Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Friday, October 29, 2010

♥ Saya Bukan HIPOKRIT!!! ♥

ENTRY REPUBLISH

Semua tutorial ni mama pernah wat entry
kali ni nak refresh balik k..
Ari ni mama nak bagitau...berkenan tajuk kat atas tu k...
mama suka BW a.k.a Blogwalking ke blog kengkawan semua..
tapi ada satu benda yang mama PALING tak suka
ape tu???
"malas nak taip word verification tu"
Sebab ape???ye la mama kat opis terkejar2 wat keje then sambil2 jengah blog kengkawan
tapi biler nak komen...erk...tetiba kena wat WV a.k.a Word Verify ni
so terus batalkan niat nak komen..sebab nak cepat punyer pasal...
so That's why secara jujurnya mama jarang komen blog yang pakai komen
WORD VERIFICATION ni....So sorry k...mama kejar masa
so sekarang mama nak bagitau camne caranyer nak padam WORD VERIFICATION tu...
jom scroll down k..


nampak tak ayat MENOC tu....

ni la yang mama maksudkan WORD VERIFICATION
ok jom layan tutorialnya...
so pi kat SETTINGS....carik bahagian COMMENTS....
akan kuar page macam kat atas tu...

ada sesetengah blog yang pakai word verification untuk bahagian komen...mama paling malas kalo kena taip benda alah tu....kalo blog kengkawan komennyer di publish oleh Author, mama cadangkan tak payah la pakai word verification tu...sebabnyer itu merupakan salah satu alasan blogger2 lain malas nak komen kat blog kiter...tol tak...
then pegi ke bahagian.... SHOW WORD VERIFICATION FOR COMMENTS tu...
sila lah pilih NO ok....then SAVE SETTINGS
kebanyakan blogger bz...kira nak cepat je kalo nak komen...
kalo kena taip benda alah tu haq tu yang jadinyer tak terkomen2 tu...
so jadik silent reader je la...tak syok la kan...
then lagi senang kalo wat POP UP WINDOW k....
eh...ape plak pop up Window tu???
jom baca lagi...

Ok Tutorial "camne nak wat Pop-Up Window"...mama pernah wat entry ni B4 this...ada jugak blogger lain pakai komen settings"comments form placement" untuk
"Full Page" punyer....so payah sikit & sure ramai yang malas nak tinggalkan jejak sebab bile komen....post komen tu akan dipapar untuk full page...then biler dah komen akan pi ke latest entry semula so leceh sikit la, so mama dah ada cara penyelesaian camne nak memudahkan blogger lain nak komen kat mane2 entry kita semua tanpa perlu menunggu masa yang agak lama untuk loading komen entry...
Caranyer senang bangat.......

1. Pi kat DASHBOARD @ cari page "SETTINGS"
 2. Pi kat bahagian Comments kat belah atas tu....sowy lupe letak anak panah la....tengok kat bahagian Comments Form Placement...then klik kat Pop-Up Window.....




3. Pastu klik "Save Settings"

4. Pastu "View Blog".....try komen kat mane2 entry....& akan kuar kotak pop-up window seperti gambar diatas...

5. Masukkan komen seperti biasa....taip la ape yang suka k....

Last sekali klik "Publish Your Comments" dan komen anda tadi akan dipublish seperti biasa......
Siap....
  • Senangkan???tak yang Full Page just Pop-Up Window tecik je....pas dah komen leh baca entry lain plak....
  • p/s secara jujur tak suka koemn kat blog yang ada Word Verification & komen full page, sebab mama mengejar masa...
  • So Selamat Mencuba......

