Followers

Friday, January 28, 2011

♥ 9 Pelakon Terima Habuan Lumayan ♥



KUALA LUMPUR, 27 JANUARI 2011: Lebih lumayan daripada tahun sebelumnya. Begitulah yang dapat digambarkan dengan ganjaran bonus yang diberikan syarikat produksi terkenal Metrowealth International Group of Company (MIG) kepada individu yang telah menjayakan penerbitan filem dan drama di bawah syarikat berkenaan sepanjang tahun lalu.

Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, David Teo telah berbesar hati membelanjakan sejumlah RM4.5 juta yang diagihkan sebagai tanda penghargaan kepada pihak yang terlibat secara langsung seperti karyawan, artis dan pihak media di atas jumlah kutipan yang membanggakan iaitu sebanyak RM42 juta bagi 11 filem yang diterbitkan.

Antara filem yang diklasifikasi MIG telah berjayaa mendapat kutipan pecah panggung pada 2010 iaitu Ngangkung, Adnan Sempit, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Santau, V3: Samseng Jalanan dan Cuti-Cuti Cinta.
Menerusi majlis 1 Dekad, 49 Filem yang diadakan di Hotel One World, di sini, baru-baru ini, pelakon Shahaizy Sam telah dihadiahkan sebuah rumah Semi-D dua tingkat dan pakej umrah bernilai RM30,000 untuk tiga orang.

Nilai yang sama turut dimiliki pelakon dan pengarah muda, Farid Kamil atas kecemerlangan beliau menerusi filem arahannya sendiri, Cuti-Cuti Cinta dan V3: Samseng Jalanan.

Sementara itu Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 23, Lisa Surihani dan heroin Adnan Sempit, Intan Ladyana membawa pulang wang tunai dengan jumlah yang sama iaitu RM15,000.

Pelakon jelita Nora Danish, Liana Shamsuddin dan Puteri Mardiana masing-masing menerima RM10,000.
Tidak ketinggalan juga Angah Raja Lawak dan Azad Jasmin masing-masing turut dihadiahkan RM10,000 selain pelakon Cuti-Cuti Cinta, Cat Farish yang mendapat RM5,000 atas keberkesanan wataknya dalam filem itu.

Pengarah filem Ngangkung, Ismail Bob Hasim mendapat durian runtuh apabila dia dihadiahkan sebuah Toyota Alphard 3.5L atas kejayaan filem tersebut yang mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia, iaitu sebanyak RM8.4 juta.
Sementara Azahari Zain, yang mengarahkan filem Santau mendapat imbuhan sebanyak RM5000.

Malam penghargaan itu juga menyaksikan kegembiraan yang terukir di wajah setiap kakitangan MIG. Mereka nyata tidak pulang dengan tangan kosong.
Pengurus Promosi dan Perhubungan Awam, Azahari Hamid misalnya telah membawa pulang sebuah Mercedes Benz E300K.

Sementara Pengarah Eksekutif MIG Soubd Factory, Brian Eng Kang Wei menerima sebuah banglo. Manakala, beberapa petugas lain masing-masing mendapat sebuah rumah semi D setingkat dan dua tingkat.

Sementara itu, Skim 10 Pengarah Muda MIG yang diperkenalkan tahun 2007 sehingga kini telah memperkenalkan tujuh orang pengarah muda iaitu Pierre Andre, Norliana Samsudin, Farid Kamil, Azhari Zain, Ismail Bob Hasim, Hashim Rejab dan Ahmad Rusli Mohd Khadri.

Selain Lisa Surihani, Farid Kamil, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Adeline Tsen, MIG turut berjaya menguruskan artis-artis lain di bawah syarikat produksi itu antaranya Shaheizy Sam, Kamal Adli, Fizo Omar, Angah dan Along Raja Lawak.

Ia menjadikan keseluruhan jumlah artis naungan MIG sehingga kini mencecah hampir 50 orang.

Untuk 2011, MIG terus mengorak langkah dengan menerbitkan lebih banyak filem, antaranya ialah Kembar Siang, Kongsi, Keramat, Senario The Movie Ops Pocot, Sekali Lagi, 321 Cinta, Flat 3A, 8 Jam, Alamak, Toyol!, Pe3 dan banyak lagi.

Sekian,
Happy Blogging

9 comments:

atty's said...

besnhnya dpt keje kt mig nie .david teoh sgt pemurah..

ibuayahdamia said...

bos cina, tapi pekerja melayu...
jarang bos cina yang baik..tapi david teo memang baik!!!

Fieza79 said...

bagus david teoh ni...share2 kejayaan dia mcm ni...tahniah buat suma pelakon yg bertuah tuu..best nya kan...

klik2 HB kat sini...

@e_da said...

bagusnyaaa.. wahhh mf fav pun ade..farid kamillll

Ummi Zayda said...

huh...dasatnye~~nak gak..jom keje kt MIG..huhu~~

Mama Zharfan said...

kagum dgn david teo--memang ciri2 usahawan berjaya ni sbb tak kedekut--semua staff sayang, so semua keje licin smooth excellent--boss melayu jrg yg peurah gini

mamalieyna said...

wow! mmg sungguh lumayan! ngangkung mmg superb! eh..filem lelain pun..bertuahnye diorang dpt bonus camtu! ^_^

MamaYatie said...

rezeki murah tur...!! bertuah la dia org ek!!

mamawana said...

My Bos pun nama Teo dan sangat baik. Semoga dia terus baik hingga saya pencen. Bagus kalu ada nama baru Haji Teo. Amin. heeee.....

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.