Followers

Wednesday, January 19, 2011

♥ Ayu-Zaquan Kahwin 21 Januari Ini ♥


KL, 18 JAN 2011: Akhirnya setelah sekian lama berteka-teki tentang tarikh sebenar perkahwinan antara pelakon popular, Ayu Raudhah bersama pemain bola sepak kacak, Zaquan Adha, persoalan itu terjawab hari ini dengan ketibaan kad jemputan perkahwinan pasangan itu di pejabat portal murai.com.my.

Hai! Seronok tak terhingga Murai Batu bila menerima kad kahwin ini. Alhamdulillah bersatu juga mereka akhirnya? Kalau tak silap, kisah cinta antara penyerang bola sepak kebangsaan dengan dramatis terkenal itu, mula dihidu pihak media sejak tahun 2009 lagi.

Ketika itu kedua-dua mereka masih malu nak mengaku. Namun pengumuman pada Oktober lalu bahawa pasangan ini akan bernikah pada Januari ini, nyata menjelaskan betapa seriusnya hubungan mereka berdua.

Ayu Raudhah Che Wan, 25, yang juga adik kepada pelakon popular, Rozita Che Wan akan dinikahkan dengan Zaquan Adha Abdul Razak, 23, yang juga adik kembar kepada Aidil Zafuan, bekas ketua pasukan bolasepak kebangsaan pada 21 Januari ini (Jumaat), bertempat di Taman Mawar, Alor Star, Kedah.

Wah! Nampaknya mereka sekampung dengan teman rapat Murai Batu. Pastinya, teman baik Murai Batu tidak sabar untuk menghadiri majlis akad nikah pasangan ini.

Mana tidaknya, teman Murai Batu adalah peminat setia sukan bola sepak. Tambah pula, Aidil dan Zaquan juga merupakan gandingan mantap bagi pasukan Negeri Sembilan.

Difikirkan balik, sejak kemenangan pasukan negara pada Piala AFF Suzuki baru-baru ini, nama pemain bola sepak mula menjadi sebutan kebanyakan peminat seluruh negara dan perkahwinan Zaquan-Ayu nyata tepat pada masanya.

Murai Batu sendiri tidak sabar untuk hadir ke majlis ini yang dikatakan bakal meriah dengan kehadiran pemain bola sepak serta selebriti tempatan lain. Lagipun Murai Batu tak sabar nak mengusik Rozita Che Wan. Yalah jika adiknya sudah mendirikan masjib, bilakah pula giliran Rozita? Dengar kata sudahpun punya pilihan hati?

Murai Batu dengan setulus hati ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan Zaquan-Ayu ini. Semoga berbahagia ke anak cucu hendaknya.

Kalo Sudi Klik La Iklan Ni ek
Next Entry : ♥ Yippie HeartBeat Mama RM10.52 ♥ @ 3.30PM

9 comments:

Sarah Syazwani said...

wahh berita terkini ni..arini x sempat nk bukak paper online..kawin jugak diorg tu..sweet jek

zura@iwan said...

sm cantik sm padan....suka tgk Ayu tu..

ch@ said...

cantik template anje niii, hihiii.
apapun kita doakan yg baik2 aja utk mereka.

Ogy said...

lawaaa kad dia...sukeee....

LyNn'Azlina said...

betul kata zura tu...sama cantik dan sama padan...

[-suziey-] said...

uiks xlama je lagi..next week..

Ummi Salsabila said...

ayu raudhah tu cantik.lg cantik ms pki tudung dlm nur kasih..terpegun!

mama rifQy said...

waahh dekat dah tuh!

e.l.i.z.@ said...

wahhhh dh nak kawen! semoga bahagia ..jgn tak dpt restu keluarga pulak ekkekek

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.