♥ Update Sale Sana Sini ♥


28 October to 7 November 2010
My Dear Warehouse Sale
Baby & Children Products, Products Offered, High Chair, Bouncer, Stroller, Walker, Carseat
and more
Terms
Cash and Credit Cards
Time: 9am – 7pm
Location (Tel: 603 8060 0093/95)
34 Jalan Meranti Jaya 10, Meranti Jaya Industrial Park, 47120 Puchong ,Selangor Darul Ehsan


22 October to 14 November 2010
First Few Years Strollers Fair

Brands Offered
Peg Perego, Graco, Quinny, Maxi-Cosi, Micralite, MacLaren
Locations
Puchong (Tel 603 8062 8860)
86 Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri Puchong , 47100 Puchong,Selangor Darul Ehsan

The Curve (Tel: 603 7725 1160)
Lot 1B0 First Floor, The Curve, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor

♥ PROMOTION Susu & Diaper's di TESCO ♥

Ok ari ni share Promotion Susu & Diaper's Balqis
kami selalu beli kat Tesco je...murah sikit...tapi time promotion je la
kalo tak de promo kami beli kat speedmart @ kedai ubat cina...
jom kita kongsi bersama promotionnya...esok leh pi shoping...
Diapers balqis Mamy Poko RM45.99...murah2 leh grab 2 pax...Pet2 pun murah gak...
Dryper's RM34.79...rasa cam mahal kalo promo selalu RM30 je kot...
ok susu balqis S26 Promise Gold RM65.99 untuk 1.6kg
leh grab 3 tin, then yang kotak pun murah gak...leh grab 2 kotak...
hu...hu...tu je nak share..sape yang minum susu & pakai diaper's seangkatan balqis
leh la pi terjah TESCO esok k...
mama selalu sebelum terjah mama bukak websitenya untuk tengok ape promotion tiap2 bulan
so mama leh budget kalo kat TESCO mahal leh pi beli kat tempat lain
kalo kengkawan nak nengok barang2 lain leh nengok listnya kat sini

selamat bershopping...
  • p/s this weekend kami wat party Birthday Balqis kat KFC je...tapi with family je la...sedey tak dapat ajak kengkawan semua...sebab banyak kali cancel plan...last2 tak dapat nak booking place untuk party Balqis kat KFC...ada citer kedukaan disebalik pembikinan party k...(biarlah rahsia)

♥ Aidil Tidak Tuntut Haq Jagaan Anak, Hanya Mahu Tangguh SULH ♥

Semalam kami ada keluarkan berita yang menyatakan Aidil ke mahkamah untuk membuat tuntutan menjaga anak berdasarkan laporan dari Harian Metro. Rupa-rupanya apa yang dilaporkan oleh Harian Metro tidak tepat. Aidil memang ke mahkamah tetapi bukan untuk membuat tuntutan menjaga anak. Dia cuma mahu menangguhkan sulh(perbincangan) yang telah dibuat Aidilfitri lepas.

Semasa Hari Raya Aidilfitri lepas saya ada buat permohonan ini (sulh) kerana tiada jalan lain untuk saya mendapat nasihat tetapi sekarang hubungan saya dengan Rita semakin baik. Disebabkan itulah saya perlu membuat penangguhan tersebut melalui peguam saya agar tidak menyusahkan pihak mahkamah nanti.

Perkataan penting di kenyataan di atas ialah “sekarang hubungan saya dengan Rita semakin baik“. Kami harap perkara ini tak berpanjangan memandangkan Rita pun sedang mengandung anak yang kedua. Untuk makluman, Aidil sengaja tidak mahu membatalkan sulh sebab tak mahu susah-susah daftar semula sekiranya wujud masalah semula.

Rita Rudaini pula kini nampaknya mula lembut hati dan mula menurut kehendak suaminya:-

Saya sayangkan Aidil sepenuh hati dan tiada sedikit pun perasaan benci terhadapnya. Jika tindakan Aidil itu baik, saya turutkan kehendak dia.

Terharu kami melihat sikap toleransi kedua-dua pihak dalam hal ini. Inilah yang kami doakan selama ini. Gaduh gaduh juga tapi janganlah sampai bercerai berai. Kami akan terus doakan agar kebahagiaan menjadi milik Rita Rudaini dan Aidil.

♥ Kes Tuntutan Nafkah: AC Mizal Nyaris Dipenjara 25 Hari ♥

KAJANG, 29 OKT 2010: Bekas anggota kumpulan 4U2C dan pengacara terkenal, AC Mizal hampir dipenjarakan selama 25 hari akibat ingkar perintah mahkamah perintah untuk membayar tunggakan nafkah anaknya berjumlah RM9,800.


