...tapi tutup plak ari tu..
  • p/s ape pendapat kengkawan?
  • p/s ada sape2 tau casting kat PJ...mama dengar citer macam ada...dekat sikit dengan rumah...kalo ada sape2 tau alamatnya leh email ke damia_nurin@yahoo.com
  • papa plak dah mula minat nak jadi PhotoGrapher...ape citer semua nak jadi artis ni?
  • MOTO mama & Papa...kalo usahakan sesuatu...pastikan sampai dapat...hu..hu...

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.