AC atau nama sebenarnya, Mizal Zaini, 39, terlepas dari hukuman setelah dia berjaya menjelaskan tunggakan nafkah itu seperti yang diarahkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, semalam.
Hakim memerintahkan AC dipenjarakan 25 hari bermula semalam melainkan jika pengacara itu menjelaskan bayaran nafkah sebanyak RM200 sebulan yang tertunggak sejak Januari 2005 hingga 19 Februari tahun lalu.

AC sebelum ini memasukkan wang berjumlah RM8,200 ke dalam akaun bersama AC Mizal dengan anak keduanya pada Disember tahun lalu sebagai mematuhi perintah mahkamah. Namun, hakim menjelaskan cara kemasukan wang tersebut adalah terpesong kerana pembayaran semula diperintah dimasukkan ke dalam akaun isteri serta anak yang pertama.

AC kemudian diarahkan membayar tunggakan RM9,800 ke dalam akaun bank RHB milik bekas isterinya, Shafnie Zainudin dan anak pertama. AC juga diperintahkan membayar denda RM1,500 kerana gagal menghantar penyata kewangan syarikat miliknya, Best Line Entertainment (M) Sdn. Bhd kepada bekas isteri, Shafnie, 35.

AC Mizal dan Shafnie berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad Shafiq Iman, 14, dan Muhammad Shabil Iman, 11 sebelum mereka sah bercerai pada 17 Oktober 2001.

Pada 29 Julai lalu, Shafnie menafikan dakwaan AC telah membayar tunggakan nafkah dua anak mereka, Muhammad Shafiq Iman, 14, dan Muhammad Shabil Iman, 11, sebanyak RM50,000 kerana beliau mempunyai bukti bagi menyangkal dakwaan tersebut.

Mengikut perjanjian asal, AC Mizal diperintah membayar nafkah dua orang anaknya sebanyak RM2,000 sebulan sehingga kanak-kanak terbabit berusia 18 tahun. Bagaimanapun, bekas pengacara rancangan Akademi Fantasia itu gagal membayar nafkah anak sehingga mencecah RM50,000.

"Ini merupakan perlanggaran perintah tetapi tindakan responden itu tidaklah sehingga menghina mahkamah. Mahkamah akan mengeluarkan satu perintah lain untuk responden patuhi," kata Hakim kepada AC sebelum mengakhiri prosiding.

♥ Kami Ke Fun Fair Subang Bestari ♥

Wajah Balqis yang gumbira dapat pi Fun Fair kat Subang Bestari...
kami balik keje lalu kat area Petronas Subang Bestari tu
then nampak la lampu terang benderang suluh ke langit...
mula2 mama dah agak dah mesti ada Fun Fair tapi papa kata bukan
then intai2 punyer intai...sekalinya betul da..
so ape laie lepas solat Maghrib kami terus terjah ke FunFair...
now balqis dah pandai nak pi Fun Fair...tapi balqis sebut "Mama nak pi Unfair"...
jom kita layan piccas2 yang berjaya di snap..
ok ni menan mula2 yang balqis naik...kete kuda..
yiha....kuda ku lari gagah berani...
2 token sorang k...1 token RM1...mula2 bagi balqis naik sorang2
then si penjaga tu tengok balqis tecik sangat...risau takut jatuh
so dia soh mama temankan...
then kami naik berdua...nak muntah mama pening pusing2 kuda ni...
pastu balqis naik train ni plak...kali ni mama tak naik sama sebab balqis ada kawan..
senyum2 balqis dapat naik train ni...3 token sorang
then naik train lagik satu ni plak...
mula2 balqis naik sorang pastu si penjaga tu tengok balqis tecik sangat
so dia soh mama temankan balqis...
sonot2 leh amik kesempatan tak payah bayar naik free2 je...

naik menan ni yang paling balqis takut sekali...sebab laju sikit then tinggi
mama jadi peneman setia jugak k

menan2 yang ada kat sini


haq ni balqis nak naik tapi mama tak bagi sebab laju sangat takut balqis tak berani..
so sonot dapat pi fun fair tapi tak seseronok fun fair kat Kuala Selangor B4 this...
  • p/s so sape2 dok area Subang Bestari leh la pi terjah k...
  • p/s hadiah untuk Pemenang Contest Gorgeous Boys Category dalam pemilihan hadiah oleh penaja untuk diberikan kepada pemenang...mama dah follow up thru SMS..so anything mama update later k

♥ Rentetan Tinggalkan Jejak Mu Itu..... ♥

JEJAK UNTUK YANG TAK DE DALAM SENARAI BLOGLIST
Morning semua...ni rentetan entry mama semalam k
pasal Gadget baru mama..untuk jejak semula kengkawan yang suka terjah blog mama..
tapi mama mohon kerjasama semua kengkawan pasal Gadget ni...
nak tau ape dia...jom baca...

ni gadget baru untuk mama terjah semula blog yang selalu terjah blog mama
kira balas kunjungan la...
ni semua URL blog yang kengkawan tinggalkan..
ni semalam punya...ari ni mama terpaksa padam semua...
sebab dah terlalu ramai..
ok setelah senarai panjang berjela..so mama copy paste URL link semua tu
then masukkan ke bloglist...cam kat atas tu..mama hanya copy URL link
yang meninggalkan nama je...contoh cam kat atas tu k..
sape yang tak mention nama, sekali lagi mama mohon jasa baik untuk berbuat demikian
sebab mama nak copy paste masuk dalam bloglist...
Tapi bagi bloggers yang dah memang URL linknyer ada kat dalam senarai bloglist mama
yang lagi satu...mama ada 2 bloglist,
My Loverly Friends
&
My Loverly Bloggers
so mana namanya dah ada dalam My Loverly Bloggers tak yah tinggalkan jejak k
sebanya anda semua memang dah selalu mama jejak
kita kasi peluang kat bloggers yang mama tak pernah jejak lagik k
tapi sila tinggalkan Nama beserta nama anak k contoh
Anje a.k.a Mama_Balqis
gadget yang mama maksudkan ada kat footer blog mama k...kat bawah sekali
please scroll down...TQ

Thursday, October 28, 2010

♥ Anti Dr Rozmey Di FB Sudah Cecah 2,700 orang??? ♥

27 OKT 2010: Rasa macam nak tergelak pun ada. Rasa macam nak ketawa terbahak-bahak hingga putus urat perut pun ada. Itulah yang Murai Batu rasakan bila membaca segelintir pendapat orang yang kononnya rasa marah sangat bila wartawan hiburan tempatan mengkritik filem 2 Alam terbitan Dr Rozmey.

Kononnya, wartawan hiburan ni suka sangat mengutuk filem orang. Kononnya wartawam hiburan mempunyai agenda untuk menjatuhkan Dr Rozmeny. Owhh!! Pleaselahhh....Nak muntah jugak bila Murai Batu dengar kenyataan tu.
Sebab, setahu Murai Batu, takde pulak wartawan hiburan guna personal attack untuk mencaci-maki Dr Rozmey. Apa yang mereka kritik adalah berdasarkan mutu kualiti serta garapan filem 2 Alam itu sendiri.
Setelah menyaksikan tayangan perdana 2 Alam sempena Malam Pembukaan Festival Filem Malaysia baru-baru ini, ramai yang terkejut. Sebab, tak menyangka filem itu akan menjadi sedemikian rupa.
Dengan kata lain, hasilnya sodihhhh....

Sudahlah asyik guna flashback pasal jenazah dan scene di atas katil secara silih berganti dengan banyak kali, ditambahkan pula dengan scene kahwin yang membuat orang confused, apa yang dipersembahkan dalam filem ini juga nampak kabur. Samalah macam sinematografinya. Sekejap terang, sekejap kabur.

Yang peliknya tu, bila orang mempertikaikan pasal kualiti produk filem itu sendiri, Dr Rozmey tak reti pulak nak jawab. Balik-balik yang dia cakap, wartawan adalah golongan masyarakat yang suka mengutuk sesama bangsa Melayu dan tak senang tengok bangsa Melayu seperti Dr Rozmey berjaya dalam bidang perniagaan.

Hellowww...Ini bukan soal bangsa ya. Ini soal filem. Soal seni. Bila bercakap pasal seni, kenalah ada nilai estetikanya. Dan, kalau nak cakap pasal nilai estetika sesebuah filem itu, kenalah ada ilmunya. Ilmu bahasa filem atau bahasa visual ni, bukan boleh diperolehi dalam tempoh masa sehari.
Nak dapat ilmu tu kenalah belajar. Bila dah belajar barulah boleh berdebat pasal soal filem dengan bijak. Kalau tidak, tak payah buat filem. Lebih baik duduk buat bisnes jual produk biasa tu saja.

Tapi, Murai Batu pun tak salahkan Dr Rozmey jugak. Sebab yang merancang semua ni adalah salah seorang daripada orang kanannnya jugak. Bukan Murai Batu tak kenal siapa dia tu. Bukan Murai Batu tak kenal siapa penulis-penulis yang dia upah untuk bantai orang atau bantai wartawan dalam ruangan artikel yang dibeli di dalam akhbar.
Murai Batu cukup kenal siapa diaorang tu.

Tapi, satu sajalah nasihat Murai Batu, lagi banyak Dr Rozmey bercakap merapu pasal soal perjuangan bangsa Melayu yang takde kena-mengena dengan kritikan terhadap filem 2 Alamnya itu, lebih banyak lagi orang yang akan rasa meluat serta menyampah dengannya. Buktinya, anti Dr Rozmey sudah pun diwujudkan dalam Facebook. Kalau tak silap Murai Batu, jumlah dah pun mencecah 2,700 orang.

♥ Rasa Terharu Bangat Biler.....♥

Biler ada Blogger lain mention nama mama @ balqis kat dalam blog diorang 
mama rasa terharu sangat2...ye la blog mama ni bukan glamour amour pun
tapi dapat jugak tempat dihati kengkawan semua..
TQ so much pada kengkawan semua...
First dari Naa a.k.a Mama_Rifqy...
dengan kata tulus mulusnya mengucapkan TQ pada mama sebab sudi
menaikkan semangat Naa untk berkecimpung dengan Nuffnang
so Naa dapatlah hasil BE dari Nuffnang...
mama pun rasa gumbira sangat2 sebab dapat tolong kengkawan semua..
so pada sape2 yang memerlukan bantuan mama leh la bertanya
tapi lebey elok YM mama ke damia_nurin@yahoo.com
so senang mama nak terangkan...
Gambo balqis dalam blog Naa..
TQ Naa sudi wat entry tu k...terharu sangat2...
Lagi satu Blog Hezrina
ari ni beliau wat entry pasal wajah Balqis mirip Mia Sara...
mula2 hezrina nak cari wajah baby2 yang mirip anak dia
tapi terpandang balqis teringat Mia Sara...
so sweet...bukan mama nak perasan k
Maybe potongan rambut Mia & Balqis ni sama kot...
dah banyak kali perkara ni terjadi...biler kami pi shopping kompleks
ada suara2 yang mama dengar cakap "Eh...budak ni macam Mia Sara la"...
dah banyak kali dengar k...memang now balqis ada wat PhotoShoot untuk menjadi model cilik
then kami memang ada sign aggrement dengan company Talent iaitu Jebat Talent untuk menjadikan Balqis model syarikat mereka...now baru nak berjinak2..
bab berlakon lom lagik sebab balqis tecik lagi...so kami amik offer untuk PhotoShoot je..
ape perkembangan nay...nanti mama story k...papa tak kasi story sebenarnya
sebab takut orang kata mama nak riak2...
mama pun pernah wat entry pasal Balqis VS Mia Sara ni..
contoh gambo balqis yang Hezrina wat kat entry blog beliau...
Lisa Surihani & Mia Sara
Then
Mama & Balqis

TQ hezrina siap wat entry lagik pasal balqis ni...terharu sangat2...
kat dunia ni kan ada 7 orang yang muka serupa dengan kita...



koleksi gambo balqis....
Mia Sara ni memang Idola Balqis...kalo balqis tengok Mia Sara berlakon
mesti balqis cakap"Mama...Mia Ala la..."...nge...nge...

♥ Follower Ke 1000 ♥

La ni Follower mama dah 985 orang...
sape yang menjadi Follower ke 1000 ada hadiah menarik menanti anda k...
ramai follower tapi tol ke semua ni follow mama???
mama dapat ramai Follower ni pun sebab selalu wat contest & GA
agak2nya kalo mama tak pernah wat Contest & GA ade ke orang nak follow blog
cap ayam mama ni ek???

♥ Ranking Terbaik ~ Nuffnang ♥

Bukan nak riak...saje nak story...ni kira carta TERHEBAT mama la
carta sepanjang minggu ni...mama dapat kekalkan UV 500 lebey...
susah k nak kekalkan...al-maklumlah blog cap ayam mama ni
nama je ramai Follower tapu bukan semua follow k...
so susah sikit nak tarik peminat untuk baca entry blog mama
kena la mama berusaha keras...maka nya ari ni mama check Akaun Nuffnang mama
dapat lagi satu BE untuk blog "KAU TERCIPTA UNTUKKU"...
sonot sangat...TQ pada kengkawan yang sudi terjah blog mama ni...
Update pasal contest mama...akan annouce awal bulan NOV k..
disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan..
so sorry ada tambah seorang lagi penaja k...
nanti mama bagitau...hadiah memang best2 giler..
mama plak yang teruja k...
TQ juga pada yang sudi tinggalkan URL link kat gadget baru mama tu k...

Sekian....

♥ Tinggalkan Jejak Anda Untuk Di Jejaki Semula ♥

Morning semua...ok ari ni tajuk panjang sikit...
mama nak citer pasal gadget baru yang boley menolong mama untuk meramaikan kawan
B4 this mama dah memang ada blog list, seperti yang mama attach kan kat bawah ni
so blogslist tu memang selalu la mama terjah kalo FREE2 k...
then mana2 bloggers yang selalu komen2 kat entry mama FREE2 mama jengah balik
so sorry mana yang tak sempat mama nak balas kunjungan
Al-maklumlah bloglist pun dah berjela2 then semua kengkawan pun Aktif Update
blog masing2...so mama tak terkejar nak komen k...
oleh yang demikian...mama ambil inisiatif dengan mewujudkan satu gadget
baru kat blog ni...jom tengok ape gadgetnya...
ni bloglist kat blog mama...ramai kengkawan blogger...
ni la Gadget baru tu...mama rasa rata2 dah ramai yang pakai gadget ni...
gadget link URL tu untuk blogger yang tak de dalam Bloglist mama je k
yang dah ada dalam bloglist tak payah la kot...sebab memang mama dah senaraikan...
mama letak gadget ni supaya mana2 blogger yang tak tersenarai dalam bloglist mama tu
tapi suka terjah blog mama & suka baca entry blog ni
maka dengan berbesar hati, sila lah tinggalkan jejak kengkawan k
agar kengkawan semua mudah untuk mama jejaki semula..
la ni ramai sangat blogger...tak terhengatkan lagik
mana yang selalu komen tu SURE mama ingat punyer
tapi mana yang rajin baca tapi senyap je kira Silent reader la leh la tinggalkan jejak kat situ k
mama hargai sangat2 terjahan kengkawan semua
kerana dengan terjahan kengkawan semua akan menaikkan BE nuffnang...
so bagi mengeratkan silaturahim supaya mama leh lebih rapat
mengenali blogger2 lain...tinggalkan jejak k...
kalo nak tinggal URL link sila MENTION NAMA anda contoh
Anje a.k.a Mama_Balqis
 supaya mama leh tau nama kengkawan...nanti tak sedap plak panggil tak bernama kan...
sape berminat nak wat gadget tu kat blog masing2 leh register kat sini
that's why tajuk entry

" TINGGALKAN JEJAK ANDA UNTUK ANDA DIJEJAKI "
sekian....

Wednesday, October 27, 2010

♥ Tantek Tak Gambo Ni??? ♥

Ari ni BZ sikit nak siapkan payroll...so semua entry auto publish
pagi2 tadi dah set time....so nak publish gambo balqis yang mama edit
kat website...saje gatal2 tangan B4 balik keje sambil2 menunggu papa pick up
mama dok godek2 la software kat tenet..
Al-maklum la sekarang ni PC kami kat opis tak leh nak download software
so kena wat online je la...
jom kita layan piccas2 yang ada....







semua edit mengedit ni ilham dari FRAMETOY.COM..
so sape2 yang ada xtra time nak godek2 tenet tu leh la try k

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.